Saturday, March 9, 2013

Oh My Macaron!

Assalamualaikum,

Dah berkurun lamanya aku teringin mencuba resepi macaron ini. Tapi baru beberapa minggu lepas tergerak hati dan kuat semangat untuk mencuba. Gara-gara sokongan dari sepupuku. hehe..setelah beberapa hari godek resipi online yang pelbagai jenis dan cara..maka aku beranikan diri mencuba. of course la tak menjadi kan? hahaha..

susah siut!


first time aku guna french style. memang tak menjadik. cair je. oklah takpe baru first time kan? ngeh ngeh


second time aku cuba lagi. konon nak bawak time cousin buat majlis aqiqah untuk anaknya. Pun tak menjadik juga. hahaha..sadis betul. Tapi rasanya macam dah sedap. Cuma aku perasan bila aku bubuh pewarna cecair, adunan terus jadi cair. 'kaki' macaron pun tak naik. huuu~


Third time, aku cuba lagi. tukar warna ke warna kuning. kalau first time dan second time cuba pink. kali ketiga aku cuba warna kuning. masih lagi guna pewarna cecair. sebab bila aku buat 'research' memang ada yang berjaya guna liquid colour tapi teknik untuk meletakkan warna itu yang berbeza. untuk kali pertama dan kedua, aku mengikut recipe yang mengatakan warna itu diletakkan sesudah memukul telur,jadi itu menyebabkan adunan menjadi cair. seelokknya kalau guna liquid colour, letakkan warna ketika memukul putih telur itu jadi adunan tidak menjadi cair. dan kalau letak warna tu, kena letak sedikit sedikit. sama juga kalau nak letak gula ketika memukul adunan putih telur itu. kena letak sedikit sedikit. kalau tak percaya sila cuba ;)


walaupun kali ketiga masih tidak berjaya, tapi tidak mematahkan semangat aku untuk mencuba lagi! hehehe..


tapi aku give up sementara dengan french method of macaron. hehehe..sebab method ini agak leceh dengan cuaca dan teknik gaulan adunan. silap gaul, memang hancur ler macaron kau!

so untuk kali ketiga aku mencuba teknik itali pulak. italian method gituu...walaupun method ini menggunakan perkakas yang lebih berbanding french method, tapi teknik ini boleh 'bertolak ansur' dengan cuaca yang mendung, hujan dan romantik gituuu.. hehehe..

plus italian method sebenarnya agak susah kalau tiada stand mixer macam diriku. masa nak buat pertama kali untuk italian method, aku terpaksa mintak tolong hubby jagakan gula yang tengah masak while aku memukul putih telur. perlu serentak. dan suhu gula itu perlu tepat. tapi tetap tidak menjadik. hahaha..sadis sadis. rasanya dah sedap cuma masalahnya 'kaki' macaron tetap tidak naik. tapi aku dah dapat agak punca kenapa macaron aku tidak naik kakinya.. jadi aku tetap mencuba untuk kali ke empat! 

kali ke empat ku tukar lagi ke warna merah pula..

memang kelam kabut juga time buat ni. tapi alhamdulillah menjadik! hehehe..happy tak terkata bila tengok kaki macaron naik.. ;)

untuk kali ke empat, aku cuba tidak ayak gula aising dan serbuk almond, tetap menjadi elok. aku cuma blend halus gula aising dengan serbuk almond agar sebati elok =)

so kena cuba buat lagi untuk kali ke lima sebab cousin sudah order. tapi aku pulak tengah demam tak sihat. tengokla dalam minggu ini kalau sempat..tengah busy menguruskan sesuatu. nanti aku storykan =)

pada sesiapa nak cuba membuat macaron ni, satu je pesanan dariku, JANGAN PUTUS ASA! hehehehe..memerlukan keazaman yang tinggi woo nak buat mende ni. bercinta betul aku dengan macaron nih tapi once jadi tu memang happynyaaaaaa! 





ini first time dan second time buat macaron. french method





untuk third time, aku saja buat shape bear. tapi sayang tak naik 'kaki'. rasa dah ok dah.. 




finally...jadi waktu kali keempat. gambar ni diambil ketika macaron sudah kering. aku jemur dalam 2jam gitu sebelum bakar. bukan tunggu pun. sebab lepas aku pipekan macaron, mak mertukaku datang kerumah. jadi aku ajak beliau keluar berjalan dan tinggalkan macaron begitu saja. takdela stress menunggu. kalau ikutkan adunan yang betul, dalam 30minit ke sejam dah boleh kering.. bila kering insyaallah 'kaki' macaron akan naik dengan jayanya... hehehe






blur nak letak inti ape, letak choc ganache je. aku guna dark choc semata. campur sedikit whipping cream. macaron ni dah manis, jadi bagi aku tak sesuai nak letak inti yang manis sangat. nanti kena kencing manis pulak. hihi..



nanti kalau jadi untuk kali kelima, aku update lagi! silakan mencuba ye.. kalau  malas boleh beli saja. hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers