aku copy cket perenggan terakhir.
...After few minutes kena masuk drip air tu, nurse datang bawak satu botol yang untuk cepatkan bukaan tu. Masuk je air tu dalam badan, aku terus mula rasa sakit. Tengok jam, dah tepat masuk 12 pagi, 4th september. Dah masuk birthday husband...tak dapat nak wish. huhuhu... Masa ni macam nak nangis. Seriously. Tapi aku teringat mak kata, kalau boleh jangan menangis. So aku cepat-cepat tahan dari air mata mengalir. Kalau boleh tanak menangis lagi dah. So aku cuba fokus kat kesakitan tu. Nurse suruh tido, tapi camne laaa nak tdo dengan sakit camtu kan....
aku tengok jam rasa macam lambatnya la bergerak.. bila boleh push nih? hati da makin takut bila kesakitan yang dirasa makin kuat dan kerap. nurse yang asalnya ada lebih 4 orang dalam labour room tu mula keluar sorang demi sorang. akhirnya tinggal la aku sorang-sorang dalam bilik tu... bila air tu masuk dalam badan, sakit yang di rasa tak terkata. masa tu baru la terjawab persoalan.. oh, begini sakit nak beranak.. memang TERAMAT sakit ye! Dari awal sewaktu nak cucuk masukkan drip tu nurse dah warning, kesakitan ni memang kuat dan aku perlu bersedia. nurse kata, sakit nak beranak memang sangat sakit. takdenya tak sakit. tipu lah kalau orang kata tak sakit.. itu nurse yang kata. aku diam saja masa tu..
beberapa minit berlalu. mula-mula, sakitnya aku masih mampu menahan. mulut terkumat kamit membaca ayat-ayat dan zikir yang aku ingat. air selusuh yang mak buatkan pun aku terlupa nak minum. masa ni sunyi sangat. boleh dengar detik jam berbunyi. selepas beberapa minit, aku cuba untuk lelapkan mata. aircond bilik yang sangat sejuk memang buat aku rasa nak menggigil. tak lama kemudian, doktor pelatih datang. katanya nak pecahkan air ketuban.
erk!
hati dah makin takut. Ya Allah, permudahkanlah. doaku ketika itu..
aku nampak doktor tu pegang satu benda yang panjang.. mungkin itu la alat yang digunakan untuk pecahkan air ketubanku. adoi..jangan la sakit sangat. Tapi bila di pecahkan memang tak rasa sakit. cuma tu lah, air keluar bukan main banyak lagi. lega la tak sakit kan..
then, doktor suruh rehat dan sambung tidur.
aku ingat yang ada la terlelap beberapa minit. kalau contraction tu takde, aku boleh la lelap sebentar. pastu bila sakit makin kuat dan kerap, memang tak mampu dah nak lelap. mata duk pandang syiling, pandang jam.. berapa lama lagi ni...
beberapa jam berlalu.. aku mula terdengar orang menjerit di bilik sebelah meneran.
alamak! menyeramkan................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
akan bersambung ke episod seterusnya.. nak layan tahajjud cinta jap!hee