Assalamualaikum,
mesti masing-masing malas je nak tunggu esok hari kan?
mesti jalanraya utama, lebuhraya kebanyakan tengah jam, kan?
yelah, esok kan dah mula sekolah balik. no more school holiday kay. ;)
hari ni nak cerita pasal satu movie hindustan yang menjadi favourite aku. aku ni agak ketinggalan la kan. haha.. baru tengok movie ni last year kalau tak silap kat tv3. 3 Idiots ni cerita hindustan released tahun 2009.
tapi last year baru aku tengok. hahaha.. bila orang update cerita story ni aku tak ambik peduli sangat. walaupun cerita hindustan memang favourite tapi aku tak berapa gemar cerita hindustan sekarang. ataupun hindi movie yang tak dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang aku suka macam Shahrukh Khan ke..hehehe :)
sekali tu 'tertengok' kat tv3. memang best gila!
aku suka sangat cerita ni sebab focus pasal friendship. BFF gituuu.. huaaa!! bestnya dapat friends macam ni kan?? aku memang suka sangat tengok movie pasal friendship ni..macam siri FRIENDS, How I Met Your Mother, etc. rasa sweetnyaa la friendship diorang ni..
macamana diorang support each other. masa susah, masa senang, masa happy, masa sedih. bukan senang nak cari kawan yang kita boleh pinjam bahu untuk menangis kan..
mana nak cari kawan yang masih berdiri sebelah bersama kita walau seburuk mana perangai kita. walau susah mana keadaan kita.
orang yang suka belajar..bukan semata-mata sebab nak segulung ijazah.. bukan semata-mata mahu dapat kerja.. bukan semata-mata mahu dihormati sedunia. ada lagi ke manusia begini?
betul la kan? kita ni biasanya di hormati kerana pangkat, harta dan sebagainya.
dapat hafal semua buku teks, boleh dapat semua A. tapi ape yang kita dapat sebenarnya?
senang kata banyakla pengajaran dalam movie ni.
tengokla kalau belum tengok.
tapi ada gak part yang merepek mengarut mcm kissing masa ending tu. tak perlu pun dah best dah. plus ameer khan muslim kan? hmm..pastu aku wondering boleh ke vacuum beranak tu guna vacuum biasa tu walaupun dah adjust?entah..haha
ada part mengekek ngekek ketawa.. ada part marah-marah sakit hati.. especially bila tengok pengetua diorang aka bapak kareena kapoor dalam movie nih..senget btul. haha
comel je kareena ni pakai cenggini.. ;)
suka kareena ni..sebab dia memang pandai berlakon. bagi lah ape aje watak memang menjadi aje.
lagu-lagu dia pon not bad. aku suka lagu zoobi doobi dalam movie ni. best je. boleh buat senam aerobik sambil layan lagu.hahaha..
.
oklah. tu je nak cerita. bye bye!