Thursday, March 28, 2013

stay home and lets hi five!


Assalamualaikum,

apa khabar semua? tiba-tiba senyap pula blog. 

tapi rasanya ramai dah kawan-kawan blog sunyi sepi. ramai sudah tidak berminat nak update blog. ambil masa yang agak lama berbanding 'social media' yang lain. Facebook saja yang manusia tidak pernah bosan kan?

aku saja yang bosan sudah dengan Facebook tapi masih memerlukan FB untuk pelbagai perkara lain. Kalau kita gunakan untuk perkara positif maka positiflah ia.


apa yang aku merepek ni ntah!


haha

actually, ada beberapa gambar yang aku ingin share untuk entry wordless wednesday semalam tapi gambarnya hilang entah dimana. jenuh sudah mencari tapi tidak jumpa. takpe lah


seminggu ini aku dan aisy hanya memerap je kat rumah. keluar depan rumah pun tak. hanya aku je keluar siram bunga atau jemur baju. aisy memang tak kasi langsung dia main kat luar selepas tragedi dia terjatuh dekat longkang dalam kawasan rumah ni. semata-mata nak ambil bola dia kat longkang tu masa aku tengah sibuk nak jemur baju. longkang kecik yang tak dalam tu tapi dia tak boleh balance badan maka habis la luka kelopak mata bagai. selepas tu tak habis-habis dengan tragedi terjatuh hantuk kepala di lantai. alahai anak.. maafkan mama ya kerana cuai. huhu..




so dengan itu kita dok memerap jelah dalam rumah.. bosan gila kot! aisy pun naik bosan asyik mengadap muka aku je agaknya. sekarang ni kalau nak keluar pun dengan hubby. aku macam takde mood lagi nak merayau berdua dengan aisy. next week after habis cuti sekolah la baru start merayau balik. huahauhaaha


so dah memerap ni antara aktiviti kegemaran ialah menonton kartun. dengan aku sekali layan. yang favourite selain UPIN IPIN ialah ni.. HI 5! aku pun suka sebab syok layan diorang nyanyi2. theme song dia tu memang catchy habis. aku dan aisy seronok melompat-lompat ikut diorang menari. hahaha *sengal*





okaylah tu sambil-sambil bakar lemak! ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers