Assalamualaikum,
baru je rasanya update cerita tentang sahabaku yang dapat berita tentang sakit cancer ayahanda tersayang, tiba-tiba pagi tadi aku dapat khabar berita yang ayahanda beliau telah kembali ke rahmatullah. tumpang sedih sebab aku kenal baik dengan keluarga beliau sejak dari aku belajar di matrik lagi.
terus hubungi hubby dan minta izin untuk menziarah beliau di pulau pinang. walaupun hubby kata jauh tapi sebab aku ni dah terbiasa sangat travel jauh-jauh sendirian dengan anak, so setakat pulau pinang dari perlis ni ape lah sangat. dua jam saja. lebih kurang travel dari kampungku ke UPM time belajar dulu. aku ajak makcik hubby untuk temankan sekali.
sekali bila sampai rumah beliau sunyi sepi takde orang. hah!?
rupanya ayahanda beliau dibawa ke kampung asalnya. terkulat kulat aku kejap dalam kereta. sebab kampung ayahanda dia pulau dan aku tak pernah langsung drive sendiri ke sana. tapi takpelah sebab dah niat nak ziarah, maka aku beranikan diri. berbekalkan GPS kat hp, redahla mencari. alhamdulillah..berjaya juga jumpa kampung lembah ria, ayer hitam. aku sampai arwah sudah dikapankan dan menunggu untuk disolatkan. takpelah, yang aku ingin ziarah adalah kawanku, untuk memberi semangat pada beliau. meleleh jugakla air mata aku tatkala memeluk kawanku. terasa juga hiba dan sedihnya hati dia. moga Allah beri ketabahan buat beliau dan keluarga.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Ameenn!
7+ Store Cupboard Turkey Curry References
1 year ago