Wednesday, February 15, 2012

Beli susu lain, dapat susu lain?






Assalamualaikum,


tak dapat nak buat wordless wednesday. hihihi..




i'm not sure other people read bout this issue. My friend on facebook shared this. seorang pengguna membeli susu enfalac tapi perasan ada dua pelekat dan dalamnya susu enfamil. Susu enfamil ni dikatakan dangerous sebab dah menyebabkan kematian baby di US. Aku search dan terbaca yang enfamil tidak dibawa masuk ke Malaysia tapi company ni gantikan pelekat susu enfamil dengan susu enfalac. Tak pasti la pulak susu yang sama ke ape. Walaupun aku tak pernah beli susu ni dan tak pernah lagi terkena sebegini, tapi bila isu ini timbul, sedikit sebanyak merunsingkan hati aku. Sebab aisy juga minum susu formula.





KUALA LUMPUR: The Enfamil infant formula, which was believed to have caused the death of a baby in the US, is not imported into the country, health officials said.

Health director-general Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman said the Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) and Enfamil’s producing company, Mead Johnson, had confirmed the matter.

“Malaysians do not need to worry, as the product is not on the list of imports,” he said in a statement issued today.

He said US-based hypermarket Wal-Mart had recalled the product following reports alleging a baby had died from consuming Enfamil, which was believed to be contaminated with Cronocbater bacteria.

“However, to be on the safe side, the ministry will be conducting a Level 5 Test (seize, test, release) on Enfamil, should it be imported in the future,” Hasan added.

He said if the public suspected the safety of any food products, they were encouraged to lodge a report to the nearest District Health Office, State Health Department, or through their web site at http://fsq.moh.gov.my/v3.







sumber dari sini



hmm..mungkin aku akan cuba juga sedaya mungkin untuk bagi susu badan sepenuhnya kat aisy. Insyaallah.




em..tiba-tiba bila aku dok baca info kat satu group di fb ni, terjumpa satu penjelasan oleh pakar nutrisi tentang isu susu ni..meh baca apa yang beliau tulis..untuk maklumat semua.



Ditulis oleh: Mohd Soffian Osman

ENFAMIL = ENFALAC A+ PROSOBEE???

Satu lagi isu yg sedang rancak disebarkan melalui FB. Saya juga tak tahu bila ianya bermula tetapi, yg saya mula kesan apabila beberapa org rakan mula share gambar yg sebegini di wall FB masing-masing Jumaat 2 minggu lepas.

Apapun, mari kita telusuri isu ini secara ilmiah. Sebagai salah seorang Nutritionist (by profesion) saya akan cuba mengulas isu ini secara profesional sebaik mungkin.

Isu Enfamil bermula apabila seorang bayi berusia 10 hari mati di Missouri pada 18/12/2011. Kemudian seorang lagi bayi dilaporkan mati di Florida. Jangkitan 'crnobacter' telah disahkan menjadi penyebab kedua-dua bayi ini mati. Bakteria ini wujud secara semulajadi dalam alam sekitar dan boleh didapati di dalam susu formula yang berasaskan susu lembu. (sila rujuk di sini :http://www.cdc.gov/Features/Cronobacter/)

Isu ini mengheret Enfamil Newborn Formula yg dikeluarkan oleh Mead Johnson kerana bayi pertama yg mati meminum susu tersebut, manakala bayi yg kedua pula menggunakan beberapa jenis susu termasuk Enfamil. Ini adalah disebabkan langkah pihak berkuasa bersama-sama bantuan syarikat berkenaan mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghentikan sementara penjualan susu mereka sementara pihak CDC & USFDA melakukan siasatan lanjut mengenai masalah tersebut. (sila rujuk di sini : http://www.reuters.com/article/2011/12/29/us-meadjohnson-idUSTRE7BL17R20111229)

Itu ialah isu yang terjadi di USA. Apa kena mengenanya isu ini dengan negara kita? Seperti biasa apabila terjadinya sesuatu perkara yang melibatkan keselamatan makanan di dunia ini, semua negara akan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengawal kemasukan produk tersebut ke dalam negara selain melindungi rakyat negara ini daripada turut terjejas. Ianya merupakan protokol keselamatan makanan yg biasa dilakukan oleh KKM.

Sekarang ni, mari kita tinjau isu yg berkaitan dengan GAMBAR ini selain berbagai-bagai post & share yg berkaitan dengannya. Seperti saya katakan, saya mula melihat ianya di post di lambang sosial pilihan ramai ini (FB) sejak 27/1/2012. Hanya gambar saja yg di post tanpa sebarang komen atau ulasan menyebabkan ianya menimbulkan 1001 spekulasi dalam kalangan pelayar FB.

PERSOALANNYA...apa tujuan gambar ini di sebarkan? Berikut adalah pandangan saya mengenai perkara ini berdasarkan beberapa faktor :

1- KESELAMATAN MAKANAN - jika ianya cuba utk dikaitkan dengan isu yg berlaku di USA, saya kira ianya amat TIDAK WAJAR sama sekali. Kenapa saya katakan sedemikian :



a- US FDA telah mengesahkan bahawa susu Enfamil (yg cuba dikaitkan dengan isu kematian bayi di USA) adalah selamat untuk digunakan. (sila rujuk di sini :http://www.reuters.com/article/2011/12/31/us-meadjohnson-idUSTRE7BL17R20111231 atau http://www.enfamilalerts.com/ atau http://journal-blog.meadjohnson.com/2011/12/statement-from-mead-johnson-on-enfamil-newborn-formula-safety/). Jadi tiada masalah jika susu yg di dalam gambar ini mahupun yg dijual di USA digunakan oleh bayi kerana ianya memang sah SELAMAT.



b- Produk yg di kaitkan dengan isu di USA adalah produk Enfamil PREMIUM® Newborn (sila rujuk di sini : http://www.enfamilalerts.com/), iaitu produk yg berasaskan susu lembu. Sebaliknya produk di dalam gambar ini pula ialah Enfalac A+ ProSobee (untuk Malaysia aka Enfamil ProSobee (untuk market USA) iaitu sejenis susu formula berasaskan susu kacang soya (sila rujuk di sini :http://www.enfamil.com/app/iwp/enf10/content.do?dm=enf&id=%2FConsumer_Home3%2FFeedingSolutions%2FEnfamilProSobeeLIPIL2&iwpst=B2C&ls=0&csred=1&r=3506693093 atauhttp://www.meadjohnsonasia.com.my/Data/html/HPC-Enfalac-Prosobee.html). Jadi, ianya secara jelas menunjukkan yg kedua-dua produk yg cuba dikaitkan ini adalah BERLAINAN sama sekali.




c- Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan bahawa produk yg dikaitkan dengan isu kematian bayi di USA (Enfamil Premium Newborn) TIDAK DIIMPORT sama sekali ke Malaysia. (sila rujuk di sini :http://fsq.moh.gov.my/v3/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/KA-2011/SusuEnfamil_23122011.pdf). Sekali lagi ia menunjukkan bahawa produk dalam gambar ini tidak berkaitan dgn isu di USA.



2- UNDANG-UNDANG : Adakah isu yg cuba diketengahkan ialah isu berkaitan undang-undang, iaitu salah bagi pengeluar susu ini melekatkan 2 LABEL (overlap) pd satu tin susu? Jika ini isu yg ingin ditimbulkan, maka ianya juga SANGAT TIDAK WAJAR, kerana syarikat tersebut tidak membuat sebarang kesalahan pun, malahan mereka melabelkan dengan label tersebut adalah bagi memenuhi kriteria Akta Makanan (Perlabelan) yg telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. YANG MENJADI KESALANNYA ialah orang yg sengaja mengoyak label tersebut, kemudian mengambil gambar & post gambar tersebut di FB sehingga mengundang pelbagai spekulasi.



Tahukah anda, entah berapa banyak lagi produk-produk susu atau makanan yg lain yg turut diperlakukan sedemikian demi untuk memenuhi keperluan undang-undang yg telah saya nyatakan? Selalunya perkara ini adalah disebabkan produk tersebut diimport dari negara pengeluar dalam kuantiti yg sedikit yg tidak membolehkan pengilang untuk melabelkan produk tersebut mengikut spesifikasi Malaysia disebabkan kos dan sebagainya. Namun produk yg dihasilkan adalah menepati piawaian yg telah ditetapkan oleh KKM, sebab itu KKM meluluskan proses re-label ini di lakukan.


3- BRANDING : Enfalac A+ = Enfamil? Dalam dunia perniagaan ianya merupakan perkara biasa untuk menggunakan JENAMA atau BRANDING yg lebih kuat di sesebuah negara. Banyak produk-produk yg dihasilkan dikenali dengan nama-nama yg berbeza dari sebuah negara dgn sebuah negara yg lain. Contohnya - Toyota utk pasaran Asia & Lexus untuk pasaran USA. Mamaex Gold bagi pasaran Malaysia, Dulac Gold bagi pasaran China & Nutrilon atau Aptamil bagi pasaran Europe.


4- TAKTIK PEMASARAN (MARKETING STRATEGY) : jika inilah yang menjadi penyebabnya, maka saya kira perbuatan seperti ini adalah perbuatan yg SANGAT HINA & haruslah DIHENTIKAN dengan kadar segera. Mengapa, kerana telah menjadi lumrah dalam perniagaan, pesaing (COMPETITORS) akan cuba mengenengahkan sesuatu isu yg tidak baik terhadap pihak lawan bagi menggugat kedudukannya seterusnya memperolehi MARKETING ADVANTAGE daripada situasi tersebut. Tidak kiralah perniagaan apa sekalipun, terutama sekali jika pesaingnya terlalu ramai seperti industri SUSU FORMULA ini.


Saya berpengalaman selama 5 tahun dalam bidang infant nutrition & medical marketing sebelum ini (bukan dari Mead Johnson, tetapi pesaingnya). Berdasarkan pengalaman saya, isu ini mesti diambil peluang oleh semua pesaing untuk menghancurkan reputasi Mead Johnson dalam kalangan pelanggannya samada Profesional Perubatan mahupun konsumer. Kenapa? Kerana Mead Johnson merupakan jenama yg dipercayai ramai dan sering menduduki tempat pertama dalam 'market share' nya dibandingkan dengan pesaingnya. Oleh itu, isu-isu seperti ini akan dapat membantu menjatuhkan sedikit 'market share' Mead Johnson. (sila rujuk di sini : http://www.reuters.com/article/2011/12/23/us-meadjohnson-idUSTRE7BL17R20111223)



Jika benarlah ini adalah salah satu sebab gambar ini disebarkan, maka saya harapkan hentikan TAKTIK KOTOR seperti ini. Bersainglah secara sihat. Juallah produk anda tanpa membuat perbandingan dengan produk lain. Biarlah pengguna sendiri yg menentukannya.




5- SAYA MEMANG SUKA SHARE STATUS ORANG : ini adalah salah satu penyakit orang kita. Bila ada aje isu-isu sensasi, maka berlumba-lumbalah nak share. Dengan harapan menjadi anatara orang pertama yg post atau share benda tersebut. Baguslah jika ianya berita yg SAHIH, namun keanyakannya hanyalah OMONG KOSONG semata yg akhirnya menyebabkan kita terjebak ke kancah FITNAH.




Jika sekiranyalah ada rakan-rakan yg mempunyai hobi seperti ini, sayugia saya ingatkan sekali lagi bahawa ianya merupakan satu perbuatan yg SANGAT TIDAK WAJAR. Apabila menerima sesuatu berita, harap selidikilah ia. Jika terbukti benar, maka sebarkanlah. Jika ragu-ragu atau tidak mengetahui kesahihannya, dapatkan KEPASTIAN terlebih dahulu. Kita tidak boleh berterusan bersikap sebegini kerana ianya akan merosakkan BANGSA & NEGARA.




'Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan' - (Surah al-Hujurat : Ayat 6)







Nilaikan dengan pendapat masing-masing. Apa pun sebagai ibu bapa aku percaya semua mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Dan sebelum perkara buruk terjadi kat anak-anak, kita hendaklah sentiasa berhati-hati dengan apa yang diberi pada mereka..apa pun susu ibu adalah yang terbaik buat bayi. =)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers