Monday, December 20, 2010

not-so-desperate-housewife

tak best betul bila dah nak abis cuti ni. lagi dua minggu kena masuk sem baru. aiseh! Tapi kira okay la kan..Kalau kerja tak dapat la nak cuti lelama macam ni melainkan kalau ambik cuti tanpa gaji. hehe..


Tapi sepanjang cuti pun bukannya aku duk diam. Ada banyak je benda nak kena buat.



Last two weeks, masa kawan husband datang rumah ada la single ladies ni bertanya..tak bosan ke duduk rumah? jadi housewife? Maybe dia terfikir, bosannya duduk rumah tak buat apa. Bila dah terbiasa kerja..



Siapa kata jadi housewife membosankan?? aku rasa kalau pandai cari aktiviti, memang tak menang tangan, memang tak cukup masa. Kerja rumah tu memang tak pernah habis. Sentiasa je ada. Rajin tak rajin je nak buat kan? Ini belum ada anak lagi. Kalau ada anak lagi laaa sibuk. Kadang-kadang nak layan suami pun macam tak terlayan dah. Mana nak jaga baby, nak kemas rumah, nak cuci baju, lipat baju, iron baju..nak pegi pasar lagik. aduhhh...macam-macam laahh..




so far aku takde lah rasa bosan duduk rumah sebab aku sibuk dengan buat chocolate yang memang kadang-kadang tak menang tangan nak buat..Lepas tu dengan kerja rumah..nak memasak..kemas-kemas. Dengan nak edit gambar customer lagik. see! banyak je benda nak buat..tu pun tido selalu after 2am.



Kadang-kadang aku terfikir, macam mana kalau aku kerja...macam mana kalau aku dah ada baby..yes, time management tu pun penting juga.



hopefully, aku ada tenaga untuk itu semua. ;)



...........................................


kat rumah ni baru ada ps3, aku tak dan lagi nak try main. kang kalau dah addict habis semua kerja tak menjadi! hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers