Thursday, March 21, 2013

Officially graduated!











Assalamualaikum,

Asyik bertangguh je entry kat blog ni. Agak payah sikit nak update lately nih. busy saja. 

Syukur alhamdulillah akhirnya dah habis belajar. lulus dah semua exam. habis dah 2 tahun yang sangat mencabar kekuatan fizikal dan mental. eceh! macam belajar pegi perang saja gayanya. hihihi..


aku sendiri pun tak sangka dah habis belajar. dulu selalu fikir aku ni taklah pandai mana yang boleh belajar tinggi-tinggi. Tapi berjaya juga 'memaksa' diri. orang tak pandai pun boleh berjaya kalau ada usaha.. kan?


asal-asal dulu sambung master sebagai back up plan tidak mahu menjadi gstt lagi. dan masa tu belum kahwin lagi pun. aku apply UPM sebab tak mahu sambung di UIA lagi. nak cuba pengalaman universiti lain. kebetulan ada kawan yang belajar master di UPM tapi fakulti yang berbeza. jadi aku cuba la apply dan alhamdulillah dapat. course yang aku pilih pun main hentam takde tanya orang sangat ke ape. main apply je sebab target memang nak ambik bidang Human Resource. Tak lari jauh dengan bidang masa degree dulu. Kebetulan ada dua course HR di upm. satu HRD (human resource development) dan satu lagi HRM (human resource management). dua-dua course ini di fakulti yang berbeza. HRD dari fakulti educational studies dan HRM dari fakulti management ke economy not sure. tp antara itu lah. entah gerak hati aku terus memilih HRD sebab aku lagi suka dengan fakulti educational studies. hahaha kelakar betul bila ingat balik.


dah la tak pernah pegi upm pun sebelum ni. bila first time nak kena pergi fakulti menggagau aku sesat dalam upm yang besar tu. 


memang kawan gelarkan lone ranger kat aku sebab 'sebatang kara' katanya. hahaha..selamba masuk belajar takde kawan/ geng ke hape. dari awal belajar sampai habis belajar. aku kawan je dengan semua orang. yang close tu tetap ada la kan? =)


aku cuti pada sem ke 3 sebab deliver baby. boleh je nak pergi lepas habis pantang tapi aku yang tak sanggup. nak tinggalkan budak kecik sorang tu..ish ish..xpelah korban cuti satu sem. memang sedih la tengok kawan-kawan batch aku semua dah habis dan konvo. tapi aku tetap teruskan utk habiskan lagi 2 semester. gigih lah nak pergi kelas ulang alik dari kampung aku yang makan masa 2 jam pergi dan 2 jam balik. fuhh! letih wehhh!! dengan insiden tayar kereta meletup malam-malam. phew!


balik rumah nak kena fikir anak dan siapkan assignment. sebab itu aku memilih untuk tidak membuat thesis ataupun project paper. macam tak boleh bagi komitment. aku dah spent masa 4jam dalam kereta. balik rumah nak urus anak. takut sangkut study dan tak boleh habis cepat makanya buat sajalah comprehensive exam.. 


tapi itu semua pengalaman yang mematangkan diri.. sekarang ni setakat travel perlis selangor sorang-sorang dengan aisy pun aku dah banyak kali buat. huhuhu..


apa pun sekarang ni tengah cuba nak aktif berbusiness. selain dengan bakery, aku cuba nak aktif dengan pelbagai product lain. husband dah daftar nama company untuk business sheschocoholic online shop ni. boleh la usha ye. selain itu, aku dan hubby juga ada set up company advertising untuk akhbar(metro,bh, nst, sinar, utusan dan kosmo) dan majalah (semua majalah under karangkraf). nanti aku cerita lebih lanjut dalam entry lain. kalau nak buat iklan, atau ucapan atau anything boleh contact mediaulung@gmail.com / atau email aku pun boleh izyanmz@gmail.com/izy_anmz@yahoo.com.


oklah. thats all.

have a nice day!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers