Thursday, July 21, 2011

me @ 31 weeks



aku sebenarnya confuse bila orang tanya..



eh, dah bape bulan ek sekarang?



sebab style sekarang ni tak pakai bulan-bulan. Kira ikut minggu @ weeks. So aku pun pening camne nak tukar dari minggu ke bulan pulak. yelah, orang tua tanya jenuh la nak paham bape minggu tu sama dengan bapa bulan..ye dok?


so aku pun menggoogle dan terjumpa laman web ni. so dah senang sikit nak terangkan kat orang. hehe..

nak senang kira camni laa..


40 weeks = 9 months + 1 week ¦ 4.4 weeks = 1 month











so sekarang ni aku dah masuk bulan ke 8 la. 31 weeks. hehehe..just told husband yang perut aku makin besarr..huhuhu..makin gemok...makin.................. hehehe..well, dah pregnant kan? tak kan makin slim and kurus lak?? haha



me at 31 weeks. meh nak story cket. buat kenangan kat anak aku nanti. hehe..


ok. sekarang ni kaki aku memang tengah bengkak cam kaki gajah. biasanya akan surut after long journey. yelah, aritu kan balik dari perlis. ni dah dekat seminggu tapi tak surut-surut jugak! huhuhu..pastu malas plak nak sapu minyak ke ape. sebenarnya nak gedik-gedik orang sapukan..


huhuhu



bab makan, macam makin teruk jek. kalau bleh 24jam nak mengunyaaahhh. tak bleh lapar sikit pun. terus wek wekkkk. kat meja tepi katil mesti ada stok makanan tuk aku mengunyah dikala tengah malam. kadang-kadang tak sempat tengah malam. baru 30minit dinner perut dah kruk krak lapo..aduh..


pastu, duk asyik makan jambu. minum air jambu. suma gara-gara pokok jambu merah tengah bebuah lebat. nyum nyum..mak aku la nih..ari-ari dibuatkan aku air jambu...tapi sedap dan senang aku ke toilet ari-ari..hehehe..tq mak.hehe


lagi satu info yang aku baca, ibu-ibu yang mengandung ni tak elok makan betik banyak-banyak. kalau sembelit try makan buah lain ye. aku dapat tau betik tak elok makan banyak nanti anak jaundice teruk. nasib baik aku tak suka betik ;)


elok minum air kelapa tuk kulit baby bersih. jenuh aku suh adik-adik aku ambikkan kelapa pandan muda kat sebelah umah ni. sampai sekarang tak diambikkan...hish! bila abah ambikkan tuk aku...depa pulak yang sebat air kelapa tu..hampeh hampeh


oh lagi satu...bukan takat kaki aku mengembang cam gajah, tangan dan jari-jari memang kembang jugak. suma cincin yang aku ada tak muat walaupun dulu cincin cincin tu suma longgar. huhuhu...too fat too faaattttt!!!



sejak pregnant ni aku suka makan limau sunkist tu..nyumnyum..sedap sampai jilat jari lah! tapi tanak yang masam-masam sangat. sikit-sikit masam oklah..hehe..


aku tak bape suka masam-masam..



oklah..tu je yang aku nak citer.



hutang cite pengalaman tengok bola live tu tak sempat buat lagi. next entry ye! hehe..lama-lama peram tak best dah nak cite kan?? :D






3 comments:

Lilmai said...

same wit me suke mkn oren sunkis yg besar2 n manis sahaja. demand giler... hehehe... skrg tgh gile mkn kacang pistacio n buah apricot kering balik... senang gak time buang air... kecian laki aku, bini time preggy hi maintanance...

Lilmai said...

huk aloh skrg ni aku dah 8 bulan lebih lah. igtkan mmgu dpn br 8 bln. mak amer punyalah bising kalu genap 8 bulan takle asyik kuar jenjalan je takut terberanak nnti susah ape tah tp dah selamat dah :)

~ez~ said...

kacang pistacio tu aku abis makan sorang ms kat perlis. ni igt nk pesan lagi..sedap. biasala time pregnant la nk demand lebih lebih..dah kita mengandung kan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails