Assalamualaikum,
hi semua..puasa ke ari ni?alhamdulillah pada siapa yang berpuasa..
ok, ada banyak perkara dalam kepala so aku nak buat cerita pendek aje.
1- aisy belum pandai meniarap tapi pandai mengesot, kalau baring boleh turun sendiri dari bantal dan tilam dia. elok kita letakkan dia lurus, beberapa minit dah dia baring senget benget. comel.. ;)
2- dah upload 7 pasang kain cotton yang berkualiti bagus dari vietnam. latest design. meh like ramai-ramai di fanpage ini
3- kan seronok kalau setiap ape yang kita buat mendapat sokongan sepenuhnya dari yang tersayang. btul tak? contoh, kalau husband main bola, isteri jadi pom pom girl bagi sokongan. :D contoh jelah..tapi faham kan?
4- kadang-kadang adalah lebih baik tidak meluahkan masalah anda kepada sesiapa. some people akan dengar dan simpati, some people pula gembira anda menghadapi masalah itu. Bukan membantu meringankan bebanan pun kan? jadi lebih baik luahkan pada Allah.. :) tapi tulah, macamana pun kita tetap rasa nak meluahkan pada seseorang kan? atleast, someone yang close.
5- ikhlas tu hanya Allah yang dapat menilai. Kadang-kadang kita dok cakap.. "yee..aku ikhlas ni maafkan kau.." tapi entah betul kita ikhlas atau tidak kita sendiri pun tak pasti. Doa-doalah moga setiap perbuatan kita ni ikhlas kerana Allah..
6- only time can heal the broken pieces of heart. kan?
7- rindu nak try recipe baru tapi masa dan keadaan belum lagi mengizinkan..huhu
8- sampai bila baby tdo mengigau ek? aisy masih lagi mengigau time tdo. kadang-kadang dok ketawa terkekek-kekek. kelako betul..kadang-kadang tersedu-sedu nangis macam kena marah. dok mencemik muka..hahaha..comel!
9- berharap tahun baru akan datang ni membawa lebih banyak 'luck' untuk aku. Membawa kebaikan untuk aku. moga aku jadi manusia yang lebih baik dari sebelum ini. Moga-moga hati aku makin dekat dengan Ilahi. ameenn ya rabb!
notakaki: nak tengok ombak rindu~ hope keluar la kat astro first. for sure hubby tak nak tgk cite nih. my fav novel...