Wednesday, December 30, 2009

Sujud syukur padaMu



Alhamdulillah..

Itu la ungkapan yang tidak henti-henti aku lafazkan..beryukur dengan apa yang diberi padaku..kegembiraan dan bahagia yang tak pernah aku rasa kan sebelum ini. subhanallah.. :)

Kisah kami yang tak mungkin dapat difahami oleh semua buatkan ramai tertanya-tanya. Apa yang aku boleh katakan, ini jodoh yang ditentukan Tuhan. Kita merancang dan Dia yang berhak menentukan apa yang terbaik untuk kita. Walau apa pun, aku sangat-sangat bahagia dan gembira. Sudah bertukar status menjadi tunangan orang dan mula buat persiapan untuk majlis nanti..risau juga dengan kata-kata orang. Zaman bertunang ni banyak dugaan dan cabaran. Harap-harap semuanya okay. Tak lama pun. Dugaan itu datang tak kira la bertunang atau tak. Kalau dah jodoh, berlari kehujung dunia pun tetap bersama juga kan?

Apa pun, aku berharap semoga hubungan yang terbina ini sentiasa mendapat keberkatan Ilahi. ameen..

Masa hari kejadian tu, memang happening dan kelakar jugakla. Janji dengan pihak lelaki kul 11 pagi. So aku mmg bajet masa ngam2 la. Mula bersiap dalam kul 9. Make up sendiri jadi ambik masa agak lama sikit. Haha..masa tu dengan lilly je. Entah camne, dalam kul 1020, pihak lelaki dah sampai. So aku menggelabah la.Lilly kata relax sebab sure dioran berbincang dulu. Jadi, aku ke bilik belakang untuk simpan barang-barang make up. Tiba-tiba terdengar mak long jerit panggil aku. Menggelabah aku berlari angkat kain ke bilik depan. Hahaha..kelakar sangat-sangat.Bakal mertua dah tak sabar nak sarung cincin dan gelang. Aduh...penat gelak bila ingat balik...

Agaknya sebab kami tak pernah bersua muka langsung sebelum ini buatkan family dia tak sabar sangat nak berjumpa. hehehe...


(alhamdulillah..dapat mak yang sweet dan family yang happening.besh!)

Okayla..cukup cerita tentang itu. (^o^) lama-lama nanti makin jiwang pulak entry ni.. haha..

Petang ni abang yang duduk jauh tu akan pulang bersama isteri tersayang. Lepas kahwin sampai sekarang tak pernah balik pun. Sian mak asyik sebut-sebut je. hampir setahun tak jumpa anak kesayangan ni.. hehehe...Moga-moga mereka selamat sampai..Kami akan ke KLIA menjemput. Tapi kakak ipar akan terus naik flight ke Kuantan sebab adiknya akan bernikah jumaat ini. Abang aku pulak ada urusan penting khamis pagi. Jadi kami sekeluarga akan ke Kuantan selepas selesai urusan abang tu. wahh..berjalan sakan la.. :) boleh snap itu ini. Abang pun sure bawak balik D80 dia. hehehe..besh besh..

Okayla..have a nice day semua!


Thursday, December 24, 2009

Dup dap dup dap

Tinggal dua hari saja lagi..


sungguh aku rasa sangat berdebar.

.
.
.
.
.
.
.

Bila dah camtu, semua serba tak kena. Risau risau risau..


Hopefully, semuanya akan berjalan lancar. Dan mereka semua dapat menerima aku seadanya.. :)

Benda lain yang aku risau ialah, selera nak makan makin tinggi..tak leh nak duduk diam mulut ni..takde benda nak buat yang difikirkannya nak makan..nak makan..nak makan..

huaaa...camne ni?? happy sangat ke sampai tak boleh nak berhenti fikir pasal makan?
.
.
.
.
.
.
Aku confuse..

err..takpelah, yang penting happy! (^0^)

Tuesday, December 22, 2009

Yes, Im happy..

Salam..

Lama tak berhapdet cerita aku kat sini..Senang bermukabuku je kan? hehe

Semalam turun ke KL jumpa kawan lama dari Penang. Jumpa sekejap je sebab dia ada appointment utk facial treatment. Malas nak join sekali sebab nak cuci mata kat sogo. Lagi pulak ramai yang dah tegur muka cukup berseri-seri...so buat apa bazir duit buat treatment lagi kan??hehehe...

Tapi yang tak syoknya kena shopping sorang-sorang. Memang tak beshla. Rasa blur je..try baju seluar tapi satu pun tak beli. Last-last beli benda lain..Pas dah blur kat sogo tu..calling la seseorang tu nak ajak jumpa kat ikea pulak..haha..Aku ni memang takde port lain kalau tak ke sana. Suka betul..sebab ape? no specific reason. hehehe..



Gambar ni di ambil masa tgh tunggu lrt nak ke sogo.. Kesana sini aku hangkut slr tu. cam paparazi dah. Cuma yang tak besh, sakit bahu laaaa.. huhuhu..

Tapi...semuanya berbaloi.. :)



..................................................................

pssttt....5 hari je lagi. nervousla..!


Thursday, December 17, 2009

What goes around comes around

Salam maal hijrah..

Dah masuk tahun Islam yang baru, moga-moga tahun ini membawa sinar yang lebih baik untuk kita semua. Menjadi khalifah di muka bumi Allah dengan amanah dan tanggungjawab yang dipikul. Moga-moga apa yang kita lakukan hari-hari sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan dari Ilahi..

Entry kali ini aku nak bercerita tentang 'karma'. Do you believe in such thing?

Orang selalu berkata, hidup ibarat roda. Ada waktu kita di atas dan ada waktunya kita berada di bawah. Ada waktu kita susah..dan ada waktu kita senang. Kalau hari ini kita menganiaya kawan, tak mustahil esok lusa kita pula yang kena. Jadi, kalau tiba-tiba kita ditimpa musibah, muhasabahlah diri tentang apa jua kesilapan yang kita pernah lakukan.

Manusia tiada yang sempurna. Ayat itu amat kerap aku ucapkan..Kerana aku rasa, manusia memang sentiasa melakukan kesilapan. Bezanya kita sedar atau tidak dengan apa yang telah kita lakukan dan apakah kita menyesal dan bertaubat atau pun meminta maaf jika melibatkan individu lain..

Ada satu cerita yang ingin aku kongsikan. Mungkin kalian semua ada membacanya di dalam surat khabar minggu lepas..

(Diringkaskan..)

Pada 14 tahun yang lalu, saya adalah penuntut IPTA di selatan tanah air dan lahir dari keluarga yang berada serta memiliki kereta sendiri. Lagak saya seperti pelajar pandai kerana penampilan saya cukup sempurna. Tetapi saya adalah pelajar yang lemah dan mengaburi mata kawan-kawan dengan wang yang saya ada.

Saya mempunyai 7 orang kawan di rumah sewa tetapi Ina dan Aida selalu menjauhkan diri daripada saya seperti menyembunyikan sesuatu. Kelakuan mereka seperti biasa tetapi kerap pulang ke rumah pukul 10 malam. Apabila ditanya mereka akan menjawab ke rumah kawan membuat tugasan kuliah. Sehinggala pada suatu hari, saya dan rakan mengintip pergerakan mereka berdua.

Rupa-rupanya mereka bekerja sambilan di kedai dobi. Saya sebagai ketua dan kawan-kawan lain telah bersuhabat hendak mengenakan mereka berdua. Saya telah merakamkan pergerakan mereka dan menyebarkan cerita kepada kawan-kawan lain di fakulti bahawa Ina dan Aida terpaksa bekerja di kedai dobi untuk menyara kehidupan mereka. Kedua mereka sangat malu dengan kenyataan lengkap dengan bukti gambar. Kesannya mereka dipulaukan.

Selepas tamat pengajian, saya mendapat kerja dan berkahwin dengan seorang jutawan kerana pengaruh dan kuasa ayah dan ibu. Tetapi badai melanda kehidupan, saya dikurniakan 4 orang anak yang cacat tangan dan bisu. Anak-anak selalu mengadu kawan-kawan disekolah selalu mengejek mereka. Keluarga saya, suami, mertua dan rakan-rakan mula menjauhkan diri. Saya sangat tertekan dan mengambil keputusan untuk menunaikan umrah.

Disana, Allah telah tunjukkan pada saya suatu ketentuan dengan datangnya seorang lelaki peniaga tamar menyapa saya supaya berkongsi masalah dengannya.Setelah menjelaskan masalah saya, lelaki itu bertanya...

" Adakah suatu ketika dulu anak telah menggunakan tangan serta mulut untuk menjatuhkan atau menganiaya orang lain? Jika benar pakcik rasa inilah balasan Allah atas perbuatan anak dahulu. Sebab itulah anak dikurniakan anak-anak yang cacat. Tetapi anak masih ada peluang untuk bertaubat. Pergilah memohon maaf pada sesiapa sahaja yang anak telah aniaya atau jatuhkan maruahnya. Sama ada kawan-kawan anak melakukan kesilapan atau tidak. Anak tidak sepatutnya bercerita keaiban orang pada masyarakat atau orang lain. Selagi masyarakat atau kawan-kawan anak tidak memaafkan, selagi itulah Allah tidak menerima amalan anak"

Sekembalinya ke Malaysia, saya mencari Aida dan Ina tetapi tidak ketemu. Maka diruang ini, saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Aida dan Ina. Tolong maafkan kesilapan saya..

.....................................................

Apa yang kita buat kat orang hari ini, tak mustahil akan dibalas Tuhan sekelip mata. Cerita di atas amat beri pengajaran pada aku..Biarlah seteruk mana orang buat pada kita, janganlah kita membalasnya. Muhasabah diri sendiri agar kita dapat perbetulkan apa yang kurang..apa yang silap. Yang simpul dileraikan. Kata orang buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Lagi-lagi bab yang melibatkan aib dan maruah orang..

Biarlah Tuhan yang membalasnya..dan sebagai hambaNya yang sentiasa melakukan silap..sentiasalah maafkan kesilapan orang lain. Moga-moga amal ibadah kita diterima.








Tuesday, December 15, 2009

Jalan-jalan cari makan

Salam semua..

Lama dah tak letak gambar makanan kat blog. Kalau di blog yang lama selalu la jugak letak cerita makan-makan ni..hehe..

Semalam, my dad tengah baik hati nak belanja makan di luar. Tempat favourite kami sekeluarga kalau nak makan besar. Papa seafood kot namanya.. Memang makanannya kenalah dengan lidah kami sekeluarga. Rasanya tempat ni ada beberapa cawangan.


Antara menu yang menjadi kegemaran kami ialah siakap 3 rasa yang memang superb! puyuh goreng..kerabu sotong dan tom yam. Tapi menu yang memang tak pernah miss siakap 3 rasa tu la..hehehe..


Sory la gambar tak berapa cantik sebab guna kamera hp. Sebelum ni tak ambik gambar. Nampak makanan memang lupa terus nak ambil gambar.hehe...semalam teringat nak ambil. =)

Sebut pasal makanan..hari ni aku asyik nak makan cheese je. Lunch dengan roti tuna plus cheese. Pastu petang tadi buat muffin cheese lagik. Memang tak boleh tahan tengok cheese ni. Punya addicted dengan cheese sampai berangan-angan nak berhijrah duduk kat Europe semata-mata nak makan cheese selalu...hahaha..gila kah aku ni?? hehe..takpe, berangan jek pun kan.

Keranamu cheese, abis diet aku! ciissss!!!
.
.
.
.
.
;-p

Sunday, December 13, 2009

Musim mengawan?

Sekarang cuti sekolah, rasanya setiap minggu masing-masing sibuk memenuhi jemputan di sana sini kan? Kat atas meja makan tu penuh dah dengan kad-kad kahwin. Siap kena tulis lagi..Kalau tak sure ada yang tercicir@terlupa..

Akhir-akhir ni, aku teringat balik semua kawan-kawan yang pernah rapat dan kamceng sewaktu dari zaman sekolah, matrik dan main campus. Kawan-kawan yang dah lost contact terus walaupun satu ketika dulu sangat rapat. Tertanya-tanya bagaimanakan kehidupan mereka sekarang..

Salah seorang yang aku ingat ni namanya mas (nama singkatan). Agak rapat sewaktu zaman matrik sehinggakan ahli keluarganya sudah seperti keluarga ku sendiri. Tapi lepas masuk main campus, kami jadi agak renggang disebabkan duduk di hostel yang berlainan. Bila dah convo, masing-masing bawa haluan sendiri..Entah macamana, baru-baru ni teringat kat dia. Aku fikir nanti kalau nak kahwin, nak datang ke rumah dia di selayang tu..hantar kad jemputan. Sekali tu ternampak pulak gambar dia dengan pakaian pengantin di 'mukabuku' kawan..



wahhh..dah kahwin rupanya kawan aku nih!! so sweet. Takpelah dia tak jemput..lupa agaknya. Dan aku doakan dia bahagia sentiasa. Teringat masa dia ada krisis dengan bf nya di perlis. Siap mintak aku temankan dia ke perlis semata-mata nak pujuk kekasih hatinya yang tengah merajuk tu. Last-last mereka break pun. haha..klaka la ingat balik zaman-zaman tu..ntah pape la..memang cinta tu boleh buat orang 'buta'. Kalau nak cerita kisah-kisah zaman belajar dulu, haish...boleh jadi novel bersiri! hahaha..

Dan aku rasa semua orang begitu kan?

Tadi dapat tau lagi sorang kawan lama yang dah lost contact baru ja lepas majlis kahwinnya. Dengan tentera kot. Ish ish...memang tak disangka-sangka. Itulah takdir Tuhan kan? Moga-moga mereka semua bahagia.. (^o^)

Agaknya memang dah musim kahwin untuk umur-umur macam aku nehh.. Musim mengawan dah tiba.. hahaha..(sengal tul..)

Huaaa....tiba-tiba terasa cam dah tua pulakk..

Minggu depan je dua orang kawan akan melangsungkan majlis. Sorang di pahang, sorang di muar. Rasanya dua-dua tak dapat nak pergi. Sure mak tak bagi pegi kalau takde yang teman..huhuhu.. (darah tengah manis kah?? ;p)

Sebut tentang kahwin rasanya menjadi impian setiap perempuan. Nak ada keluarga sendiri..Tapi kahwin ni bukan hanya atas dasar cinta @ sayang semata-mata. Kalau lapar, bukan boleh makan cinta kan? Kalau benda tu tak dijaga dengan baik, lama-lama boleh hilang...

Nak kena bersedia dari segi semua aspek..financial yang stabil, komitmen dan sebagainya. Kadang-kadang jadi takut pulak. Entah mampu jadi isteri @ menantu yang baik entah idak. Tapi kenala pandai bawak diri kan? ahh..aku ni cakap je. Tunggu la masanya nanti..huhuhu..sure menggelabah abis.hahaha...

Ape-ape pun kita belajar la jadi yang terbaik.. no body's perfect kan?

Saturday, December 12, 2009

Sentimental..

Petang-petang syahdu di hujung minggu ni seronok pulak layan lagu-lagu ramli sarip.. Bait-bait kata penuh makna. Ni salah satu yang aku suka dengar..






layanlah!

Wednesday, December 9, 2009

End of 2009

Salam..

Lama tak update cerita. Bukan apa, bila banyak sangat nak cerita terus jadi lupa yang mana satu mahu dimulakan dahulu. Last-last, terpendam begitu saje la ceritanya. Erm, sedar tak sedar dah masuk bulan disember. Bermakna tinggal beberapa hari akan melangkah masuk ke 2010. Sekejap je kan?

Terasa macam baru semalam aku melangkah kaki ke kelas kuliah, menghantar assignment ke bilik lecturer. Walhal, sudah 2 tahun kisah itu berlalu. Baru-baru ni, kawan lama upload gambar masa di sekolah dulu. Aduhai! rindu pulak nak ke zaman sekolah. hehe..kelakar sungguh tengok gambar-gambar tu. Muka aku yang dulu agak kurus kering la banding sekarang. Memang flat je. Beza betul dengan sekarang..hahahaha....lama juga dah tinggalkan zaman sekolah ek. huhuhu...

Masa memang pantas berlalu, kadang-kadang aku memang berharap ia bergerak lagi pantas. Sebab banyak perkara yang aku mahu lupakan dan tak mahu toleh kebelakang lagi. Tapi, setiap yang berlaku itu ada kemanisannya tersendiri. Ada hikmahnya yang mungkin kita tidak dapat lihat sekarang..

Baca blog kawan-kawan, cerita tentang azam. Aku pun jadi lupa apa yang aku azamkan awal tahun. Entah dah tercapai entah idak. Rasanya, belum lagi. Biasanya azam aku sama saja. InsyaAllah, tahun depan tercapai la kot. hehe..Tapi, untuk tahun depan..aku berharap akan lebih baik dari tahun ini..dari segi kerjaya dan juga hubungan. InsyaAllah, doakan la yang terbaik untuk aku..huhu


Walaupun tahun ini merupakan tahun yang sangat mencabar dan menguji untuk aku, semua yang terjadi ada hikmahnya dan mengajar aku tentang banyak perkara. Hidup takkan nak sedih je kan? Kita cuba yang terbaik, dan Allah yang tentukan segalanya. InsyaAllah, akan terjadi satu cerita indah sebagai penutup kisah 2009 dan membawa permulaan yang baru bagi 2010. Life has its up and down..anggap saja sebagai satu rencah kehidupan.

Terjumpa kata-kata ini...

"when love hurts you, dare to love again..and we can't have real love without operating in forgiveness. Love keeps giving the other person another chance..."

Okay semua..have a pleasant day!


p/s: ini gambar kelas aku masa tingkatan 3..comelnya! hahaha..


Friday, December 4, 2009

Persediaan Terawal...

Salam..

Pekaba kawan-kawan semua. Lama pula tak update cerita kat blog ni. Sorry ye..Ada masalah sedikit baru-baru ni. Alhamdulillah sekarang dah okay. Biasalah..ada turun ada naik. Yang penting, kita mesti berusaha dan yakin dengan apa yang kita mahu dan percaya dengan ketentuan Allah..

Esok dan ahad aku akan berkursus di Shah Alam. Kursus ape? ala...yang wajib kena ambil sebelum nak berehem ehem tu la... (hahahaha....malu-malu arnab pulak nak cakap..hihi). Kena la ambik dulu kan..kalau tak nanti tak cukup syarat.

Okaylah..have a nice weekend!

Saturday, November 28, 2009

mission for this weekend

Assalamualaikum...

good morning.

pagi-pagi bangun dah kena iron baju tudung semua, packing baju dan barang-barang. This weekend, aku akan ke Johor. Misi dimulakan dengan sesi majlis pertunangan sepupu lelaki sebelah abah di Muar. Kena hantar jadi wakil since my dad uncle dia yang paling tua. Dan my auntie tu pulak takde pengalaman menguruskan hal-hal macam ni. huhu..Kami sekeluarga ikutla untuk memeriahkan suasana...hehe

After that, akan bermalam pulak di rumah makcik sebelah mak di Muar. Ha...ni plan besh punya la. Lepak-lepak, pekena mee bandung muo..kuih bakar kacang yang superb! pergghhh....besh besh.. mmg suka betul makan-makan aku nih.hahaha...

Ahad maybe lepak kat batu pahat pulak kot atau stay lagi di muo. Tatau plan my parents sebab diorang ni suka tukar-tukar plan. Dan Isnin tu akan merayau ke Pasir Gudang jumpa sedara sebelah abah...wahh, travel satu johor ni!

Okaylah, have a nice weekend!



.......................................................................

makan daging banyak sangat, sakit teruk aku malam tadi.huhuhu...

Thursday, November 26, 2009

Korban dan Pengorbanan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Salam AidilAdha untuk semua muslimin dan muslimat, terutamanya my friends. Semoga raya korban kali ini membawa pengertian yang penuh bermakna untuk kita semua.

As for me, raya korban kali ini memang sangat bermakna dan penuh sejarah. Beberapa ketika kebelakangan ini, hidup aku sangat terumbang-ambing. Pengorbanan..ketabahan..kesabaran..
perit jerih..semuanya dibalas Tuhan. Bersyukur sangat dengan apa yang aku perolehi sekarang. Walaupun masih belum sempurna, tapi aku yakin dan percaya dengan takdir dan ketentuan Ilahi.

Cerita tentang persiapan raya korban ni..Rasanya lebih meriah sambutannya dia Kelantan dan Terengganu. Tapi, family aku tetap menyambut macam biasa. Ketupat, rendang, sup tulang, sayur lodeh dan kuah kacang menjadi menu pilihan. Nama pun raya kan.. (^o^) mesti kena ada semua tu. Since aku dah pandai menganyam ketupat, rasa teruja sangat nak buat..sekali tu abah suruh rebus je ketupat segera. hahaha..punah harapan. Silap-silap, skill tu pun dah lupa. hehehe..


...........................................................

InsyaAllah, raya tahun depan mungkin tak sambut raya disini. (^o^) hehehe..

Tuesday, November 24, 2009

chocoholic transform to shopaholic

Perempuan kalau bab menghabiskan duit memang la kegemaran yang tak boleh nak ditolak! Hari ni bermula lah sesi mencari barang keperluan untuk satu acara hebat yang akan berlaku sebulan dari sekarang..wahh..acara ape? sendiri fikir la.. ;p

Walaupun dah listkan budget yang maksimum tapi terlebih-lebih.hahaha..

Over budget!

Tapi takpelah...nak beri orang kenalah yang terbaik bukan?

Fuh...kan besh kalau tiba-tiba aku menang kereta BMW sebijik ke.. (selalu berangan-angan yang tah hape-hape..haha). Terus tak yah kerja. Boleh bukak butik baju yang diidam-idamkan tu.. :)

Hmm..

sesudah subuh keluar tadi, sampai hampir senja baru tiba rumah..bayangkan la betapa penatnya sesi abiskan duit hari ni. Tambah pulak aku yang jadi driver...

Penatla..

Selamat malam dunia! (^0^)

Monday, November 23, 2009

Nak gedik kejap..

err..........

.
.
.
.
.
.
.
.
Leeya rindukan abang Aidil la....


*wink wink*



.................................

Dahsyat betul pengaruh "Nur Kasih" ni.. (^o^)

Sunday, November 22, 2009

A year older

Today is my birthday..

Dunno how to describe my feeling.Mixed up! Happy, excited, sad, gloomy, worried etc.

But just focus on the positive side.

Bersyukur pada Ilahi kerana masih dipanjangkan umur sehingga ke hari ini. Menikmati hidup selama suku abad. Suka duka yang banyak beri pengajaran..buat aku tabah dan kuat mengharung arus kehidupan yang serba mencabar ini...

Today is special because special guest coming over to my house. To celebrate my birthday together with my family...

Never thought all these can happen so sudden..but like i said, focus on the positive side. Everything that happen, there must be a reason behind it. Takdir Allah yang menentu segalanya dan sebagai hambaNya, kena terima dengan hati yang terbuka. Aku bersyukur dengan 'hadiah' yang terhebat ini. Subhanallah...

Hari...cepatlah siang!

Saturday, November 21, 2009

Diet untuk sihat atau untuk kurus?

Assalamualaikum...


Macam topik dalam Wanita Hari Ini je kan title entry aku ni?

Bila sebut pasal diet, selalunya berkaitan dengan orang perempuan la. Biasanya orang perempuan ni susah nak berpuas hati dengan bentuk tubuh badan sendiri. Dah kurus kering pun masih kata diri tu gemuk. Nak jadi tinggal tulang baru puas hati agaknya. Hehe... Tak kata semua perempuan la, tapi kebanyakan nya begitu. Termasuk la aku..

Sekarang aku tengah cuba fokus untuk berdiet. Diet untuk kuruskan badan atau pun kurangkan berat yang dah terasa berlebih-lebihhh sekarang ni. At the same time, cuba untuk kembali sihat. Sejak akhir-akhir ni terasa macam tak sihat dan cergas la..Mungkin kerana asyik makan tapi kurang bersenam. Yeah....malas bersenam la senang kata!

Teringat masa zaman belajar kat Universiti dulu..aku sanggup meredah hujan naik motor sorang-sorang semata-mata nak bersenam kat gym. Aku memang suka naik treadmill tu. Rasanya senang nak kurus kalau bersenam kat gym. Sekarang ni tengah berkira-kira nak rembat treadmill untuk kat rumah. Wahh..kalau dapat tu memang syok la. Tapi jangan hangat-hangat tahi ayam sudah lerr..

So far, rasanya nak kurangkan berat badan tu tak susah mana untuk aku. Tapi bab mengawal nafsu nak makan tu yang agak susah. Tak tahula sekarang ni asyik rasa nak makan/mengunyah aje. Tengah-tengah malam pun boleh nak makan lagi..Nasib baik cuma yogurt je! huhuhu...Mungkin sebab pengaruh mood atau kesan dari supplement yang aku tengah makan sekarang.

Bila kita sebut diet, orang selalu fikir tak perlu makan. Sefaham aku, diet tu ialah cara pengawalan makanan yang kita ambil seharian. Bukannya tak makan langsung. Kita perlu tahu berapa kalori makanan yang diambil dalam sehari supaya tak lebih dari kadar yang sepatutnya. Jadi berat badan pun takde la terlebih-lebih. Takda la lemak sana sini..Badan sihat, hati pun senang kan? ;P

wahh...leh jadi penulis majalah rapi aku ni. hahaha..(pengaruh baca rapi la ni..)

Hopefully, aku boleh la mula berdiet dan dapat kurangkan berat badan ni.



It is special for something! (^o^)

Friday, November 20, 2009

Bikin suspen...

Malam Nur Kasih.....

Orang yang tak suka tengok drama melayu pon boleh jadi 'cair' dengan siri yang satu ni.

hehe..

Tengok iklan kat tv untuk episod malam ni.

Alamak!! Adam mati ke?? Ada van jenazah dan dialog antara aidil dan emaknya pasal nak ambil nur jadi wife. Erk!

Biar betul?

Suspen..suspen..

The new me

Salam...

good evening.

This is my new blog.The new chapter of my life..

Forgive and forget everything happened. Yeah..life has its up and down. Whatever happen, there must be something behind it. Think positive. Allah tidak akan menguji sesuatu yang hambaNya tidak mampu hadapi. (*o*)

Okay...let me touch up this blog first okay.Will update later!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers