Assalamualaikum..
MasyaAllah, kejap saja dah jumaat. Cepat sungguh masa berlalu. Pernah terfikir, apakah aku sudah cukup manfaatkan masa yang ada?kadang-kadang mengeluh masa seolah tak cukup. Bukan tak cukup, tapi kita sendiri yang tidak pandai mengatur.
seseorang pernah berkata, kalau kita sentiasa negative, segala yang mudah menjadi susah, apatah lagi yang susah, jadi bertambah-tambah susah. Jadi, kena lah tukar pemikiran kita menjadi seorang yang lebih positif. Banyak juga kebaikannya. Tapi, biar berpada-pada. Pegang pada yang nyata. Kalau terlalu positif, kadang kala seperti tidak boleh menerima kenyataan pula. =) masing-masing faham kan?
aku mahu positif. Insyaallah, Allah ada untuk membantu asalkan kita berusaha. Kalau takde duit, tak boleh lah nak doa mintak Allah turunkan duit dari langit. ish ish..kena mintak Allah murahkan rezeki pada kita, minta diberi peluang mencari rezeki yang halal. apa yang perlu kita kena USAHA. takde rezeki datang bergolek. =) Insyaallah ada rezeki untuk ku.
kadang kala jadi tak yakin dengan diri sendiri. Mampukah aku buat?perkara yang buat aku risau sekarang adalah subject statistic ni. Rasa macam teruk benar aku nak faham. Memang slow betul part kira-kira ni. =( Harap-harap Allah permudahkan untuk aku memahaminya. Bila dah macamtu, usaha kena lebih kan?Insyaallah, semua akan okay =)
fitrah manusia bila dah susah baru terhegeh-hegeh berdoa mintak tolong kat Allah. Bila senang, mudah lupa diri. Sedangkan, masa senang itu juga ujian buat kita. semoga kita semua bersabar dengan ujian yang diberi oleh Allah. Tidak kira ujian dikala kesusahan, atau kesenangan. Apa pun yang diberi, kena belajar bersyukur. Untuk bersyukur pada Allah, tak semestinya kena tullis status FB, atau coret kat blog ke ape kan? =) doa pada Allah, berterima kasih pada Allah. Dia Maha Mengetahui =)
Salam Jumaat semua.
Have a nice weekend!