Monday, August 16, 2010

hari ke 6

Hampir seminggu kita sudah berpuasa. Kejap je kan? Kalau tak sebab entry nih, aku pun tak kira dah berapa hari puasa. Memang cenggitu la tiap-tiap tahun. Tak pernah pun kira puasa dah berapa hari..berapa hari lagi nak raya. tup tup dah raya..


hehehe..


Sebut pasal raya, rasanya ramai yang dah mula buat preparation sejak dari sebelum puasa lagi. Kan? mungkin masing-masing ada alasan tersendiri. Tak nak bersesak-sesak. Tak suka shopping last minute. Macam-macamlah..aku tak suka nak keluar shopping time bulan puasa. Confirm sesak kat Jalan TAR tu. Dah pernah pergi masa jadi student dulu. Pastu tobat dah nak pergi lagi.hehehe..tak tahan sesak macamtu. Rimas!!


Lagi satu, aku kalau keluar shopping, memang akan sakit kepala macam nak meletop. Cuaca panas dan kering..lagi pulak kalau tengah puasa..tak puasa pun sakit ape tah lagi kalau puasa. Yer..aku kan puteri lilin.kalau nak keluar, time cuaca nyaman dingin. Macam hari hujan lebat ribut suma ada. Pun tak boleh keluar jugak.



keh keh keh


Sebut pasal persiapan sambut raya..aku tak prepare apa-apa pun. Baju masih ada beberapa pasang yang aku tempah tapi tak sempat pakai. Makcik aku pun ada bagi hadiah sepasang baju kurung siap bersulam sempena wedding hari tu. Tak pakai lagi. Kebaya pun ada lagi dua pasang tak pakai. Beli masa bercuti ke Bandung awal tahun aritu. so takde la beria nak cari baju. Pakai yang ada sudah.. :)



Cuma....ingat nak beli sepasang sandal raya. tu je kot. Nak pakai kasut wedding macam vogue sangat pulak kan. hahaha..



okay. cukup pasal raya. Baru 6 hari puasa..malu pulak nak cerita beria pasal raya. Apa-apa pun bersederhanalah ye..



Hari ni aku berbuka puasa sendirian lagi. Sob sob sob. Masak macam-macam tapi takde sape sudi nak teman hamba berbuka puasa. huaaaa!!!



Husband request nak makan nasi ulam. Padahal dia kata tak dapat berbuka sama. Hamboi...tanak balik awal pandai request pulak dia ye. Takpelah, demi suami tercinta ku buatkan juga laa nasi ulam dia tu..


Pegi pasar beli la macam-macam ulam. Tapi hanya beli ulam yang aku kenal je.hihi..daun selum, ulam raja, daun pegaga, kacang botol. Tu je yang beli. Pon dah cukup banyak. Pusing sana pusing sini..last-last terfikir nak buat sata skali. Bahannya pun lebih kurang ja. Kebetulan aku beli ikan kembong..



Dan mula la sesi berkung kang kung kang di dapur. Dengan angin yang kuat dan hujan yang lebat..macam nak terbang dah dapur aku tu dibuatnya.



Lagi 5 minit nak azan baru la siap semua menunya..


nasi ulam, sata ikan, ikan kembong goreng, sambal belacan, ikan masin. plus kuah kacang semalam tak abis + rendang daging...
wahhhhh!!! yang makan aku sorang ja. huhuhu


msg adik aku yang dah tak reti nak balik rumah nih suh datang and tapau semua makanan bagi kat kawan-kawan di hostel dia squatting tu.


setel!

.................................................


gambar malas nak upload. Nanti aku upload ye. hihihi


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers