Thursday, September 15, 2011

Kelahiran pertamaku

how to begin eh?


hmm...


awal-awal lagi husband told me yang dia kena kerja masa hari raya pertama dan tak dapat balik ke sini bersama aku. Dan after abis kerja petang tu, dia terus gerak ke sini malamnya. Masa tu dia cuti dalam 3 hari sampai 2hb september.




i kept asking him, camna kalau aku tetiba nak beranak time dia takde kat sini? sempat ke dia nak rushing balik ke sini?? dan macam-macam lagi persoalan yang merisaukan aku tanya..




aku memang naaaak sangat lahirkan baby saat dia ada kat sisi aku. Nak dia temankan the whole time. Nak dia masuk ke labour room walaupun aku tahu beranak kat spital kerajaan tak leh masuk. (hanya certain spital kerajaan je bleh masuk)




raya pun kami tak kemana sangat. Just melepak bersama di rumah. Ada sekali tu aku merengek ngada-ngada nak makan pizza, tapi husband saja 'racun' cakap burger GCB sedap. dia baru makan malam on the way balik ke kampongku.. so last-last kami melepak laa di mcd kuala selangor tu. Dah la dok keje jaaaammm aje tg krg n kuala selangor ni. punyaaa la banyak kereta kat jalan. huhu..




lepas makan tetiba husband ajak ke low yat, kl nak beli barang tuk ipadnye. aku dengan sarat marat perot tu pon ikut jelah.. raya pegi jenjalan kat kl. hehe..tp orang pun ramai jugak la kat sana. ingatkan da takde orang langsung.




Masa last day husband cuti on 2nd september, tetiba aku tergerak hati nak ajak husband teman tuk check up kat klinik medina tu. sepatutnya appoinment 5hb september. So aku call la klinik and doktor nak tanya bukak ke tak. Tapi hampa sebab klinik tutup. So aku pun pegi jelah check up kat klinik kerajaan biasa tu. Memang patutnya pegi check up kat sini tp aku nak scan baby. After jumaat prayer, husband ajak pegi klinik. Bila tiba kat klinik, check up macam biasa..




aku pun cakaplah kat doktor yang perut dah kerap rasa mengeras..kerap rasa sakit itu ini suma aku cerita. last-last doktor kata nak 'seluk'. gulp!




bila dah kena 'seluk' rupanya dah terbukak 3cm dan doktor arahkan segera ke hospital tuk bersalin. Aku terus cakap tanak bersalin kat spital sini, nak sungai buloh. Tapi doktor tak kasi dengan alasan takut tak sempat. Makanya dengan hati yang gundah gulana, aku ikutkan jelah..





Balik rumah terus kabarkan kat family yang aku dah nak beranak. Memasing macam excited tapi aku tak rasa seronok sebab kena masuk spital sini. huhu..muka sedih habis dah time nih. Siapkan barang-barang..aku sempat la mandi manda suma..before ke spital sempat singgah kedai mamak makan nasi goreng ayam. hahaha..





Jam 530petang, bila tiba hospital, terus masuk labour room tuk buat ctg. then kena seluk lagi buat kesekian kalinya...based on ctg, nurse kata takde contraction. pastu bila doktor datang, dia boleh tanya aku kenapa aku datang cni. bleh tak aku rasa nak lempang kaw kaw doktor tu???!! apa ingat aku datang tu suka suki ka? huhu..of course la datang sebab dah nak beranak..plus doktor kat klinik tu dah bagi letter suma dah. aduhai...



malam tu aku stay laa kat wad yang pernah aku stay sebelum ni. husband sentiasa ada datang teman sampai pepagi buta. Mak guard sibuk je menghalau suma. nyampah aku. gila kuasa betul. bukan husband masuk wad pun. Aku lepak dengan husband kat ruang menunggu di luar wad pon. haih..


dari kena balik ke perlis, husband terpaksa extend cutinya lagi.



esok siangnya on 3rd september kawan-kawan datang jengah. Asalnya nak beraya kat rumah but i told them yang aku dah masuk wad. but still takde gaya cam nak beranak pun lagi. Aku duk risau dapat ke tak beranak nih. Sebab husband pun dah extend cuti. Aku dah memang rasa sakit tapi buat ctg takde contraction. Nurse kata kalau ada pun tak kerap. Doktor pulak kejap kata ada bukaan kejap kata takde. last-last, sorang doktor cakap nak transfer aku ke sungai buloh!



masa ni hati dah seronok dah! yayyyyy!!! hehe



ini la pengalaman pertama seumur hidup aku naik ambulance. nenoneno..hehe..



aku tak nak baring pun dalam tu. Takut nanti termuntah. Sebab masa tu baru ja lepas makan. Husband pun naik ambulance sama teman aku. My brother follow dari belakang. Masa dalam ambulance ni laa dah mula seribu satu macam perasaan yang datang..entah camne, tetiba rasa sebak sampai meleleh air mata. Walaupun husband ada kat belakang time tu. Rasanya dia pun tak pasan.



rasa sedih, risau dan bermacam-macam lagi. Masa ni terfikir dapatkah aku bersalin dengan selamat. Banyak betul buat dosa dengan husband nih. huhuhu...Tapi dah mintak maaf awal-awal dah..huhuhu



Bila sampai je kat hospital sungai buloh... kagum terus aku. Ganasnyaa spital nih. I mean canggih laaa banding spital kat tempat aku nehh kan. husband terus kata... ' haaa..ni baru la ada rupa hospital..'



aku terus masuk ke 'Dewan Bersalin'. Doktor terus buat ctg dan seluk lagi buat kali keberapa tah. Kat sini ramai doktor pelatih. nurse pelatih. memang ramai. muda-muda belaka. huhu..after a while, doktor kata tunggu labour room kosong. Sebab semua bilik penuh. Punya la ramai orang beranak time tu. AKu tiba kat ctu dalam maghrib la..husband and my brother tunggu kat ruang menunggu..aku pun kejap keluar kejap masuk. Sebab bosan dah tatau nak buat ape. Masa ni tak cuak pun..Just excited jek. Seronok akhirnya dapat beranak kat spital ni. Plus, aku yakin dapat bersalin masa birthday husband. Tu yang excited lebih..



jam dah pukul 11 malam. Takde lagi gaya aku kena masuk labour room. Lepak dengan husband merengek cakap dah lapar balik. Tadi just makan biskut je. So husband pun suh laa adik aku belikan something to eat. entah camne, tetiba nurse panggil aku suh masuk labour room. Masa ni aku terus bangun tak sabar. hahaha..husband plak kena tahan aku sebab nak salam cium suma.. after bersalam cium cket (oh, husband ai sangat laaa caring dan romantik..hihihi) ..aku pun masuk laaa ke labour room.....


masa tu still tak fikir sakit pun. dok kagum laa..canggihlaa spital ni. sorang satu bilik..kelengkapan pun canggih la jugak. sian aku kan.. jakun habis. hahaha..pas kena baring suma, aku tengok jam dalam 1140 malam. Jam besar terpampang depan mata aku. Perut dah kriok kriok kelaparan. Tak sempat pun nak makan pape. Nurse terus cucuk tangan untuk masukkan air. Aku kena induce untuk cepatkan bukaan......



After few minutes kena masuk drip air tu, nurse datang bawak satu botol yang untuk cepatkan bukaan tu. Masuk je air tu dalam badan, aku terus mula rasa sakit. Tengok jam, dah tepat masuk 12 pagi, 4th september. Dah masuk birthday husband...tak dapat nak wish. huhuhu... Masa ni macam nak nangis. Seriously. Tapi aku teringat mak kata, kalau boleh jangan menangis. So aku cepat-cepat tahan dari air mata mengalir. Kalau boleh tanak menangis lagi dah. So aku cuba fokus kat kesakitan tu. Nurse suruh tido, tapi camne laaa nak tdo dengan sakit camtu kan....





em..i have to stop here. nanti sambung lagi ke episode seterusnya ye!





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers