Saturday, April 10, 2010

My Mom's Asam Pedas

Sapa suka makan asam pedas?


sila angkat tangan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


okay, saya pun suka! hehee..
Actually, masa dulu-dulu asam pedas bukan lah kegemaran. Langsung tak suka nak makan kalau mak masak asam pedas. Mati selera. eceh!


tapi makan gak la..kang mati kebuluran pulak.haha..



Sebab apa tak suka?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Sebab mak selalu masak asam pedas yang cair. Macam asam rebus. My dad suka macam tu. Jadi kenalah masak ikut selera suami. Plus, aku memang tak suka makan masam-masam nih. sebab tu dulu memang tak gemar makan asam pedas.


Cuma, adakalanya mak masak asam pedas lain cket..agak pekat dari biasa. ha...yang tang lain tu buat aku mula suka makan asam pedas...memang super delicious lah!



last few years, my best friend datang rumah dan mak masakkan asam pedas tu.Katanya sangat sedap. Tak pernah rasa sedap mcmtu..so, aku pun tanyala mak macamana nak buat. Belajar punya belajar..baru sekarang terer sedikit masak asam pedas mak.haha..
yeah..mana boleh lawan air tangan ibu kan?



Masa majlis bertunang tu pun mak sempat masakkan asam pedas walaupun dah ada masakan beriani..memang tak kena tapi lauk asam pedas mak lah yang paling licin! tunang ku sampai ke dapur korek periuk nak cari asam pedas tu lagi. hahaha..memang terbaik lah!



Dan masa pertama kali masakkan untuk tunang pun, aku masak asam pedas. Tapi bagi aku rasanya tak sedap macam mak masak. huhu..


resepinya tak susah pun tapi mungkin tekniknya kot..




so tadi, mak telah mengeluarkan arahan...

.
.
.
.
.
.
.
.
.


'hari ini awak kena masak asam pedas ikan kembong campur sayur bendi...'


okay boss!



hahaha..


so ape lagi kan? arahan dah dikeluarkan..kena la bersiap sedia.

mak biasanya akan blend cili kering yang dicampur sekali dengan bawang dan simpan dalam peti ais. senang nak masak apa-apa sambal. cili kering (satu kati) akan digunting dan direbus..campur dengan bawang merah dan putih yang juga diblend..

rasanya cili ni yang buat asam pedas mak sedap.


Jadi cili blend mak tu aku tumis. Campur dengan kunyit dan halia yang telah ditumbuk.




masa tumis tu aku taruk asam keping dengan sebiji tomato yang dipotong. My dad suka a lil bit masam..baru terangkat!




owh..jangan lupa daun kesum. Tapi selalu mak masak tak taruk pon sedap gak.hehe..




Okay..masa tumis tu lama sikit. Bagi cili tu bebetul masak. Kang sakit perut pulak.


.
.
.
.
.
.

pastu taruk la sayur bendi. then ikan..akhir sekali letak lagi sebiji tomato. hehe..




hasilnya....


taddaaa!!!!





fuhhhh..nasib aku tengah berusaha keras berdiet. Kalau tak berkali-kali ku tambah.

hahaha..


Yang buat aku geram tadi..waktu masuk ke bilik untuk ambil kamera..dua ekor ikan kembong dicurik kucing aku..rani.

haish..geramnya!!! rasa macam aku nak buat asam pedas kucing jek!


muahahaha...


tapi aku tidaklah sekejam itu.


hanya tinggalkan dapur beberapa saat je. sempat dibawak lari..2 ekor pulak tuh!! hilang tah kemana. hishhh..pastu bleh plak masuk rumah dengan muka dah kenyang!

sabar jelah..

geram punya pasal lupa plak nak snap gambar kucing tuuh..hhhhiissshhh..


takpelah..rezeki kau la kucing!


haha




apa-apa pun...


Ini my mom's punya asam pedas. lain orang lain caranya kan? tak kesah la..yang penting boleh buat semua orang kenyang. hehehe..

Dulu tak suka tapi sekarang dah jadi favourite. Asam pedas ke..asam rebus ke suma dah suka. hehe..


penah sekali tu dah geram sangat nak makan asam pedas..tp ikan takde..aku buat asam rebus..

rebuskan air..masukkan satu sudu cili blend dan kunyit dan halia yang ditumbuk. then, masukkan asam keping..tomato dan sayur bendi.

walla!

sedap hingga menjilat jari!!!

hehehehe..






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers