Sunday, February 19, 2012

back to school!

Assalamualaikum..



today is the last day of my-almost-one-year-holiday! huhuhu..lama betul cuti jadi liat nak pegi kelas balik. malas malas malaaassss!!


malas sebab ape? sebab berat hati nak tinggalkan sikecik nih. dah la seminggu ni macam-macam sikecik ni nguji aku tau. huhuhu..sedih sedih sedih. tapi as a mom, aku tak leh ikutkan hati sangat. kena tabah dan kuat!



kalau ikutkan hati rasa macam nak ambik semua subject yang tinggal. 8 kot. tapi maximum aku dibenarkan amik hanya 6 rasanya. hmm.. so tak dapatlah grad this year. kena ambil lagi satu sem dan grad next year. takpelah, biar lambat asal grad dengan cemerlang. huhu..jeles dengan my friends yang dah abis suma. yang abis 3sem pun ramai. jeles!! nak buat camana..aku sendiri decide nak defer hari tu kan.. takpe takpe.. =)



oklah got to go. semoga sem ni baik-baik aja untukku. dan moga-moga aku dapat kerja secepat mungkin! ameen..



Jujur aku dayus?

Assalamualaikum,


sebenarnya dah lama aku tak berkesempatan nak tengok drama. Tengok tv pun jarang-jarang sebab aku bukan kaki tv. Selalu layan movie ni bila dengan hubby. Dia dah duk jauh so aku pun tak berminat nak tengok..melainkan sesekali bila dah tatau nak buat apa..


malam sabtu, tengok title cerita macam menarik. layanlah..


dah lebih separuh jalan cerita masih tak faham-faham lagi. ape punya cite nih?? tapi hati still lagi nak tengok sampai habis..



dah nak hujung cerita baru faham..



Ya Allah....bagusnya suami tu. Rupanya dia menahan gelodak jiwa tentang aib si isteri. Pengajaran yang sangat bagus!



sinopsis cerita:

Jujur Aku Dayus mengisahkan pasangan suami isteri, Edree dan Lisa yang hidup bahagia selepas perkahwinan yang berusia lebih setahun. Sebagai seorang pegawai berprofil tinggi, Edree memikul tanggungjawab besar di dalam syarikat. Suatu hari, dia ditugaskan untuk ke luar negara dan selepas lapan tahun keika dalam perjalanan puang ke rumah untuk melepaskan rindu kepada isteri tercinta, Edree ditimpa kemalangan menyebabkan dia koma.



sumber dari sini (silah lah download kalau suka)



rupanya yang menyebabkan si suami accident tu bila dia balik tengok isteri sedang tidur dengan lelaki lain (xbf isteri) atas katil mereka. huhuhu...lepas lafazkan cerai pada si lisa (nora danish) dia cakap kenapa dia accident suma tu..then lisa pun cakap la (flashback) apa sebenarnya yang terjadi ketika tu..dia diberi ubat tidur@dadah ke ape tah masa jumpa mamat tu..dan tak sedar kena rogol. huhuhu..si suami jadi macam hilang akal dan berdiam diri tanak cakap ape pun punca dia berubah..semata-mata menyembunyikan aib si isteri..




semoga sama-sama kita ambil iktibar.. =)





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers