Sunday, December 13, 2009

Musim mengawan?

Sekarang cuti sekolah, rasanya setiap minggu masing-masing sibuk memenuhi jemputan di sana sini kan? Kat atas meja makan tu penuh dah dengan kad-kad kahwin. Siap kena tulis lagi..Kalau tak sure ada yang tercicir@terlupa..

Akhir-akhir ni, aku teringat balik semua kawan-kawan yang pernah rapat dan kamceng sewaktu dari zaman sekolah, matrik dan main campus. Kawan-kawan yang dah lost contact terus walaupun satu ketika dulu sangat rapat. Tertanya-tanya bagaimanakan kehidupan mereka sekarang..

Salah seorang yang aku ingat ni namanya mas (nama singkatan). Agak rapat sewaktu zaman matrik sehinggakan ahli keluarganya sudah seperti keluarga ku sendiri. Tapi lepas masuk main campus, kami jadi agak renggang disebabkan duduk di hostel yang berlainan. Bila dah convo, masing-masing bawa haluan sendiri..Entah macamana, baru-baru ni teringat kat dia. Aku fikir nanti kalau nak kahwin, nak datang ke rumah dia di selayang tu..hantar kad jemputan. Sekali tu ternampak pulak gambar dia dengan pakaian pengantin di 'mukabuku' kawan..



wahhh..dah kahwin rupanya kawan aku nih!! so sweet. Takpelah dia tak jemput..lupa agaknya. Dan aku doakan dia bahagia sentiasa. Teringat masa dia ada krisis dengan bf nya di perlis. Siap mintak aku temankan dia ke perlis semata-mata nak pujuk kekasih hatinya yang tengah merajuk tu. Last-last mereka break pun. haha..klaka la ingat balik zaman-zaman tu..ntah pape la..memang cinta tu boleh buat orang 'buta'. Kalau nak cerita kisah-kisah zaman belajar dulu, haish...boleh jadi novel bersiri! hahaha..

Dan aku rasa semua orang begitu kan?

Tadi dapat tau lagi sorang kawan lama yang dah lost contact baru ja lepas majlis kahwinnya. Dengan tentera kot. Ish ish...memang tak disangka-sangka. Itulah takdir Tuhan kan? Moga-moga mereka semua bahagia.. (^o^)

Agaknya memang dah musim kahwin untuk umur-umur macam aku nehh.. Musim mengawan dah tiba.. hahaha..(sengal tul..)

Huaaa....tiba-tiba terasa cam dah tua pulakk..

Minggu depan je dua orang kawan akan melangsungkan majlis. Sorang di pahang, sorang di muar. Rasanya dua-dua tak dapat nak pergi. Sure mak tak bagi pegi kalau takde yang teman..huhuhu.. (darah tengah manis kah?? ;p)

Sebut tentang kahwin rasanya menjadi impian setiap perempuan. Nak ada keluarga sendiri..Tapi kahwin ni bukan hanya atas dasar cinta @ sayang semata-mata. Kalau lapar, bukan boleh makan cinta kan? Kalau benda tu tak dijaga dengan baik, lama-lama boleh hilang...

Nak kena bersedia dari segi semua aspek..financial yang stabil, komitmen dan sebagainya. Kadang-kadang jadi takut pulak. Entah mampu jadi isteri @ menantu yang baik entah idak. Tapi kenala pandai bawak diri kan? ahh..aku ni cakap je. Tunggu la masanya nanti..huhuhu..sure menggelabah abis.hahaha...

Ape-ape pun kita belajar la jadi yang terbaik.. no body's perfect kan?

2 comments:

aNIe said...

Leeya...jodoh itu ketentuan ALLAH...ada orang bercinta bagai nak rak...tapi tak kawin2 juga...mana le tau ...nanti tetiba Leeya pulak yang ke jinjang pelamin...Insyaallah...semoga leeya diketemukan dengan jejaka yang sepadan...bertanggungjawab & menyayangi leeya...

Leeya said...

kak anie..

erm..kalau akak igt cerita saya dalam blog yang dulu sure akak tahu kisah saya.actually saya org yg sama..cuma guna nickname yg berbeza jek..atas sebab2 yg tertentu..dulu guna mawar biru pastu letak nama sendiri n now leeya pulak..hehehe..
(saya dan sha ada jumpa ude kat karnival suarasa di tanjong emas muar dulu..akak igt?)

sebut pasal jodoh ni memang semuanya tak boleh diduga akak..kalau bukan rezeki kita, nasi didalam mulut pun boleh terluah semula..(kata2 abahnajwa yg saya masih igt sampai sekarang).InsyaAllah akak..semuanya ada hikmah.saya pun tak lama lagi..akan sampai la kad jemputan utk akak sekeluarga nnt.. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails