Thursday, August 22, 2013

Cerita Raya

Assalamualaikum..

Lambat bebeno nak update blog ni.hehe..raya punya syok.hihi..

Actually raya first sampai ke tiga husband keje so kami beraya di perlis dulu. Kerja-kerja pun masih lagi sempat beraya sampai ke penang. Lama tak jenjalan kat penang. Tak puas rasanya. Next time nak ajak husband kesana lagik.

Raya ke tiga malam baru gerak balik selangor. Itupun kul 12 malam. Huaaa!! Bayangkan lah betapa stressnya aku tunggu si suami balik dari main bola. sempat lagi kaann nak main bola raya-raya ni.huhu..sampai kampung aku waktu subuh dah.around 630 kot. Tak ingat dah. Huu..aku tolong drive dari perak. Sian plak kat cik abang tu tersengguk sengguk..

Lepas subuh kami bantai tido anak beranak. Aku mula-mula perasan aisy dok main tetiba sedar dia dah ada kt sebelah ngorok sama. Hehe..lepas zohor my family ajak balik johor terus so berdesup la kami dua kereta ke selatan pula. Bayangkanlah drive dari perlis sampai ke ayer itam johor tuuu..nasib tak ke jaybee. Hehe..tu pun jalan jam boleh tahan gaklah. Ramai masih beraya lagi..


Kami beraya di johor dalam 3hari baru gerak balik selangor balik. Phew! Aku memang suka balik johor sebab mak abah memang sangat ramai sedara mara kat sana. Tu pun pergi mana yang sempat je.kalau nak ziarah semua rasanya sebulan baru cukup. Haha


Dah balik selangor memang tak kemana sangat. Jalan beraya uma kawan dan juga ke Ikea. Hehe..ngidam meatballs ye. Hehe..tapi tak puas gak makan. Next time nak bodek husband kesana lagi..seronok cuti raya kali ni sebab husband cuti 8hari.7hari dok kat kampung aku memang syoklaaa..selalu duduk husband xde sama. Ni dia ada lainla sikit..nak kemana-mana senang.hihi..

Bila dah balik perlis balik ni terasa keboringan semula..huhu. Dok jela terperap dalam umah diam-diam ye..

Itu jela cerita raya ku.. ;)




Ps: Geram tengok aisy pakai baju melayu pink nih!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails