Sunday, September 25, 2011

zombi

hmm...



my dad dah ada dirumah. kelu lidah tengok condition abah. tak pernah tengok dia accident teruk macamni. muka memang teruk. berjahit banyak sangat. bengkak sana sini. huhu..sedih. tak lalu nak tengok selalu. my mom and adik-adik la yang sibuk jaga abah sekarang. Aku sibuk la jaga si kecik ni..


kalau ikutkan sebenarnya abah xleh balik lagi. tapi tu la..aku nak maki hospital sini dah tak larat. dah jadi mak ni kena behave lebih lagi. huhu..service teruk cam hape. letih dah nak cakap.



apa pun aku harap sangat abah pulih sepenuhnya dan takde ape yang serius. hikmahnya aku rasa abah dapat rehat sepuas-puasnya. sesiapa yang kenal abah memang tahu dia adalah manusia yang tak reti duduk diam. pagi sebelum accident tu dia duk plan dengan adik aku pasal kenduri aqiqah yang cadangnya nak buat minggu depan. sibuk plan nak buat kambing bakar bagai. siap ajak my mom balik johor nak cari kambing extra lagi.. dan dia accident tu lepas solat maghrib di surau dan on the way ke rumah embah @ nenek aku. Kemungkinan besar untuk kabarkan tentang kenduri tu..



ingatan abah masih belum pulih sepenuhnya. masih tak ingat kejadian malam tu. yang di ingatnya beberapa perkara sebelum accident. huhu...sedih sedih.



semua orang di rumah memang dah macam zombi. especially aku lah. semua sibuk dengan macam-macam hal. my dad yang tengah sakit and me yang tengah berpantang. jadi semua orang diperlukan setiap masa.



aku dah macam zombi sebab apa? baby aisy dah pandai jaga malam. sebelum ni memang jaga. tapi hanya merengek nak susu. sekarang dah pandai ajak main. bagi la susu banyak mana dia tanak juga lena. huhu..so nak tanak kena layan. Tapi semalam dia kerap sangat bangun. sejam sekali sampai aku dah tak larat nak layan. my mom takde sebab jaga abah. sebelum ni kalau aku tak larat, mak yang akan jaga dan layan si kecik ni. huhu... sekarang kena berdikari.



n now si kecik tengah berjaga. aku biarkan dia main sorang-sorang. kang dia nak tido baru tido sama. semalam pun aku tak larat nak layan.. aku terlelap sampai la dia merengek 2 jam kemudian sebab lapar. huhuhu..pastu sejam sekali merengek lapar lagi. huhu..bangun pagi dah bengkak mataku.. arini sure bengkak lagi tapi sebab banyak menangis. huhu..



siang hari aku pun dah macam si kecik ni. asyik tido aje nak recharge balik tenaga. cuma kerap terganggu sebab orang asyik datang. yang jenguk baby dan juga jenguk abah. meriah je rumah..



tapi ntahlah..kepala tengah pening. orang kata kalau kepala pening tu bentan. huhu..tatau la. aku dah kerap pulak sakit kepala. aritu macam nak hantuk kat dinding pun ada dia punya sakit sampai mak kena urut n picit bagi kurang. huhu..


apa pun harap abah sihat semula seperti biasa..and baby aisy membesar dengan sihat dan kuat. dan aku, harap-harap cepat slim macam dulu. erk, dulu tak la slim mana tapi okay la banding skg kannnnn..lepas je beranak tu berat dah turun 10kg. kan best kalau berat naik aritu cuma 10kg jek. dah slim dah aku skg. tapi yang naik berkilo kilo. huhuhuhu..nak makan jamu ape pun tak berani lagi. si kecik ni baru je nak baik kuning. tunggu laaa nanti..huhu..berkorban demi anak kan..



oklah..nak sambung layan si kecik nih..dah bersilat berkungfu dia mintak perhatian..






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails