Friday, August 3, 2012

Isteri hilang



‎"ENCIK...ISTERI SAYA HILANG...? "

Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membli gula, namun tidak pulang-pulang...

"Encik...isteri saya hilang...? "

"Sudah berapa lama isteri encik keluar ?" soal polis.

"Saya tidak pasti pula. Pagi tadi atau tengah hari kot. "

"Dia pakai baju warna apa?"

"Tak pasti la tadi. Mungkin hitam atau putih. Kalau tak pun kelabu."

"Baiklah. Dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?"

"Kad ATAM memang selalu ada dalam dompet dia, tapi kad kredit tidak pasti pula !"

Polis tersebut menggelengkan kepala.

"Isteri encik keluar dengan kereta persendirian ?"

"Ya encik, dia keluar dengan menggunakan kereta saya, Perodua Myvi. Kereta saya tu berwarna silver, berusia hampir empat tahun 12 Disember nanti. Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sikit. Bahagian dalaman kereta saya berwarna hitam."

"Okey, kalau macam tu kita cari kereta encik dahulu sebelum mencari isteri encik," kata polis menamatkan sessi soal siasat.

MORAL OF THE STORY.
Adakah ada ketikanya material lebih mudah untuk kita terangkan ciri-cirinya secara details berbanding insan yang kita sayangi...

Pulanglah ke rumah dan kenalilah insan-insan yang dekat dengan anda.

Mengenali untuk menyayangi bukan untuk mencari benci....

Renungkanlah Hadis Rasulullah SAW ini...

Aisyah r.a. berkata: “Rasulullah SAW bersabda:

“Sebaik-baik kalian adalah (suami ) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.”

- Hadis Riwayat at-Tirmidzi

Disalin dan diadaptasi semula oleh RP dari Majalah SOLUSI



...............................

ku kopi pes dari FB. sangat menarik untuk dikongsi bersama. =)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers