Thursday, July 28, 2011

jimmy oh jimmy

sebab aku ada buat entry pasal dia sebelum ni , so nak update sikit la. huhu.. ternampak kat cover paper HarianMetro pasal wife Jimmy buat pendedahan tentang punca sebenar keretakan hubungan mereka..baru bape hari kahwin, dah kena tampar. sian sian... nak didik isteri bukan mudah, nak lembutkan hati suami bukan senang. Kalau tampar, pukul tu cara nak mendidik, siapa yang boleh terima? Masing-masing ada salah dan silap kan? kena belajar terima kelemahan dan keburukan pasangan. Cari cara yang berhemah nak betulkan mana yang tak kena..


huhu...marriage is not easy dude.


kalau aku pun jadi marah bila dah kena tampar. Baru je beberapa hari kahwin kan?? tapi respect jugak kat wife dia ni sebab selama ni dia duk kunci mulut senyap je tak defend diri ke apa walaupun mak dia sendiri marah dan back up si Jimmy nih. Mungkin ada silap wifenya. Dua-dua mesti ada salah punya. Entahlah, aku tak berpihak mana-mana. Sebab apa pun yang terjadi hanya mereka berdua saja yang tahu...Cuba ambik pengajaran dari kisah mereka berdua nih..


Aku terbaca kata-kata ni kat twitter..


"Discuss your relationship issues only with who you're in the relationship with. Stop including third party opinions.."


Bila dah banyak pihak masuk campur, maka nak jernihkan yang keruh memang susah. Makin berkeruh-keruh la jadinya. (bahasa apakah ini ez oi??)

sian kat Zahrah Shanley yang comel tu masih tak tahu apa-apa. Bila dah macam ni, masing-masing akan cuba pertahankan hak masing-masing. Anak juga yang jadi mangsa...kan?

Bila dah kecoh satu Malaya. Aib sendiri terbuka, sapa juga yang malu...

Nak baca kisah selanjutnya klik web beautifulnara nih.


Kalau boleh tak yah la cerai-cerai. Sian kat anak... huhuhu

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails