Thursday, August 11, 2011

"10 perkara memeranjatkan di dalam perkahwinan"

aku terbaca artikel ini dan rasa menarik juga untuk dikongsi bersama. Terutama untuk pasangan yang baru berkahwin seperti aku ni. Baru ke?? baru laa..setahun lebih. :D


Ada perkara yang memang boleh dijangka. Takde la terperanjat, cuma bila diri sendiri dah hadapi kadang-kadang blurr je camne nak handle kan? lagi la takde pengalaman.. Cuma sikap dan kematangan diri yang boleh menyelesaikan masalah dalam rumah tangga ni.. :)


Meh kita baca sesama..


Bila wujud perkahwinan, tidak semesti semuanya ok dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar. Di bawah ini ada beberapa perkara melalui pengalaman masyarakat kita dan tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin.

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

“Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa
keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan.”


hukhukhuk..betullah..dah kawen tak semestinya kena berkepit 24jam kan? masing-masing perlukan ruang untuk diri sendir. Tapi jangan pulak sampai abaikan pasangan. ye dak? hee


2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

“Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai.” Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.


iya dong! cinta itu seperti pokok bunga, jika tidak disiram dan dibajai, habis layu dan mati la ia.. :D makanya, sangat perlu untuk tunjukkan kasih sayang secara verbal dan juga perbuatan kepada pasangan. Tunjuk kat pasangan je yang penting. Tak yah nak show off kat public sangat nanti orang menyampah! hehe



3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

“Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata.”


wahhh!!! suweet jek kan kalau camtu. hik hik hik (gelak gatai). betul la kan..kena laa buat sesuatu untuk menceriakan dan menghangatkan hubungan lagi. Pasangan bukan lah sekadar teman sebilik atau teman serumah..atau pun bibik anda!!! ingat tu ye! hehehe


4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

“Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar… kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal.”


iyaaa..kalau tengah baik, happy, memang laaa seronok kan. cuba kalau tengah gado ke tak puas hati ke..masa tu menyampah gila tengok pasangan sendirik kan kannnn? hehehehe..no laa..kidding! marriage is fun kalau masing-masing tahu untuk menggembirakan antara satu sama lain... :D tapi memang menyengeh je la kalau dapat msg romantik ni kan.. ;)


5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

“Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir.”


humm...kebiasaannya macamtu lah kot. Isteri yang banyak berkorban. Tapi suami jugak ada banyak berkorban kan? dependsla..huhuhu


6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.


betol betol! dulu sblm kawen kurus, dah kawen ada anak cam dugung da badannya..huahuahua..kena terima pasangan seadanya...betul tak?


7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.


hehehe...biasalah tuuu..sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula laki bini.kihkih..sokong ajela ape yang dia nak. (But yang relevan ye!) dah dia yang kerja pepenat kan kann?? hehe..dapat paw sikit jadiklaaaa :D hehehe


8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah “soulmate” masing-masing.


yelah, dah lama kenal pasangan seharusnya begitu..makin matang menghadapi masalah..ye dak? :)


9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada “mood” dan keadaan sekeliling.


hehehehe......mood mesti mau bagus maaa.... ;)


10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?


waduuhhhhhh!!! bab ego ni memang masalah utama betul la kan??? dengan degilnya..keras kepalanya...egonya...hish hishhh...saya?? mana adaaaaaaa...saya isteri yang baik apeee ;D




sumber dari sini
......................................................................



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers