Saturday, June 2, 2012

Random thoughts (v.1)

Assalamualaikum..


1- Banyak perkara yang berlaku diluar jangkaan kita. kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya.      He is the best Planner. 

2- Bila seseorang berada dalam keadaan negative, sebagai contoh berduka hiba, sedih, menangis, dan sebagainya..perkataan yang tak boleh diucapkan pada orang tersebut ialah 'sabar'. agak-agak kalau kita tengah marah atau sedih, bila cakap sabar boleh redakan emosinya? makin membuak-buak lagi ada lah kan?ibarat menuang petrol pada api sedang marak. 

3- Selalu orang kata, 'aku tak hipokrit, aku tak suka hipokrit, inilah diri aku yang sebenarnya..'- betul ke kita tak hipokrit?hipokrit tu berpura-pura kan?cuba fikir balik, ada waktunya memang kita semua hipokrit kan?ada waktunya kita memang perlu hipokrit..sebagai contoh, katakan kita tak puas hati dengan boss, adakah kita boleh terus hambur marah lepas rasa ikut suka hati kat boss?mesti kita terpaksa senyum sengih macam kerang busuk (apalah salah kerang pulak nih) depan boss walaupun dia maki kita ikut suka ja kan? terpaksa lah hipokrit..sama juga dengan situasi lain. Dalam hidup, kita memang perlu bersikap sebegitu..untuk apa?mengajar diri jadi lebih sabar. dapat mengelakkan pergaduhan dan perselisihan faham. 

kadang-kadang kata BFF lah kan?cuba kalau sound direct kat kawan tu, 'ko nih buruk la pakai baju ketat-ketat macam sarung nangka..lemak lipat sana sini..'-agak-agak dia sentap tak? jadi lagi ke BFF tuh? nak cakap boring la dengar kawan ni membebel benda yang samaaaa jek. tak habis-habis. jadi kenalah hipokrit tahan telinga walaupun dalam hati rasa nak bagi pelempaaang je kan kan? ;)

4- Ada orang jenis, 'go with the flow'. Bagi aku, ada waktunya kita kena rancang juga. aku lebih suka sesuatu yang teratur. Kalau tak ikut rancangan takpe, tapi at least ada sesuatu yang guide kita. contoh, katakan nak pergi bercuti, aku lebih suka kalau sebelum bercuti tu, buat survey hotel secara online..kalau ok boleh book terus. then, plan ape nak buat, nak pergi mana. tu sebagai contoh lah... 


5- suka tengok orang yang ada prinsip dan pendirian hidup yang kuat. prinsip yang baik la maksud aku. 

6- lately ni isu yang banyak aku dan orang disekelilingku cakap tentang 'retirement'. aktiviti yang dilakukan after bersara. aku suka sembang dengan orang 'senior' nih. hehe..kebanyakan mereka ada rancangan apa yang nak dilakukan selepas bersara. ada yang bagus, ada yang kureng sikitlah. sebenarnya isu retirement ni pernah nak jadi topic thesisku dulu. sebab aku tengok my parents yang sentiasa padat dengan aktiviti untuk memenuhi masa lapang mereka. i guess, will talk about this in separate entry. panjang nak cerita.. ;)

7- kadang-kadang kita rasa tak suka dengan sesuatu benda tu sebab persepsi kita sendiri, ada yang kita dah cuba dan rasa tak suka dan terus tanak cuba lagi. sebagai contoh, dulu aku makan shushi rasa tak sedap langsung siap muntah wek weeekkk lagi. haha..now dah boleh makan lah. kelmarin siap buat shushi sendiri lagik! nyum nyum. hehe..my mom tak suka makan nugget, hot dog bla bla..tapi pagi tadi, dia try makan nugget kata sedap pulak. hehehe... cuba fikir apa benda yang kita tak suka, bila dah cuba lagi terus jadi suka. ;)


oklah. anak dah bangun. boring sebenarnya nih! 






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers