Thursday, August 25, 2011

36weeks++

Hari ni check up lagi. Dah masuk weekly check up dah sekarang. Drive sendirian ke klinik yang hanya 2-3minit saja dari rumah. Sangat heaven! ;)


Tapi kan..tiap kali balik dari klinik kesihatan @ check up. Mesti hati menyumpah, rasa sebal, marah, kecewa dan macam-macam bad feelings. Feel bad bout diri sendiri. why meh?


Puncanya??


Mulut nurse-nurse yang macam......................... (fill in the blank!)


oh, i mean nurse disini.


oh..seriously aku rasa cam nak lari balik je.



Yang kelakarnya, dia sendiri admit yang mulut nurse kat sini memang cam teruk!


ayat dia aku copy eh!


"awak kena pegi spital terus. wad 3. memang la nurse kat situ mulut pun sama macam saya..tapi kena tahanlah.."


it's fine kalau nak suruh aku ke hospital, tapi tak yah nak bebel dan marah aku tak tentu hala.



lama weh dia bebel kat aku. naik semak kepala.



yang aku bengangkan, bila aku cakap situasi macam tu patutnya explain apa yang aku alami tu. info aku banyak tahu based on pembacaan dari internet dan buku-buku. Bila aku tanya, kenapa perut aku mengeras selalu? tapi takde pun beranak sampai sekarang? kata aritu perut mengeras tanda nak beranak?


she supposed bgtahu apa yang aku alami itu adalah 'BRAXTON HICKS'. haiyo...kalau aku tak baca sure aku pun tak tahu. Bila aku tanya apa tanda sebenarnya nak bersalin? apa rasa nak bersalin..dia boleh kata apa tau??


"kalau rasa kepala baby keluar tu, or dah pecah air ketuban tu nak bersalin la.."


"rasa nak bersalin tu rasa nak bersalin lah! tak reti nak cakap. awak rasa jelah nanti."


adehhh..kalau tunggu kepala baby keluar, silap-silap aku beranak kat dalam bilik umah ni jelah kang. Apa punya jawapan daaa...



normally sekarang orang dah tak tunggu air ketuban pecah baru nak pegi hospital. Banyak dah kes yang takda tanda tetiba bila pergi check rupanya dah terbuka 5cm. aduhai..


tahlah. Sebenarnya kalau dia cakap baik-baik, aku takda nak emo marah macamni. Tapi sebab bahasa sangatlah menjengkelkan. Apa dia ingat aku ni bodoh sangat ke? dia ingat ibu mengandung yang datang klinik tu bodoh-bodoh belaka ke? haihhh...tengok depan buku pink aku tulis apa.... saya student masters tau! (terpaksa laa up sket..sorry..huhu)



tak perlu la nak buat orang macamni. Kerja deal dengan pelanggan/ manusia ni kena lebih berbudi bahasa. Lagi pun bukan semua orang nak sakit kan.



totally different dengan kk kat kangar yang aku pergi last few months. boleh dikatakan semua nurse kat bahagian ibu mengandung tu baik-baik belaka. ada la sorang dua yang muka ketat and mulut cam hampeh tu kan. Tapi majoriti sangat baik sampaikan tiap kali balik check up aku mesti cakap kat husband... ala...baiknya nurse nih.



Aritu masa call aku tanya napa tak datang check up (padahal aku dah cakap nak pindah balik selangor), punya laaa lembut cakap sampai naik senyum aku dibuatnya...seriously!



susah sangat ke nak buat macamtu? Memang problem nurse kat sini dari zaman mak aku lagi. Memang bukan semua tapi kebanyakan macamtu. My mom selalu cerita yang kena marah dengan nurse suma masa lepas beranak..hmm..entahlah. Sebab tu aku malas nak cakap or ngadu apa-apa kat nurse or doktor kat kk cni..takde faedah pon.


ingat lagi masa aku kena stay kat wad 3 tu sampai 9 hari. kena maki, marah, perli. macam-macam hal. cakap macam orang tak belajar pun ada. dah la tengah sakit, makin bertambah sakit lagi ada lah..





Kalau ada private dah lama aku pergi. huhu.. :(





hmm..enuf pasal nurse tu.




lagi 5 hari nak raya. fuh, bila la baby nak keluar nih. perut nampak cam dah makin kebawah. Kerap buang air sebab kena tekan-tekan kat pundi kencing tu. Kepala memang stay dah kat laluan. Tunggu bukaan je.



Baby dah kurang lasak banding sebelum ni. Gerak jugak tapi tak lasak macam dulu siap berombak-ombak perut dibuatnya. hehe..


adik aku yang bakal doktor tu tengok gambar 4D baby kata muka baby macam ikut daddynya. hehee..sengeh husband dengar. Finally dah dapat confirm satu nama tuk baby. So far la ye. Kot nanti rasa nak tukar lagi tatau la kan.



hmm...banyak perkara buat aku rasa macam kecewa lately nih. kadang-kadang payah jugak. Aku ni dah la degil kan. Mana yang aku rasa percaya dan nak buat perkara tu, orang lain tegah dengan alasan yang aku tak boleh nak terima..



Orang mengandung ni kan banyak pantang larangnya. Some of it relevan tuk diamalkan. some of it memang merepek. kita percaya benda yang kita nak percaya..kan? get what i mean?



contohnya lah...i did research on scan baby ni ada effect ke tak. Semua artikel yang aku baca takda nyatakan kerap scan akan bagi effect kat baby. Doktor pun takde cakap begitu. But some people marah kalau aku cakap nak scan.



i'm not expert bout issue nih. Tapi aku percaya sebaliknya.



Begitu juga tentang isu minum air kelapa. Semua orang suruh aku kerap minum air kelapa since 7 month pregnancy onwards. Untuk elokkan kulit baby dan mudah untuk beranak. But ada yang bising tiap kali aku nak minum air kelapa. Kalau sebelum ni aku akan mintak tolong sesiapa yang ambikkan buah kelapa..but bila ada yang dah bising, takde sapa nak ambikkan untuk aku. Makanya sekarang aku ambik sendiri buah kelapa tuh.



can u imagine?? perut dah sarat, jalan macam penguin, aku still duk mengait buah kelapa. But pokoknya rendah lah. huhuhu..



coz i believe memang ada faedah kalau minum air kelapa tu. Walaupun orang lain percaya sebaliknya. Sebab dia tak buat macamtu dulu. huhuhu..tapi dah namanya aku ni degil kan..nak jugak buat. huhuhu...


contoh lain. Orang kata minum air soya elok. Tapi based apa yang aku baca sebaliknya. So sepanjang pregnant ni aku ingat hanya minum dua tiga kali je air soya.



Apa lagi. Doktor kat hospital tak galakkan aku minum fresh milk, yogurt dan yang sewaktu dengannya. Atas alasan, benda tu menggalakkan aku rasa loya dan muntah. Tapi aku still minum jugak. Sebab lebih praktikal dan lebih err...sedap! hehe



Macam-macam hal lagi tentang kepercayaan nih. Aku pulak percaya apa yang aku baca. Kalau banyak sumber menyatakan perkara yang sama, so aku percaya kebarangkalian benda tu betul tinggi.



hmm..payah jugak kan? Bab pantang ni nanti tak tahu lah macamana. Kena ikut betul-betul la apa yang my mom suruh kan. Kang bentan payah pulak. And for sure aku tak boleh keluar langsung time pantang tu. huhuhu..


haih. entahlah.



apa pun aku hanya nak yang terbaik tuk baby dalam perut ni. hmm..



oklah. bye! bye! (lama plak tak main bye bye nih..hehe)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails