Assalamualaikum,
1- kenapa belum lagi puasa tapi ramai orang berpusu-pusu, kecoh sana kecoh sini membuat persiapan menyambut raya?? hmm...
2- orang 'atasan' selalunya tidak dapat rasa 'susah payah' rakyat jelata ni. paling mudah, kalau kita kena bersesak-sesak dengan jalan jam disebabkan sistem lampu traffic dan laluan jalan yang tidak betul. Mereka berdesup laju walaupun jalan sesak, 'pengiring' kan ada?lepas tu kata 'dahulukan rakyat'?? hmm...
3- manusia ni bila orang buat kesilapan sekali sampai mati tak boleh lupa, sejuta kebaikan terus lenyap bila buat satu kesilapan. mana ada manusia yang sempurna. hmm..
4- hidup ni ibarat roda. berpusing. kejap kita diatas, kejap kita dibawah. jangan sesekali mengaibkan orang, nanti kamu pulak diaibkan. Allah 'bayar' cash. Walaupun seseorang itu bersalah, buat silap, bukan kamu yang perlu 'judge' orang itu. Kamu juga manusia. Tapi kita semua selalu lupa tentang hal itu. hmm...
5- ada ibubapa jenis yang suka bangga dengan anak-anak. even perkara kecil yang anak-anak buat, dihebahkan satu kampung sebab bangganya dengan anak-anak. ada pula ibubapa yang suka jaja keburukan anak-anak. salah sikit anak dicanangnya satu dunia. hopefully, aku tidak menjadi kedua-dua jenis 'parent' diatas. biarla kita hargai anak tu tanpa perlu hebohkan pada semua orang. bukan apa, nanti timbul rasa riak dan takbur pulak kan? buruk anak tu kira aib dia. bantu dia untuk perbaiki bukan canangkan pada orang. yang penting, tunjukan pada anak yang kita hargai dia, sayang dia. tunjuk pada orang lain buat apa? betul tak?
selamat hari Isnin! ;)