Tuesday, August 3, 2010

Apa sudah jadi ni labu??

Erk, aku duduk kat Malaysia rasanya. Bukan Amerika. Bukan London. Bukan..Bukan..



Tapi kenapa hari-hari berita yang dahsyat-dahsyat keluar dikaca tv, di helaian surat khabar.


Sungguh mengerikan..



Bayi dibuang sana sini. Budak umur 9 tahun dah kena rogol. Budak sekolah belasah cikgu. Cikgu pun ada belasah budak sekolah. Bunuh orang sana sini. Kalau dulu sorok-sorok bunuh orang. Ini di tengah-tengah jalan pun boleh tembak-tembak. Malaysiakah ini?



Kadang-kadang, bila keluar rumah sorang-sorang dan terpaksa pulang hingga lewat malam hati jadi gusar dengan pelbagai kemungkinan buruk. Mintak dijauhkan.


Malaysiaku sudah tidak selamat.



Manusia sudah tidak malu melakukan maksiat.



Petanda dunia sudah nazak dan tenat.



Kesilapan kami yang tidak pernah beringat.



Ya Allah, ampunkan dosa kami semua.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers