Tuesday, October 19, 2010

hospital gomen je ke camni??


sakit-sakit ni memang buat darah aku senaaaang je menyirap. tak tahu la kenapa. yeah, tengah sakit kan..pastu orang cari pasal dengan kurang ajar plak tu. haish..



alkisahnya begini....




pagi tadi, aku pergi ke hospital. setelah kena 'tazkirah' dengan my parents yang sangat risaukan keadaan aku. yelah, mak pak mana tak risau anaknya sakit kan. ni pulak dah terbongkok-bongkok macam atuk atuk je...




pepagi lepas subuh aku dah keluar dengan abah. senang sikit pergi dengan abah sebab dia pencen hospital tu so ada la beberapa staff lama yang dia kenal. walaupun hospital itu sangat TERKENAL dengan sikap staff yang SANGAT BIADAP dan KURANG AJAR.




yeah, kita biasa dengar kan? staff gomen yang perangai macamtu? tapi tak baik pulak nak tuduh semua macamtu. mungkin hanya segelintir. okay fine. Tapi ini merupakan insiden keberapa yang kena pada aku. entah. tak pasti. tapi ini kali kedua aku sound direct terus. dan kali pertama pasal aku sakit gigi. aku ada buat entry pasal tu tapi di blog lama. dan blog lama sudah aku lupuskan dari memori alam maya ini.


aku cerita kan dulu insiden pagi tadi ye..



dah sampai hospital, abah ambik ic aku dan terus ke kaunter letakkan untuk daftar. sebab belum officially bukak maka kami pegi la sarapan dulu. hanya lewat beberapa minit ja. nama aku dah terlepas panggil. kebetulan ada kawan abah kenal aku dan cam nama aku so dia inform yang nama aku dah dipanggil. so aku terusla ke kaunter tanya...memang aku cukup baik dan lembut je tanya..

cik, tumpang tanya..nama saya dah dipanggil ke?


sapa nama??


***** binti hj. mohd *****


dah panggil tadi. no 3. pergi kemana??? asal tak jawab?


saya tunggu kat luar tadi. (nak cakap aku keluar tadi..tapi jadi aku tunggu kat luar plak..adehh)


yang tunggu kat luar tu kenapa???


okay. masa ni dia dah mula tinggi suara. aku memang pantang orang keje customer service yang kurang ajar nih. memang laju je mulut aku sound.


okay. sekarang bayar singgit.


supposely aku tak yah bayar pun sebab abah pencen situ. tapi setakat singgit, aku bayar la gak.


korek-korek yang ada RM10. masa ni tangan dah menggigil tahan sakit. aku xleh berdiri lama sangat. sakit.


lah..singgit takde ke??? singgit je. coin pun takpe. pepagi lagi mana ada change. hish..

(mulut dia dah mula melaser..plus berkerut-kerut dan mengomel-ngomel ape aku tak dengar)


aku korek-korek. xde.



takde la..coin pun xde. kejap ye..


aku korek purse kecik. kebetulan ada la duit sen. cukup singgit.


okay saya ada cukup singgit. lain kali tak payah nak marah-marah. cakap bebaik tak boleh ke?

aku ada ramai saksi yang dengar aku sound masa tu. memang sikit pun suara aku tak tinggi. sebab dia orang tua so aku sound bebaik la. masih tak kurang ajar walaupun dia sangat tak beretika.


dia balas..

mana ada saya marah...

masa ni suara dan muka dia dah kendur dan agak terkejut sebab aku berani sound dia.


aku balas balik.


yelah, tak payah nak perli sindir ke hape. cakap bebaik la. dah la pepagi lagi. ingat semua orang suka ke nak datang hospital nih?bapak saya keje hospital. supposely tak yah bayar pun..


terus aku blah.


sakit betul hati. jangan sebab dia kerja gomen, dia orang tua, dia boleh nak sesuka hati kurang ajar dengan orang. awak tu keje bahagian service. walaupun free dan hanya bayar singgit, tapi mak pak aku..husband aku..suma bayar tax tau!


memang diam dia.



tak lama pastu my dad datang. masa mula-mula tadi dia pergi parking kereta. dia pergi ke kaunter cari aku. so jumpa la dengan staff tu. dia cakap kat ayah aku yang dia tak marah aku pun..tapi aku pi marah dia. (sebenarnya memang dia kenal ayah aku pon..)


ceiittt!!!


tok sah nak tipu laaa..ramai saksi kat ctu ada.



my dad memang faham sangat so dia gelak jelah. aku cita la..aku memang pantang kalau staff gomen ni kurang ajar. dah la aku tengah sakit. tapi aku cakap memang aku tegur bebaik..takde la jerit-jerit cam orang hilang akal.. hahaha



dulu, masa aku jadi cikgu..aku pernah kena sound dengan nurse kat spital yang sama sebab temankan anak murid masuk jumpa doc. nurse tu kata...


budak ni boleh cakap kan?? so awak keluar.


hamboi bahasa awakkk...!


nasib baik masa tu aku tak sakit..so cool lebih la cket. malas aku nak layan orang gila camtu. tapi namanya aku ingat sampai sekarang.


my dad cakap hospital tu memang raamaaai staffnya yang mulut laser tak hingat. dia sendiri pernah kena banyak kali.

insiden yang sakit gigi tu..kalau tak silap tahun 2008 kot. masa tu aku mengajar sekolah rendah. gigi aku dah sakit seminggu. sebelum tu memang dah datang klinik gigi kerajaan tu..dr tak leh jumpa punca sakit gigi aku. so dia bg jela ubat tahan sakit. a week after that masih sakit. hari jumaat kalau tak silap..gigi tu sakit melampau. sampai nak tercabut urat kepala aku menahan. mak aku risau kena karang ke hape. aku makan ubat pun tak leh jalan..so dengan pantas kilat aku terus masuk kereta drive ke klinik. dekat sangat dengan rumah..


aku memang tak tahu yang klinik da bertukar jadual..sebab aku baru je datang seminggu lepas..tunggu 30minit kat kaunter nama tak panggil-panggil. bila di panggil..nurse 40 an umurnya beritahu yang ari ni hanya treatment tuk gigi palsu..cabut ke ape hari isnin rabu khamis. (kalau tak silap..but not friday..)


aku tanya la bebaik...memang tak leh ke dr check saya..sebab sangat-sangat sakit nih..pastu dia boleh marah dan tengking-tengking aku.. dia memang marah la sebab aku macam tak faham ape dia cakap...dia kata dr busy buat research so xleh nak kacau.



aku terus sound direct..


yang nak jerit-jerit marah ni apesal??? tak boleh cakap bebaik ke??saya tanya elok-elok kalau tak boleh cakap la bebaik. nak tengking-tengking..ingat saya ni lebih muda, makcik boleh nak kurang ajar macamni?? macamni ke staff gomen??kalau betul tak boleh saya boleh pegi klinik! saya cuma tanya..betul ke dr. xleh check saya!


fuhh..memang terdiam dia...pastu terus suara berubah jd lembut. dia suruh aku tunggu jap sementara dia pegi tanya dr boleh tak check aku.


dr. cool je. dia leh check aku. terus aku cakap kat dr.


maaf ye dr. ganggu dr. tengah sibuk..tp gigi saya sangat sakit...last week dr. check xde pape..tp skg sakit lagi..


eh, takpe-takpe..its okay..


seee...!! dr. okay je..nurse tu jek yang gila kuasa! cakap bebaik kan boleh??bukan nya orang sesuka nak sakit..sesuka nak datang hospital ke hape.


dr. tu korek punya korek memang tak jumpa ape sakit gigi aku. dalam 15min dia korek baru laaa dia jumpa punca sakit dan memang takde jalan lain melainkan kena cabut.


aku kata...cabutlaaaaa...asalkan hilang sakit nih.


masa tu bermacam jenis playar digunakan nak cabut..sebab gigi graham belakang. memang susah laa..huhu..nak terkoyak mulut aku nganga..bila dah cabut..masyaallah...besar dan dalam lubang gigi tu..tak nampak sebab berlubang bahagian dalam..huhuhu


so moral of the story...berbudi bahasalah..bukan susah pun. lagi-lagi yang kerja hospital nih. orang sakit, bukan sengaja nak sakit. kalau cakap bebaik, pun satu treatment juga..takde la dapat penyakit lain kan?









LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers