Sunday, July 31, 2011

Ahlan wasahlan ya ramadhan


(pic from google)

Selamat datang wahai ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Bersyukur masih dipanjangkan umur untuk menikmati ganjaran dan nikmat dibulan mulia ini..


Insyaallah, aku akan cuba berpuasa seperti biasa. kalau muntah-muntah, mungkin terpaksa batalkan puasa. ;(


Setiap kali puasa, sahur tu satu kemestian. Especially kalau dengan parents. Time duduk sendiri, kadang-kadang tak terbangun. huhu..


Sahur mesti makan nasi dan lauk-lauk yang ringkas. Biasanya mak akan masak awal, kalau yang sangat simple boleh je masak on the spot. Berbuka pula, kalau ramai-ramai memang seronok..biasanya mak akan tanya anak-anak nak makan ape. Kami jarang berbuka makan nasi berlauk. Menu macam mee goreng, bubur lambok, nasi tomato, nasi ayam, mee kari antara menu berbuka kami. Suka masak something yang a lil bit special la.. kalau tak ramai orang yang ada, makan simple-simple je..


apa pun, diharapkan bersederhana dalam berbuka. Manusia ni kalau lapar, nafsu nya melebih-lebih. Sama-sama kita rebut pahala dan ganjaran di bulan mulia ini.




(pic from google)


Sebelum terlupa, dengan seikhlas hati, untuk segala salah silap, segala kelemahan dan kekurangan saya yang telah menyakitkan hati sesiapa, mohon ampun dan maaf....

Saturday, July 30, 2011

Ashraf Hafiz meninggal dunia pagi tadi~innalillah


Lelaki yang telah menggemparkan kita dengan kisah keinginan beliau untuk menukar jantina dari lelaki kepada perempuan dan memohon pertukaran nama kepada Aleesya Farhana meninggal dunia akibat serangan jantung dan juga kemurungan yang teruk...


Aku pernah buat entry tentang beliau..terkedu. innalillahiwainnailaihirajiun...apa pun yang terjadi sebelum ni kita tiada hak menghukum. Biar Allah menilai, kita sama-sama doakan yang terbaik untuk arwah..ameeen...


dah tak lama nak masuk ramadhan..semoga Allah panjangkan umur kita untuk menikmati ramadhan al mubarak ini..



sumber berita dari sini



KUALA TERENGGANU 30 Julai – Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya, beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam beliau berkata, doktor mengesahkan anaknya mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ”unstable angina with cardiogenic shock”.

Katanya, Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu. – Bernama



...........................................................



meaningful dialogue



"come on u guys,

don't act like u havent done it before..

u know how it is when u really care about someone..

when u fall in love with someone..

u called them all day long because u wanna know how their day is going and what they thinking bout..either they thinking bout u..


u spend the whole day just to find the perfect outfit.. u even change ur hairstyle that just took a second to take a look..but they never noticed..

sometimes i just wish they can trade place with us so they would know how we feels.."



so touching!



..................................................................


I love this dialogue in a movie.

"a woman will try do anything to get his attention. someone that she loves.."

"A beautiful relationship does not depend upon how good we understand someone but on how well we avoid misunderstandings..."


Friday, July 29, 2011

Malaysia vs Singapore


lambat update pasal ni. malam tadi sedih punya pasal. huhuhu..sedih pasal Tiger kalah laa..kuciwa hatiku tidak terkata.. (eceh..)


Pertama kali dalam sejarah aku layan bola sensorang. Yes, sorang-sorang aku meroyan melalak terjerit. Takde sapa kat uma time first half time tu. My dad n mom pegi ke masjid dan balik lewat sebab ada tahlil kot. tetiap malam jumaat memang ada program. masa kedua baru abah join. Mak dah tak mau tengok dah..



so layan la sorang-sorang. perghh!! kagum tengok stadium ramai gila penonton. sebab dah pernah ada kat sana sebelum ni so boleh agakla meriah dan bingitnya camne..hehe


sapa kata penyokong kita tak patriotik. Walaupun tiger kalah teruk masa lawan kat singapore dulu pun masih ramai datang menyokong. Yang tengok kat rumah cam aku ni pun bape ramai lagi kan?? so bukan alasan laaa...



Tapi betul la..masih banyak lagi yang team msia perlu baiki dan improve. sebelum berangan-angan nak masuk world cup ke olimpik ke..Banyak sangat kelemahan. Suka berharap kat sorang player jek. Kalau safee tu dpt bola memasing cam diam takde nak tolong back up ke ape. payah la dia nak goal kan.. adehh..


tapi apek memang terbaik laaa..kalau keeper yang masa kat singapore tu jaga sure dah 6 goal da singapore dapat.


entahlah..aku tak reti nak ulas. tapi bagi aku, player singapore adalah pelakon terbaik!!!



memang mereka ni singapura-pura btul. sikit-sikit jatuh sakit. lempang kangg??? no wonder pelakon singapura-pura cam aaron aziz tak leh cari makan kat sana. football player pon ramai pelakon..camne??



apa pun, perbaiki lagi mutu permainan ye wahai team malaysia. Jangan berangan je lebey.. defend tu kasi kukuh mantap sikit. Ini tak, kejap-kejap kena bolos dengan si boncit qiu li tu. tak pon si tua mat saleh tu. hah..banyak btul gelaran aku bagi nih. huhuhu..geram gerammmmm!!!



mulut aku tak henti-henti mengomel..geram btul. last-last abah kata.....


"pi tukar channel lain! "



hahaha..geram tengok plus aku tak henti-henti membebel. hahahaha..

Thursday, July 28, 2011

my nyummy beef lasagna





i'm trying to cheer myself up. Dari minggu lepas teringin nak makan lasagna lagi. I had one in SR kangar. Sedap. i love it. Kat sini takde partner nak ajak makan luar, so i have to cook. Part nak beli bahan pon kena ajak parents teman beli. Aiseh, mak buyong ni memang dah tak larat betul nak drive jejauh.


Actually malas nak angkut barang berat-berat. Right now my body's in pain. Especially time malam nak tdo. Pusing kiri sakit, pusing kanan sakit, telentang lagi macam nak tercekik. my back's in pain. ah, everything's in pain sekarang. hati pon turut sama berkecai kecai lagi. :'(



Thinking bout food can cheer me a lil bit. huhuhu


Back to lasagna. bila dah dapat beli bahan-bahannya, i've to wait for my youngest brother balik from uitm. Konon boleh la aku kerah jadi 'bibik' kejap (kejam betul kakaknya nih..). Tapi lambat la pulak. He told me nak balik today tapi tak
jadi coz tomorrow still ada kelas. He's my partner dalam makan western food nih..ada geng seronok laa..



Ah, tak leh jadi nih. One way to mend the broken pieces of heart, i've to eat something i love. huhuhu..(parah bebenor bunyinyaaaa...ngengada btol)



Makanya, aku terus la buat lasagna tu. after menggoogle blog makanan dikala tetengah malam.. (oh yes, everynite aku akan google blog makanan orang layan...huhuhu..im so pathetic.. (+_+)...)


i found beberapa teknik dan resepi lasagna yang agak simple berbanding aku buat sebelum ni. Ya ampun...memang leceh benar buat lasagna sebelum ni. last time adik aku buat tak berapa jadi. Maybe leceh sangat so jadi give up.




so here resepi yang aku dah ubah sikit-sikit after dah try tadi. memang kejap je masaknya. dalam 30minit je!

BAHAN-BAHAN:

Instant lasagna sheet
shredded cheese

Sos Daging:

daging cincang
bawang besar
bawang putih
carrot
tomato
1 tin sos spagetti (preggo or kimball)
(aku tumis pakai cili blend yang dah siap ada dalam peti ais. senang! then campur separuh dengan sos spagetti tu )

Sos Putih:

3 sudu butter
3 sudu tepung gandum
3 cawan susu full cream
2 sudu shredded cheese
garam
black pepper


actually, tuk sos daging tu boleh buat ikut cara memasing cam buat kuah spagetti. Buh la ape korang suka. aku nak letak cendawan butang tapi lupa plak beli. so ape yang ada buh la..tapi kena bagi sedikit kuah ye. Jangan pekat sebab kuah tu yang akan digunakan tuk melembutkan lasagna sheet.





senang kata, lasagna sheet tu tak yah nak rebus ke rendam ke. Aku rasa tu yang jd lecehnya. to mak sure sheet to lembut, bagi kuah sikit sos daging tu..kat gambar ni tengah terkering. Aku tambah lagi air cket bagi berkuah. Memang lembut jadinya lasagna sheet tu. Kalau kurang air, sheet jadi keras @ liat sedikit.


then, masak seperti biasalah..


tuk white sauce tu, cairkan butter. Nak pakai mentega boleh. ikut suka tekak masing-masing. hehe..aku rajin teramik butter so pakaila butter. dah cair, masukkan tepung lak. But please make sure api slow. hangus sia-sia je kerja. (aku punya almost hangus...) kacau bagi sebati dan warna jadi kekuningan cket. After that masukkan susu full cream tu. memang berlemak-lemak makan lasagna nih. tak naik 2 kg tatau la. huahuahua






ini white sauce aku. terpekat cket. aku tambah lagi sikit susu.




ada yang letak dry basil etc. tapi aku just letak blackpepper jek. dah itu je yang ada kat kitchen nih. pastu buh garam cket.


kena sentiasa kacau jangan bagi berketul-ketul. Bagi kuah likat sikit je then matikan api.



after that, cari la bekas tahan panas pyrex ke hape yang korang ada tu. Loyang pon boleh. sapu minyak cket. aku terlupa plak nak sapu. huhu..pastu susun layer by layer. memula letak sos daging, then sos putih, then letak lasagna sheet, then ulang balik sampai penuh bekas. ikut suka la nak susun camne. hehe..last sekali letak laaaa shredded cheese korang tu..nyum nyummmmmm!!!


penuh melimpah ruah..i loike!



then bakar! bapa lama aku tak reti nak cakap. agak-agakla. 5-10minutes ok dah. Aku pakai microwave je so dalam 5 minutes dah ok.



sejukkan dulu baru potong ye..



makan time suam-suam kuku lagi sedap!


Inilah hasilnya...






cecomot betul pyrex tu. hehe..dah lapo sangat..habis separuh aku baham. huahuahua..ni boleh habiskan sorang ni. ya ampunnn...macam perut naga dah perut aku sekarang ni. huahuahua


enjoy!!!



malam ni tengok bola sambil makan lasagna. nyum nyum nyum..

jimmy oh jimmy

sebab aku ada buat entry pasal dia sebelum ni , so nak update sikit la. huhu.. ternampak kat cover paper HarianMetro pasal wife Jimmy buat pendedahan tentang punca sebenar keretakan hubungan mereka..baru bape hari kahwin, dah kena tampar. sian sian... nak didik isteri bukan mudah, nak lembutkan hati suami bukan senang. Kalau tampar, pukul tu cara nak mendidik, siapa yang boleh terima? Masing-masing ada salah dan silap kan? kena belajar terima kelemahan dan keburukan pasangan. Cari cara yang berhemah nak betulkan mana yang tak kena..


huhu...marriage is not easy dude.


kalau aku pun jadi marah bila dah kena tampar. Baru je beberapa hari kahwin kan?? tapi respect jugak kat wife dia ni sebab selama ni dia duk kunci mulut senyap je tak defend diri ke apa walaupun mak dia sendiri marah dan back up si Jimmy nih. Mungkin ada silap wifenya. Dua-dua mesti ada salah punya. Entahlah, aku tak berpihak mana-mana. Sebab apa pun yang terjadi hanya mereka berdua saja yang tahu...Cuba ambik pengajaran dari kisah mereka berdua nih..


Aku terbaca kata-kata ni kat twitter..


"Discuss your relationship issues only with who you're in the relationship with. Stop including third party opinions.."


Bila dah banyak pihak masuk campur, maka nak jernihkan yang keruh memang susah. Makin berkeruh-keruh la jadinya. (bahasa apakah ini ez oi??)

sian kat Zahrah Shanley yang comel tu masih tak tahu apa-apa. Bila dah macam ni, masing-masing akan cuba pertahankan hak masing-masing. Anak juga yang jadi mangsa...kan?

Bila dah kecoh satu Malaya. Aib sendiri terbuka, sapa juga yang malu...

Nak baca kisah selanjutnya klik web beautifulnara nih.


Kalau boleh tak yah la cerai-cerai. Sian kat anak... huhuhu

Wednesday, July 27, 2011

playing with baby



right now, the most happiest thing in my life saat baby bergerak-gerak, tendang-tendang, pusing-pusing dalam perut. That's really make me happy. its funny bila tengok perut gegerak, sengat-senget bila si kecik ni aktif. i always laughing. sonok betul..




one time, aku penah nampak macam jejari @ tangan dia menolak perut. so cute! cecepat aku pegang..pastu dia nyorok balik..selalu dapat rasa kepala dia..kadang-kadang di baginya punggung tu kat aku.. haha..comel comel..




i really enjoy the moment..kadang-kadang tengah nangis sedih, baby akan gegerak try to make me smile and laugh again. how sweet..



memang selalunya bila baby bergerak, akan rasa sangat tak selesa. especially bila baby sangat lasak dan aktif. memang sakit..duk rasa macam di tarik-tarik usus ke urat tah..huhu..tapi seronok at the same time.. :)



kalau baby lasak sangat, biasanya aku akan usap-usap sambil cakap "apalaa baby ni buat lasak sangat ni..sianlaa kat mommy..".



tak sabar nak tunggu baby keluar. mesti lagi best nak layan kerenah dia.. :D


Tuesday, July 26, 2011

Pengalaman di wad bersalin

lama betul bertangguh entri ni. ok. hari ni aku cuba cerita kan sedikit sebanyak pengalaman hampir 9 hari kena tahan di wad bersalin, hospital Tanjong Karang.


Seumur hidup, aku tak pernah kena duduk wad. Seingat aku memang tak pernah sejak dari kecil. Bila mendapat perkhabaran tentang kehamilan aku seawal 5 minggu, aku mula jatuh sakit. Badan jadi makin lemah dan lembik. Takde semangat dan tenaga. Seharian rasa nak terlantar baring je. Makan pun macam tak berapa lalu sangat. Especially yang aku masak.



Masuk ke 7-8 minggu keadaan makin teruk. Aku muntah-muntah. Kadang-kadang perut macam gunung berapi nak meletus. Kalau tak muntah aku tak lega. Tapi lega kejap. After 30 minutes up to 1 hour aku akan muntah balik. itu la rutin harian. Sehingga ke subuh. Memang aku tidur kat ruang tamu je senang nak muntah tanpa ganggu husband. huhu...lembik lembik..



Bila balik kampung aku, pun begitu keadaannya. Mak panggil tukang urut untuk urut sikit-sikit badan aku ni bagi bertenaga balik. Tapi after 1-2days, aku muntah-muntah balik. Bila ikut mak abah balik ke Muar, untuk berubat syifa', itu kemuncak nya. Aku kerap muntah dalam kereta. Last-last bila on the way balik rumah, mak suruh singgah hospital. Tengok aku dah lembik habis.


Masa tu dah tengah malam. 12 lebih. Masuk kecemasan, HA suh buang air tuk test urine. Dan aku disuruh baring dan cucuk tuk masuk air. Itu la pertama kali aku kena cucuk untuk drip. Nak tunggu result tu pun lambat, around 2-3 hours. Mak setia menunggu kat kecemasan tu. Abah suma dah balik rumah dulu. huhu..sian mak. Mula-mula aku tak boleh nak lena langsung kat katil tu sebab rasa macam nak pitam. Lama-lama baru ok. Dalam 3 pagi, result keluar dan aku kena masuk wad. Aku tak ingat apa HA tu cakap tapi ada something dalam urine tu yang menunjukkan aku mabuk teruk. huhu..



Masuk wad, nurse suruh tukar baju. Baju pink gitu. hehe..Mak pun terus balik rumah. Letih dah.



Masa tu tak ramai orang pun dalam wad bersalin tu. Aku memula pelik jugak kenapa masuk wad bersalin sedangkan tak bersalin lagi. Nurse kata memang dah diasingkan dari pesakit biasa. Sebab yang bersalin pun tak ramai.



Mula-mula sebelah katil aku takde sapa pun. ada 4 katil, suma kosong. Aku tepi sekali. Sebelah bilik air. Masa ni memang tak selesa langsung. Duk fikir, camne nak tido nih. Sudahnya sampai ke siang tak tidur tidur..


Pepagi nurse dah kejut tuk subuh. Kena mandi terus. huhuhu...seksa betul beb. Dengan tangan berdrip suma..aku kena tolak batang besi yang sangkut air drip tu ke bilik air. Sekali tu aku jatuh kedebuk. huhu..sebab susah nak tolak. Bila aku cabut botol tu dari penyangkutnya, nurse marah-marah perli aku sebab bila cabut, darah akan keluar dari tempat cucuk tu dan tersumbat la kan.. pastu aku sound balik..

"dah aku jatuh tergelincir, kalau aku gugur sapa nak tanggungjawab?? benda tu susah nak tolak. lain kali bagi batang besi yang senang nak ditolak.."


aku memang pantang orang nak sound-sound tak tentu arah ni. especially staff hospital. memang senang je mulut aku nak balas. bukan orang sengaja nak sakit dan duk kat wad ni kan?? sapa suka?? berbudi bahasa pun payah.



orang kata kalau masuk wad, bleh la berehat kan?



oh tidak tidak.



bila masa nak berehat?? dah la keliling ada pesakit lain. Pastu doktor or nurse akan selalu datang check. Macam aku 24 jam memang akan di pantau. Sebab aku demam teruk. suhu paling tinggi sampai 40. Dr siap suspek aku H1N1, tibi, tah hape-hape lagi. My dad marah betul. dia kata nak suspek tu lantak la keje depa tapi tak yah la nak cakap dengan pesakit kalau tak sure. huhuhu..psycho betol..



Aku memang tak leh nak tdo lena. Malam asyik demam. Batuk macam nak keluar isi perut.. teruk condition aku time tu. huhu..Siang jelah boleh tdo kalau bukan waktu melawat. Kalau time melawat abis bising ramai orang..susah..



Bila aku di suspek H1N1, aku terus dipindahkan dan diasingkan ke satu bilik. Memang aku sorang je dalam tu. Keluar pun kena pakai mask. Sapa nak melawat pun kena pakai. Time ni agak ok sebab aku selesa sorang-sorang. Tapi aku tak caya pun aku H1N1. Hanya sebab aku demam suhu tinggi.



Bab makanan memang la hancus. Tak selera langsung. Tapi sebab lapar, makanya tiap kali time makan, aku akan cuba makan sehabis mungkin. Pastu, tuk sarapan aku request nasi lemak kat mak, sebab cam tak kenyang makan roti. huhuhu..



Masa 9 hari tu, aku kira berpuluh botol air dimasukkan dalam badan aku. Tapi tak gak baik-baik. Cuma aku dah tak kerap muntah la. Kalau diorang bagi ubat memang aku muntah. Yang aku bleh makan cuma panadol. itu pun aku tak nak makan sangat melainkan demam teruk..


Tangan aku ni da belubang sana sini kena cucuk. Tuk drip tu aku rasa 10kali kena cucuk. Kejap tukar sini. kejap tukar sana. Sebab bila tangan aku dah lebam bengkak, kena tukar. huhu..plus, diorang ambik banyak sangat darah aku tuk test itu ini. dah kena suspek macam-macam kan? aku ni plak susah nak cucuk tuk amik darah. Urat kedalam. memang payah. so nak ambik darah tu kena cucuk 3-4 tempat sekali ambik. so bayangkan la camne...



Yang paling sedih tu, masa aku masuk spital tu la husband kena transfer keje ke perlis. huhu.. sedih sedih. Masa nak berpisah tu dia datang jumpa aku kat spital. Memula ok tak nangis tak sedih. Pas dia buat ayat sedih, abis berjurai air mata aku. huahuahua..



Masuk hari ke 8/9 aku tak ingat. kena jumpa dr pakar dari hospital sg buloh. Scan baby suma ok. Dr kata aku ok. cuma mabuk teruk. dan kurang air. so aku cakap kat dr yang aku nak balik. Dah tak larat nak duk spital. Aku tak rasa makin baik pun..



Lagi pun aku stress ingat banyak kelas kena ponteng. Lecturer pulak ada yang tuduh aku sengaja tanak datang. hape la kan??



Lepas keluar hospital, aku masih muntah tapi tak teruk sangat macam sebelum ni. Kalau lambat makan, atau angin banyak memang aku muntah. sampai sekarang pun. Kalau puasa memang rasa nak muntah je. huhu..Mengandung ni memang mencabar sangat tuk aku. huhu..emosi sakit, physical pun sakit.


apa pun ini semua pengalaman berharga tuk aku. Kalau di kenang balik memang tak sanggup nak masuk spital lagi. Tapi nak bersalin nanti kena masuk jugak kan? hehehe..semoga semuanya dipermudahkan Allah..ameen..





Monday, July 25, 2011

one more day



Alhamdulillah...berjaya juga puasa hari ni. Masih ada one more day. Insyaallah esok kena jugak puasa. Dah last minute betul nih..


Bukan sengaja lambat nak ganti. Tapi sejak dari awal pregnant keadaan aku memang fragile. Lambat makan pun aku muntah-muntah. Masih lagi sampai sekarang. Jadi bila puasa tu memang aku hanya mampu berbaring aje. Tak la banyak pun kena ganti tapi memang kena tunggu keadaan aku betul-betul ok baru boleh puasa..



Hari ni agak challenging. Badan lembik teramat sangat. Kepala sakit nyut nyuttt..tak lega-lega walaupun dah tenyeh bam panas. huhu..mungkin faktor cuaca yang agak panas kot. huhu...




till now kepala aku masih sakit. ;( tak tahu la mampu ke tak nak puasa penuh nanti. Badan jadi berbisa..sakit-sakit makin teruk..itu ini sumanya sakit. sob sob sob..camni la rasanya mak-mak kita ek. huhu..




Saturday, July 23, 2011

bola oh bola



just finish watching Malaysia vs Singapore, 3-5 hasilnya. during the first half time tu aku tak tengok pun. nasib baik. kalau tak mau stress emo emo hentak haki kepala suma.. hehehe


kalau tengok masa husband takde cenggitu la aku. emo je jadiknya sebab tu tak suka nak tengok bola. Kalau menang syok la..kalau kalah..aku lak jadi stress. haha..


Actually, aku memang tak suka dan tak pernah suka nak tengok bola. Masa sekolah dulu ada la..team selangor tengah gah masa tu dengan Azman Adnan suma..so selalu la layan. Syok sebab bila goal boleh jerit jerit. Sejak habisnya kegemilangan team selangor tu, aku dah tak minat nak layan bola. memang jaaaarang sangat tengok bola sampai habis. selalunya tido je la depan tv tu.


sejak kahwin dengan peminat tegar bola ni....aku jadi minat la nak layan. Baru beberapa minggu kawen dah keluar ke mamak teman husband tengok bola. Masa tu lagi la tengah world cup. hehe..memang berkunjung ke mamak jela teman husband tengok. masa tu umah kami takde astro lagik.



then, kemuncaknya bila husband ajak teman tengok Malaysia vs Liverpool. His favourite team. hehe...memula tu cam tak rasa ape la..tapi bila dah dekat dengan stadium tu aku jadi cuak pulak. ramainyaaaaaaa orang???



dah la tengah mengandung 8 bulan kot. hehehe..risau gak kalau kena panjat tangga tinggi ke..jalan jauh sangat ke..tapi sumanya okay.. tak panas sangat pun sebab angin agak kuat time tu...walaupun kami tiba stadium dengan agak lambat masa tu, masih dapat tempat duduk. legaa...


itu pengalaman pertama aku tengok bola live kat stadium. so bila dah kat situ mata aku melilau tengok sana sini. Tau-tau je dah goal!!! haha



Masa kat stadium tu baby senyap jek. takde gerak langsung. husband kata maybe dia takut kot dengar bunyi bising-bising. Tapi biasanya anak aku ni kalau aku aktif, dia memang senyap. Kalau aku senyap, dia jadi sangat aktif. huhuhuhu...



walaupun husband penyokong liverpool tapi bila team tu goal dia takde pun nak sorak..muka sedih plak. hahaha..yelah, baju pakai liverpool, hati tetap sokong malaysia.. ye tak?? tapi bila goal tu memang seronok laaa...memasing semangat sokong malaysia walaupun pakai baju liverpool.



biasanya kalau tengok bola dengan husband aku senyap jek. bising sikit-sikit jek kalau tak leh kawal. haha..tapi kalau tengok kat rumah dengan adik-adik or dengan abah, mulut aku tak henti-henti mengomel. kalau goal siap jejerit lagi..hahaha...



control ayu la depan husband beb. :D



masa tengok Malaysia vs Chelsea, aku layan dengan abah berdua jek. My mom dah tido. dia memang lagi emo kalau tengok bola banding aku. hahaha..so better dia tido. kihkih. abah pon not bad gak. banyak dia tau...


abah, ni sapa nih??tak kenal pon player ni??keeper mana nih??


ohh..ni keeper ke 3 nih...


ni team lagi satu. team olimpik ni..sebab tu muka suma lain-lain..


terer abah..ramai pemain dia kenal. hehehe..anak-anak dia suma kaki bola.




bagi aku sonok tengok bola ni kalau tengok reramai...meriah. memang syok! kalau tengok sorang-sorang kureng laaa...ko meroyan laa sorang-sorang. hahaha..


aku rasa anak aku pon ni jadi kaki bola gak macam daddynya nih..



hehehe..







Daisuki da yo

it used to be my favourite song masa kat U dulu-dulu. nanyian AI OTSUKA. lama dah tak layan lagu ni..tergerak hati nak cari kat youtube..tapi aku tak jumpa pun music video asal yang lengkap...penat dah menggoogle tak jumpa jugak. kalau ada tapi tak sampai habis. pelik pelik..



ini bukan video asal nya..




ini video asalnya...tapi tak lengkap..tak sampai habis..




sinopsis dari wikipedia.


"The music video features some captions at the beginning describing Ai's love for a man she misses. After this introduction, there is Ai talking into a camera as her 'boyfriend' joins her for her birthday. It is filmed as an 8-minute mini-drama. The storyline features a happier Ai through videos and pictures taken, a crying Ai holding her dead boyfriend's hand at a morgue/hospital, and then a melancholy Ai against a dark background. The video ends with a flashback of Ai and her boyfriend at night walking the streets."






kalau nak layan lagu yang lengkap layan video ni..siap ada lirik dan translate lagi..sedap suara minah ni..kalau nak tahu aku siap hapal lagi lagu ni...huhuhu...sekarang dah lupa dah..ingat sikit-sikit je..


aih..kenangan betul.




tetiba mood nak layan lagu sedih sedih..huhuhu
..........................................






Friday, July 22, 2011

hati lebur jadi debu






huaaa...!!!meleleh airmata melayan lagu ni...sob sob sob.. :'(

Thursday, July 21, 2011

me @ 31 weeks



aku sebenarnya confuse bila orang tanya..



eh, dah bape bulan ek sekarang?



sebab style sekarang ni tak pakai bulan-bulan. Kira ikut minggu @ weeks. So aku pun pening camne nak tukar dari minggu ke bulan pulak. yelah, orang tua tanya jenuh la nak paham bape minggu tu sama dengan bapa bulan..ye dok?


so aku pun menggoogle dan terjumpa laman web ni. so dah senang sikit nak terangkan kat orang. hehe..

nak senang kira camni laa..


40 weeks = 9 months + 1 week ¦ 4.4 weeks = 1 month











so sekarang ni aku dah masuk bulan ke 8 la. 31 weeks. hehehe..just told husband yang perut aku makin besarr..huhuhu..makin gemok...makin.................. hehehe..well, dah pregnant kan? tak kan makin slim and kurus lak?? haha



me at 31 weeks. meh nak story cket. buat kenangan kat anak aku nanti. hehe..


ok. sekarang ni kaki aku memang tengah bengkak cam kaki gajah. biasanya akan surut after long journey. yelah, aritu kan balik dari perlis. ni dah dekat seminggu tapi tak surut-surut jugak! huhuhu..pastu malas plak nak sapu minyak ke ape. sebenarnya nak gedik-gedik orang sapukan..


huhuhu



bab makan, macam makin teruk jek. kalau bleh 24jam nak mengunyaaahhh. tak bleh lapar sikit pun. terus wek wekkkk. kat meja tepi katil mesti ada stok makanan tuk aku mengunyah dikala tengah malam. kadang-kadang tak sempat tengah malam. baru 30minit dinner perut dah kruk krak lapo..aduh..


pastu, duk asyik makan jambu. minum air jambu. suma gara-gara pokok jambu merah tengah bebuah lebat. nyum nyum..mak aku la nih..ari-ari dibuatkan aku air jambu...tapi sedap dan senang aku ke toilet ari-ari..hehehe..tq mak.hehe


lagi satu info yang aku baca, ibu-ibu yang mengandung ni tak elok makan betik banyak-banyak. kalau sembelit try makan buah lain ye. aku dapat tau betik tak elok makan banyak nanti anak jaundice teruk. nasib baik aku tak suka betik ;)


elok minum air kelapa tuk kulit baby bersih. jenuh aku suh adik-adik aku ambikkan kelapa pandan muda kat sebelah umah ni. sampai sekarang tak diambikkan...hish! bila abah ambikkan tuk aku...depa pulak yang sebat air kelapa tu..hampeh hampeh


oh lagi satu...bukan takat kaki aku mengembang cam gajah, tangan dan jari-jari memang kembang jugak. suma cincin yang aku ada tak muat walaupun dulu cincin cincin tu suma longgar. huhuhu...too fat too faaattttt!!!



sejak pregnant ni aku suka makan limau sunkist tu..nyumnyum..sedap sampai jilat jari lah! tapi tanak yang masam-masam sangat. sikit-sikit masam oklah..hehe..


aku tak bape suka masam-masam..



oklah..tu je yang aku nak citer.



hutang cite pengalaman tengok bola live tu tak sempat buat lagi. next entry ye! hehe..lama-lama peram tak best dah nak cite kan?? :D






Wednesday, July 20, 2011

The memory remains






"Aku lemah, haruslah dirimu terangi jiwaku yang kadangkala tenggelam di jalan lurus. Ampunkan ku, terima diriku, sesungguhnya kamu terlalu indah bagi diriku. sayang..izinkan aku bersamamu, meski mungkin aku tidak sempurna seperti yang kamu inginkan dan impikan. Ampunkan aku, inginku garapkan segala usaha agar kamu menerimaku kerana aku terlalu amat menyayangimu.. ingatkan aku tentang salah aku dan kelupaanku merinduimu.."


............................................

:'(


Tuesday, July 19, 2011

special thanks to..

my brother and SIL, k.seri yang berada kat canada tu.. sebab sudi kasi hadiah baju comel-comel kat our baby. hehe..and tq for the cute card too!



my husband tanya, "baju tuk ayahnya takde?" hahaha..




kasut and seluar biru tu comel. but suma aku suka. comel comel. my mom kata "ni macam nak suh anak buah diorang ni duk kat eskimo jek.."

hehehe..

memang dah tak yah beli baju dah ni. banyak baju-baju baby nih. huhuhu..


i really love this one! hehehe...


tadi aku sempat beli sikit barang kat onebabyworld. tapi tak sempat nak shopping lelama sebab kejar masa. barang baby dah almost complete. tinggal barang aku je. rasanya kat area sini ada...nak setelkan cecepat..sakit kepala kalau ingat barang tak cukup ni..



Perlu ke?

Aku ternampak signboard 'saman berkamera' ni kat area klia. Tepi jalan before ke terminal.


Asal tah arini ramai betul polis kat sini. Naik rimas tengok. Aku nyaris-nyaris gak kena saman. Incik polis tu tak nampak aku dok dalam keta. So aku pun blah la dari terminal tu.


Pastu siap ada saman berkamera ni lagi..tatau la relevan ke tak. Tapi ramai je yang dok parking kat tepi ni..including me! Huhu..


aku malas nak masuk parking dalam satu sebab mahal bayar, second sebab adik aku nak jumpa kawan kejap je..ketiganya sebab aku malas nak berdiri lelama bila kena tunggu kat dalam..sure xde tempat duduk kat area arrival tu..dah selalu sangat kena diri berjam-jam tunggu orang..kaki tengah bengkak ni..so tunggu laaa dalam kereta... :)


Aku ikut pon sebab pasni nak ajak bdk2 ni bawak aku ke KL lak..huhuu..


...................................................


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, July 18, 2011

mom's orchid



pagi tadi rajin je tangan nak snap pic orked mak. kebetulan tengah banyak pokok keluar bunga. aduhai...cantik betul....jom layan pic. jenuh aku mengupload suma nih..


ni spesis murah dan senang keluar bunga. sejak pakai baja baru ni memang non stop keluar bunga...sekali kua 5-6 tangkai..fuhh..



mak suka spesis besar-besar camni..esp purple..hehe




orked lama..



ni rasanya beli kat padang besar. kat sana banyak spesis pelik dan cecantik..rege pun canteekkk punya..haha



spesis ni memang cecantik..


ni orked lama...






cantik kan?


ni aku belikan tuk mak dulu..kt sungai buloh.


pon aku belikan..hehehe


ni orked lama..




mahal wo jenis ni..huhu..tapi bunganya cecantik!

bagi aku paling cantik yang nih! huhuhu..dan agak mahal jugak orked yang ni. kalau tak silap ni mak beli masa ke padang besar, perlis.


nanti aku upload pic garden mak plak. hehe..tengah cantik suma keluar bunga. hish..sonok sonok. aku pun memang suka bunga. sejuk je hati tengok... ;)



kalau dikumpul orked mak dari aku kecik memang banyak sangat! tapi sebab asyik pindah umah, maka orked mak pun ada yang banyak mati. ni baru nak tambah lagi collection balik. nak jaga ni bleh tahan leceh tapi dah mak minat kan..hehehe...



kami suma selalu kena marah kalau tak tolong siram bunga-bunga mak..hehe..



Sunday, July 17, 2011

Baby's stuff

ini barang-barang yang husband dah beli tuk our baby. aku rasa macam bleh tahan banyak tapi tatau la cukup ke tak...memang tak leh nak agak. takde pengalaman. hehe



rasanya baju baby dah cukup. Tapi aku cam tak puas lak nak beli yang online jual cute miuttttt!!


ada jugak beberapa barang tak dapat beli lagi...

-cloth diapers
- nail clipper
- pembersih hidung
- barut baby
-besen mandi
-baby cot
-stroller
-car seat
-baby sling
-sabun basuh baju baby
-dettol

-breastpump
-bengkung
-tungku
-set jamu NR
-nursing bra


ha...banyak gak yang tak beli lagi. huhuhu...maybe next month la kot. ada yang boleh beli time pantang nanti. it depends la kan..


miss him already




miss him.. baru bapa jam pegi. sob sob sob. sedih dah. nasib baik tak meleleh tadi depan husband. huhuhu..dah bape hari asyik nangis naik lebam bengkak mata. tah hapa-hapa emosi aku nih..


tatau bila boleh jumpa lagi. depends pada husband la. jauh dia nak datang selalu. huhu..baby's gonna miss him too.



duk jauh ni pun sebab nak elakkan emosi makin teruk. rasa bersalah sebab marah dia selalu. cakap bukan-bukan. im so sory honey.. ;(



dah la tak leh buat entry ni panjang-panjang. aku sedih sangat. ;(

Saturday, July 16, 2011

Liverpool vs Malaysia


Malaysia 3: Liverpool 6

more update later. tired lor! ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers