Monday, October 10, 2011

Day 36

Assalamualaikum,


hai, bercinta betul aku nak menghabiskan episod cerita 'kelahiran pertamaku' tu. Yelah, nak cerita moment tu balik kena dapatkan feel atau mood yang bagus juga. kang kalau tengah mood tak bagus nak cerita moment tu pun jadi haru biru pulak..


hari ni masuk hari ke 36 baby aisy dan aku berpantang. lagi 8 hari je lagi nak abis pantang.


Aisy sekarang ni makin lasak..makin comel..makin cerdik.. hehe..



dan..makin kuat tido disiang hari. hehe..susah betul nak bagi dia celik dan berjaga waktu siang..time mandi pun kena make sure dia jaga betul kalau tak melalaaak je lah. pastu pas mandi sure mau tido..


malam pulak memang akan berjaga..ikut suka dia la berapa lama..malam tadi sampai dekat kul 4 pagi ajak aku bertahajjud. huhuhu..ngantuk betul dibuatnya.pastu dia dah cerdik..xleh main sorang-sorang..sure menangis punya. mintak dukung or pangku..mintak dilayaann..memang manja budak kecik ni..





my mom pulak dah tukar dari nak panggil nenek ke panggil nani (camne tah ejanya aku tatau).. hehehe.. abah aku suh panggil embah. dah macam-macam laa mak abah aku nih. hehe.. my mom dah tak mandikan aisy dan tido sama kami. katanya tanak nanti rindu sangat asyik teringat. so dia memang biarkan aku buat suma



baju-baju pun banyak jugak yang dah tak muat. yang macam sarung nangka je pakai. cepat betul membesar. padahal baju-baju tu size 3month. yang newborn sure la tak leh pakai lagi dah. aku pun nak buat lagi topi and kasut kait tu dia.. senang leh terus ukur. dulu main agak-agak je..



ape pun, tak sabar nak tunggu abis pantang..nak bawak aisy jenjalan. plus aku pun dah naik bosan tak leh kua kemana langsung. ke klinik jelah yang sekangkang kera je dari rumah. selalu la kena tinggal berdua je dengan aisy bila suma seronok kua jenjalan.. sob sob sob





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails