pernah dengar tentang company ni tak ?
ALPHA ONE
lebih kurang 2 bulan yang lepas satu cawangan dibuka di area kawasan rumah aku. Jadi, aku turut ambil peluang buat terapi ni. Dulu dah pernah juga buat tapi macam takde kesan.
terapi apa?
ha..duduk kat kerusi dan ada lapik letrik dibawah. Arus letrik masuk dengan gegaran 60x/saat. Untuk membersihkan saluran darah yang tersumbat akibat banyak faktor. Pemakanan, udara, stress dan kurang senaman. Nama mesin ni bios 9000. Rasanya ramai yang dah tahu tentang terapi ni. Sebab company ni bukak cawangan diseluruh malaysia. dan memang terbukti boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Cuma beberapa ketegori orang tak boleh buat terapi ni, antaranya orang mengandung, orang yang ada kanser dan juga yang pakai bateri jantung..
" Alat Terapi Medan Elektrik BIOS 9000 meransang proses pemulihan tubuh badan menerusi aplikasi arus elektrik 9000v (maksimum). la direka bentuk dan dikilangkan 100% di Jepun oleh ITO Co. Ltd.
Alat ini mengadaptasi prinsip pemulihan semulajadi tubuh dengan menggunakan arus elektrik dari luar tubuh untuk menggalakkan revitalasi sel-sel tubuh serta meningkatkan daya ketahanan terhadap penyakit. Ia juga berupaya untuk mengurangkan tahap keasidan dalam darah dan mengembalikannya ke tahap Ph normal agar tubuh kekal sihat"
"BIOS 9000 terbukti mampu membantu pesakit menangani pelbagai kesan akibat penyakit seperti Diabetis, Insomnia, Gout, Angin Ahmar, Rheumatism, Artiritis, Lemah Jantung, masalah buah pinggang, Resdung, Kolestrol Tinggi, Lemah Tenaga batin, gangguan kitaran haid, Asma dan masalah hati tanpa perlu untuk mengambil sebarang ubat-ubatan."
Tapi yang aku nampak kat tempat terapi ni perubahan sangat ketara pada orang yg menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan juga sakit lutut. Semuanya dengan izin Allah..
Baru-baru ni, aku sibuk membawa atuk dan nenek ke terapi ni. Sejak mereka tinggal disini. Itula tugas harian aku. Atuk dah berumur 85 tahun dan nenek 76 tahun (kalau tak silap). Masing-masing takde penyakit yang serius cuma masalah sendi, sakit lutut, pendengaran dan juga mata. Haish..serius jugak la tu!
Atuk memang dah tak kuat jalan. Nak didukung..masyaAllah beratnya.huhuhu.. jadi kenala berpapah kalau nak ke tempat tu. Kerusi roda pun xde. Jadi, bila di fikir-fikir..di timbang-timbang..rasanya lebih baik beli aje mesin tu. Boleh buat terapi kat rumah. Bab kesihatan ni memang tak boleh nak tolak ansur. kalau dah sakit..sape yang tangggung?
Untuk aku..harap-harap boleh la menyembuhkan penyakit migrain, angin dan juga perjalanan darah (hormon). Sejak 3 minggu buat terapi (kadang-kadang tak pergi) aku dah turun 3 kg berat. hahaha..masa tau tu punya la teruja. Tapi bila tak kawal makan, naik la balik..huhuhuhu...
Kalau kita sendiri tak jaga diri siapa lagi kan? kalau sakit belum tentu ada orang nak jaga. Lebih baik dicegah sebelum penyakit datang. sama-samala kita jaga kesihatan sendiri.
Okay then!
.................................................................
hari ni besday my brother, pak arab tu yang ke 21. lahir pada 03 03 1989. Kalau tgk rupanya tak macam 21. kalau jalan, dia nampak mcm abang aku plak.hehehe..yeahh..ape-ape pun wish him best of luck utk 3thn lagi pengajian kat egypt tu. Semoga sihat sentiasa dan happy selalu.. :)