Thursday, January 20, 2011

Berita terkejut

kita merancang, Tuhan yang menentukan.


Dalam pada tengah plan nak masuk rumah baru, tiba-tiba dikhabarkan husband kena berpindah. Sebelum ni hanya rumors. Tapi kelmarin dah confirm memang akan transfer. Cuma negeri mana tak pasti lagi. Tadi, bila husband kata kena transfer ke negeri asal beliau, aku tersentak terkedu.



meleleh air mata terus.



mesej my mum. Terus dia call and aku pun makin lebat laaaa hujan turun. sedih sedih. Totally contrast our feeling. Husband of course sangat-sangat seronok dan excited dapat balik kampung sendiri. Tapi aku. entah. Kalau sekarang nak balik dua minggu ke kg aku sekali pun amat payah, apetah lagi kalau aku disana nanti. Mungkin setahun sekali agaknya. *sigh*




FYI, aku memang tak pernah stay jejauh dari family. This is going to be my first time. =(





hmm...aku tak tahu ape lagi yang boleh buat aku jadi semangat. Setiap hari, semangat makin hilang..



sob sob sob

Mawar Buat Suamiku Give away





okay. macam menarik je giveaway yang blog kak epi ni kan. so saja la try masuk. hope jangan muntah-muntah baca entry ni ye. haha


syarat pertama:

....buat entri pasal betapa sayang nye dia kt suami dia.. kalau xde suami.. bleh wat entri pasal.. betapa dia mahukan suami yg macam mana... buat besh2 ye ayat nyer..tak semestinya jiwang.. selamber rock pon layan...~ janji menarik.
.!!


aku belasah je la kak epi ye!

..................


erm, aku kenal suami dalam tempoh yang teramat singkat. Allah gerakkan hati dia untuk pertama kali tegur aku di fb. Aku hanya kenali dia sebagai salah seorang kawan sekampus. Kami tak pernah pun bertegur sapa. Kami memang tak bercinta memadu kasih seperti couple lain. Terus memilih untuk berkahwin. Sibuk dengan urusan perkahwinan dan hal kerjaya buatkan kami sangat kerap bergaduh. Last-last buat hal masing-masing. Alhamdulillah, kami memilih untuk bercinta lepas kahwin. Mengharapkan keberkatan dan keredhaan Ilahi..




Pada mulanya..




aku tak tahu aku sayang dia atau tak. Berapa banyak aku sayang dia. Seluas mana aku sayang dia.




entah.




Suatu hari, aku tidur dan bermimpi ditinggalkan dia. Aku merintih sedih. Merayu agar dia kembali. Sedar dari jaga mata dan bantal basah dek air mata. Sungguh macam real. Jadi ku kira itu petanda yang aku tak sanggup kehilangan dia. Aneh kan? baru seminggu berkenalan tapi sudah ada perasaan sebegitu. Tanya Allah. Aku tak tahu.




Walaupun aku selalu marah dan merajuk dengan suami. dia cool jek. Aku pulak selalu naik hantu sebab sikap dia yang cool sangat tu. gedik gila bini dia nih. ;) Banyak benda dan perkara yang aku tak puas hati tapi aku tak tahu apa cara terbaik untuk beritahu suami melainkan dengan merajuk dan merajuk. Sebab tu je perkara yang aku reti nak buat. haih! Tapi dia sentiasa cuba beri yang terbaik untuk wife dia yang gedik ni.





Antara perkara yang buat aku sebak terharu...




bila dia sanggup beli motor baru untuk pakai ke tempat kerja semata-mata nak bagi aku selesa pakai kereta dia kehulur kehilir. Even walau tengah hujan lebat, sanggup redah naik motor. Sedih tengok suami redah hujan naik motor basah kuyup. Pernah cover news kat genting sempah naik motor skuter dia yang comel tu..sedih aku dengar.





dia sanggup iron baju sendiri bila aku tak suka langsung mengiron baju-baju kerja dia.




bila dia sanggup tolong masak kat dapur kalau aku malas nak masak atau mood tengah merajuk. (Takut kalau aku masak dengan mood yang tak besh, habis ku baling periuk belanga tu kanggg! ;p)




bila dia keluar belikan pizza nak pujuk aku tengah mengamuk stress. huhuhu.. (camne aku nak diet??tiap kali merajuk@marah2 mesti ada pizza..hehe)




bila dia sanggup berlabur dengan belikan macam-macam lens dan gadget untuk kamera aku.. ;((




rasanya tak tersenarai apa perkara yang dia sanggup buat untuk aku. Walau dulu aku agak kerap merajuk, marah, hangin tak tentu pasal dengan dia, semua tu dia boleh terima sampaikan pernah tanya kenapa aku dah lama tak marah-marah dia lagi. (erk!..letih woo nak merajuk marah selalu!)




Walau tak terkata sebanyak mana sayang itu..



Walau tak tergambar seluas mana sayang itu...



Walau tak terukur sejauh mana sayang itu..




Yang pasti, aku sayang dia.




rasa sunyi tanpa dia disisi...



sob sob sob







DONE!





syarat ke dua:

tepek pic anda dan suami @ pasangan anda..




masa outdoor di stesen keretapi arau, perlis.





berjalan-jalan di teluk batik with husband's friends after shoot gambar wedding.





latest pic of us. di cameron highland. muka fake tu. muka real aku masa ni tengah muncung sedepa merajuk. hahaha





DONE!







syarat ke tiga:

sila tepek pic anda juga yer





gambar ni boleh la ye kak epi! hehehe..


DONE!



syarat ke empat:



sertakan link blog mawar buat suamiku di entri anda.. tq!!~






DONE!






...................................................................

meleleh gak laa ayaq mata cek buat entry nih..sob sob sob

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers