Tuesday, September 13, 2011

new semester

start semalam, semester baru sudah bermula. kawan-kawan sekuliah masing-masing teruja memulakan semester baru. Aku dah defer so memang tak ke kelas la kan. hehe..




lama sungguh cuti ni tak tahu la camne keadaan aku nanti bila mula. Insyaallah tahun depan bulan 2 kot baru mula sambung balik. surely otak dah bertepu karat. huhu..jenuh nak kena asah nanti. Apa pun aku berharap semuanya dipermudahkan untuk aku nanti..ameen. Tengok! aku tengah cuti pon bleh risau fikir pasal kelas lagik. hapa daa..




update cket pasal me and baby.




aku tak berapa sihat pulak hari ni. Semalam dah mula rasa lain macam dengan tekak ni. Makin perit. Makin banyak air suam aku minum makin perit pulak tekak. Tapi takkan la plak nak minum air sejuk kan.. agaknya panas dalam kot. Aku ni memang spesis tak leh kurang air sikit pun.. huhu.. jap lagi suara aku ilang la agaknya. ni nak cakap pon cam susah dah. huhu..




baby tengah lena tido. kuningnya naik lagi buat kesekian kalinya lagi. sedih dah tak terkata. risaunya dah tak terluah. Macam-macam cara aku cuba buat tapi masih belum berkesan. Esok amik darah lagi. hopefully turun laaa...sian my baby. huhuhu..



hmm..okaylah. pray for me and baby k!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails