Monday, January 25, 2010

Lidah setajam pisau

"Lidah sepanjang 3inci boleh membunuh manusia setinggi 6 kaki.."

Sebelum berkata-kata, fikir panjang la dahulu. Dah terlepas tak boleh nak patah balik @ berundur. Kelak akan melukakan hati banyak pihak. Hati dah tercalar, susah nak hilang parutnya..

Sekarang ni kecoh sana sini tentang kes farhani tarmizi yang mengutuk perempuan sarawak tu. Dan baru-baru ni pulak kecoh tentang AdukaTaruna ni pulak..

Tak suka pun jangan la guna perkataan yang kesat. Kan tak baik. Apa-apa pun nanti diri sendiri yang tanggung akibatnya. Hmm...walaupun tak menggunakan perkataan kesat, kadang-kadang pun boleh buat orang lain terasa dan marah. Lagi la kalau guna kata-kata yang sangat kurang ajar tu. Zaman sekarang ni kalau silap cakap ke..silap tulis ke..semua masuk court. Jadi, kenala kawal dengan apa yang kita nak tulis atau cakap tu. Tak kira la di facebook ke blog ke atau apa-apa laman web lain.

Kadang-kadang manusia ni tak sedar apa yang dikatakan itu sangat kurang ajar walaupun menggunakan kata-kata yang biasa. Bagi mereka semua tu tak salah..mungkin sekadar 'bergurau'. Tapi kalau dah sampai menghina tu camna pula? Sultan pulak tu yang dihinanya.hish!

Rasanya kita semua pun pernah lukakan hati orang lain dengan kata-kata sendiri. Tidak kira dari segi percakapan atau penulisan. Huhu..Kita tak terlepas dari melakukan silap. Mungkin juga tidak sengaja dan ada juga yang sengaja. Yang penting mohon maaf dan cuba untuk tidak mengulanginya semula..Tapi dalam kes ni rasanya memang sengaja cari nahas.

Kalau mohon maaf pun belum tentu boleh selesaikan masalah. Orang lebih suka saman menyaman..kalau dah bersalah kenala tanggung akibatnya. Akhirnya diri sendiri juga yang susah. hish...kalau dah melampau sangat sampai guna m****s untuk orang yang dah meninggal..pastu kutuk pulak satu negeri..aduhai...camne orang nak maafkan?

Jangan rasa kita sudah cukup bagus sampai rasa layak untuk menghina orang lain..Hidup tak selalu di atas. Nikmat yang Tuhan beri tu boleh ditarik sekelip mata.

Sama-sama kita ambil iktibar..


update.

si fahrin nak saman linda onn pasal fitnah dia kaki pukul. ha...kan dah kena. Kerana mulut badan binasa..hish...tanggungla akibatnya. Kan lebih baik diam je. Benda dah lepas buat apa nak ungkit dan kecohkan lagi. Cukup-cukupla tu...

(haish..jarang pulak aku cerita hal-hal artis kat blog ni. huhuhu)



.....................................................................

ish...bertangguhla entry psl trip ke jakarta tu.. nanti la ye! :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers