Thursday, August 22, 2013

Cerita Raya

Assalamualaikum..

Lambat bebeno nak update blog ni.hehe..raya punya syok.hihi..

Actually raya first sampai ke tiga husband keje so kami beraya di perlis dulu. Kerja-kerja pun masih lagi sempat beraya sampai ke penang. Lama tak jenjalan kat penang. Tak puas rasanya. Next time nak ajak husband kesana lagik.

Raya ke tiga malam baru gerak balik selangor. Itupun kul 12 malam. Huaaa!! Bayangkan lah betapa stressnya aku tunggu si suami balik dari main bola. sempat lagi kaann nak main bola raya-raya ni.huhu..sampai kampung aku waktu subuh dah.around 630 kot. Tak ingat dah. Huu..aku tolong drive dari perak. Sian plak kat cik abang tu tersengguk sengguk..

Lepas subuh kami bantai tido anak beranak. Aku mula-mula perasan aisy dok main tetiba sedar dia dah ada kt sebelah ngorok sama. Hehe..lepas zohor my family ajak balik johor terus so berdesup la kami dua kereta ke selatan pula. Bayangkanlah drive dari perlis sampai ke ayer itam johor tuuu..nasib tak ke jaybee. Hehe..tu pun jalan jam boleh tahan gaklah. Ramai masih beraya lagi..


Kami beraya di johor dalam 3hari baru gerak balik selangor balik. Phew! Aku memang suka balik johor sebab mak abah memang sangat ramai sedara mara kat sana. Tu pun pergi mana yang sempat je.kalau nak ziarah semua rasanya sebulan baru cukup. Haha


Dah balik selangor memang tak kemana sangat. Jalan beraya uma kawan dan juga ke Ikea. Hehe..ngidam meatballs ye. Hehe..tapi tak puas gak makan. Next time nak bodek husband kesana lagi..seronok cuti raya kali ni sebab husband cuti 8hari.7hari dok kat kampung aku memang syoklaaa..selalu duduk husband xde sama. Ni dia ada lainla sikit..nak kemana-mana senang.hihi..

Bila dah balik perlis balik ni terasa keboringan semula..huhu. Dok jela terperap dalam umah diam-diam ye..

Itu jela cerita raya ku.. ;)




Ps: Geram tengok aisy pakai baju melayu pink nih!

Tuesday, August 6, 2013

Check up @ 14weeks

Assalamualaikum..

Sekarang ni once tau preggy dah boleh terus buat buku pink tu tak perlu tunggu sampai 2bulan ke atas mcm dulu..aku terus buat masa dlm 6weeks aritu..lgpun klinik desa ni sangatla dekat dengan rumah.jalan kaki pon boleyy tapi aku idaklaaa jalan kaki. Haha

Seronok check up kat klinik desa ni sebab tak ramai orang dan sangat selesa. Tak perlu tggu berejam nak check up. Tapi kalau ada problem kena pulak pegi klinik kesihatan kat arau. Yang ni memang tak best sebab kena jalan jauh untuk hantar urine sample kt lab.klinik ibu mengandung kat hujung pulak tu.plus kat KK memang sentiasa ramai orang. Huhu


Dulu masa aisy aku pernah la buat check up kat klinik kangar. Lagi best sebab besar dan sangat selesa. Plus tak perlu jalan jauh nak hantar urine sample tu..pastu nurse2 pun okaylah takla mulut laser macam kat kk tg krg. Huhu


Tapi aku sebulan kena dua kali check up. Sekali di klinik desa dan sekali dengan pakar OnG kat spital kangar. Sebab pregnant twins. Doktor takut ada problem sebab babies kongsi satu uri saja.

Tadi nurse bebel sebab berat aku naik 2kg sebulan ni. As for me aku lega sikit sebab timbang kat rumah naik 5kg. Hehe..dia kata awal2 ni boleh naik 0.5kg saja. Dulu nurse tak pnah bising kalau berat naik lebih sikit asalkan aku sihat walafiat.. Tapi aku diam jela..dah dia nak bebel malas nak layan. Haha


So next check up dengan pakar. Hope dah boleh nampak gender suma.. Hihi.. Bleh mula shopping sikit2. Twins you! Semua kena double. Hehe..


Oklah bye!

Monday, August 5, 2013

Choc chip cookies dan anyam ketupat

Assalamualaikum..


Dari minggu lepas nak buat 2nd batch cookies ni tapi mood asyik tak kena je. Hari ni last boleh buat sebab esok lusa konon nak cuba anyam ketupat.

Well orang utara tak berapa buat ketupat anyam ni. Biasa mereka buat yang instant. Aku cakap ni based on family dan sedara mara husband la. Setiap kali raya aku memang suka makan ketupat anyam ni. Suka yang lembut or lembik pun takpe asalkan jangan keras. Hehe.. Beberapa tahun dok belajar buat anyam ketupat tu tapi masih tak expert. Jadi tu jadi la tapi lambat la nak siapkan satu tu. Hihi


Tengokla jadi ke tak dengan misi ni. Kebetulan ada sorang pakcik husband ni orang nogori so dia tau anyam.aku dah mintak dia tlg so tggula nnt jadi ke tak. Hehe..


Ni dah siap buata adunan cookies. Ala yg simple dan sedap je..almond choc chip cookies. Yang aku buat aritu dah tinggal sikit husband makan. Ni igt nak bagi mil and makcik husband sikit. Insyaallah..


Ok tu je nak storyy..

Saturday, August 3, 2013

Ikan bakar berempah

Assalamualaikum..


Dah macam blog masakan pulak asyik update pasal makanan. Nak update pasal diri sendiri tgh mood tak best.

Hari ni teringin nak buat sendiri ikan bakar berempah. Bila beli macam tak puas hati. Dah la mahal pastu kalau tak sedap memang tak best lah. Rasanya ramai dah tau buat kan.. Just blend je bawang cili suma..campur serai halia..aku tambah ketumbar n jintan. Blend semua dan tumis. Dah tumis sampai masak leh la perap kat ikan atau ayam yang nak dibakar tu.. Aku perap lama la jugak. Then bakar!

Walaupun duduk umah taman tidak menghalang untuk bakar guna arang ye.. Habis berasap satu rumah. Hehe..


Ok tu je babai!

Thursday, August 1, 2013

Cekodok nasi

Assalamualaikum..

Ini antara menu yang paling simple dan mengenyangkan utk aisy n juga utk aku.hehe..

Dalam bahasa lain menu malas nak masak beria2laahh..

Aku dapat idea ni bila teringat masa sekolah dulu kawan baik ada bawak cekodok nasi mak dia buat as bekal. Memang sedap. So aku tokok tambah la jadi lg marveles. Hehe

Blend nasi dengan ape2 sayur yang disukai spt carrot brokoli etc. Bleh blend kasar or halus xde hal. Pastu campur tepung..air.. Dan telur. Telur ni xletak pun ok lagi. Kecairan tu agak2 sendiri. Last sekali letak cheese yg disagat kasar. Bagi kasar2 sbb nnt gigit rasa cheese tu.. Hehe.. Sedap! Kalau buat utk baby or toddler xyah letak garam.aku buat biasa tak letak garam pun sedap aku balun sama. Yela kita kan leh cicah dengan sos.


So selamat mencuba!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails