Monday, September 19, 2011

Day 16

pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 16 usia babyku. kejap je kan? tup tup nanti dah besar dah baby 'aisy ni.


petang tadi after zuhur, aku dan mak ke klinik bawak baby 'aisy tuk check kuningnya. Alhamdulillah dah turun banyak. walaupun belum sembuh sepenuhnya tapi aku yakin dalam beberapa hari ni insyaallah akan turun lagi kuningnya..


masa kat hospital dulu sampai 3 ratus lebih tahap kuning dia. Tadi turun dah ke 173.4


Alhamdulillah. syukur sangat-sangat. Doktor pun kata tak yah datang lagi dah untuk test.



macam-macam petua orang bagi untuk turun kuning ni tapi aku rasa semua tak berkesan sehinggalah aku mula bagi susu formula. TERPAKSA. dah abis daya dah. Bila ada saja suggestion yang aku rasa tak bahaya untuk cuba, aku cuba.


Baby 'aisy sangatlah kuat minum susu. Kalau tak bantu dengan susu formula memang dia tak kenyang. Pulak tu dia jenis tak sabar. Kalau menyusu nak kenyang cepat so leh sambung tido cepat. huhu..so nak tanak kena laa campur. Kalau malam saja dia boleh minum susu sampai lebih 5-6 kali. Sekali minum mesti lebih 2oz. huhuhu...


kalau ikutkan aku nak sangat bf sepenuhnya tapi my mom duk pujuk aku jangan sedih sebab tak semua anak sama. anak aku ni sangat kuat menyusu dan dia jenis tak sabar. Nak kenyang cepat. kalau tak sediakan stok susu yang cukup memang kena bantu dengan susu formula.. huhu


siang pulak rajin tido. bangun bila lapar atau ada yang kacau dia tido. Malam sukaaaa bangun tahajjud bak kata mak aku. hehehe..


yang kelakar tu ada waktunya aku tido lena tak sedar diri langsung. Baby 'aisy duk laa merengek nangis. Bukan lapar tapi kesejukan. nasib baik my mom ada sekali. dia laaa yang jaga and pangku baby. aku dah tak sedar diri. hahaha..tak senonoh punya mak la aku nih kan..huhuhu



next week insyaallah nak buat kenduri doa selamat dan cukur jambul si kecil ni. Buat biasa-biasa jek. My mom tanak buat berendoi ke apa tah namanya tu.. hehee.. walaupun aku dah berangan-angan nak buat cenggitu.. hehe..xpelah..tak penting pon..



tak sabar nak tunggu minggu depan sebab papa 'aisy pon cuti lama time tu. heee ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails