Saturday, July 23, 2011

bola oh bola



just finish watching Malaysia vs Singapore, 3-5 hasilnya. during the first half time tu aku tak tengok pun. nasib baik. kalau tak mau stress emo emo hentak haki kepala suma.. hehehe


kalau tengok masa husband takde cenggitu la aku. emo je jadiknya sebab tu tak suka nak tengok bola. Kalau menang syok la..kalau kalah..aku lak jadi stress. haha..


Actually, aku memang tak suka dan tak pernah suka nak tengok bola. Masa sekolah dulu ada la..team selangor tengah gah masa tu dengan Azman Adnan suma..so selalu la layan. Syok sebab bila goal boleh jerit jerit. Sejak habisnya kegemilangan team selangor tu, aku dah tak minat nak layan bola. memang jaaaarang sangat tengok bola sampai habis. selalunya tido je la depan tv tu.


sejak kahwin dengan peminat tegar bola ni....aku jadi minat la nak layan. Baru beberapa minggu kawen dah keluar ke mamak teman husband tengok bola. Masa tu lagi la tengah world cup. hehe..memang berkunjung ke mamak jela teman husband tengok. masa tu umah kami takde astro lagik.



then, kemuncaknya bila husband ajak teman tengok Malaysia vs Liverpool. His favourite team. hehe...memula tu cam tak rasa ape la..tapi bila dah dekat dengan stadium tu aku jadi cuak pulak. ramainyaaaaaaa orang???



dah la tengah mengandung 8 bulan kot. hehehe..risau gak kalau kena panjat tangga tinggi ke..jalan jauh sangat ke..tapi sumanya okay.. tak panas sangat pun sebab angin agak kuat time tu...walaupun kami tiba stadium dengan agak lambat masa tu, masih dapat tempat duduk. legaa...


itu pengalaman pertama aku tengok bola live kat stadium. so bila dah kat situ mata aku melilau tengok sana sini. Tau-tau je dah goal!!! haha



Masa kat stadium tu baby senyap jek. takde gerak langsung. husband kata maybe dia takut kot dengar bunyi bising-bising. Tapi biasanya anak aku ni kalau aku aktif, dia memang senyap. Kalau aku senyap, dia jadi sangat aktif. huhuhuhu...



walaupun husband penyokong liverpool tapi bila team tu goal dia takde pun nak sorak..muka sedih plak. hahaha..yelah, baju pakai liverpool, hati tetap sokong malaysia.. ye tak?? tapi bila goal tu memang seronok laaa...memasing semangat sokong malaysia walaupun pakai baju liverpool.



biasanya kalau tengok bola dengan husband aku senyap jek. bising sikit-sikit jek kalau tak leh kawal. haha..tapi kalau tengok kat rumah dengan adik-adik or dengan abah, mulut aku tak henti-henti mengomel. kalau goal siap jejerit lagi..hahaha...



control ayu la depan husband beb. :D



masa tengok Malaysia vs Chelsea, aku layan dengan abah berdua jek. My mom dah tido. dia memang lagi emo kalau tengok bola banding aku. hahaha..so better dia tido. kihkih. abah pon not bad gak. banyak dia tau...


abah, ni sapa nih??tak kenal pon player ni??keeper mana nih??


ohh..ni keeper ke 3 nih...


ni team lagi satu. team olimpik ni..sebab tu muka suma lain-lain..


terer abah..ramai pemain dia kenal. hehehe..anak-anak dia suma kaki bola.




bagi aku sonok tengok bola ni kalau tengok reramai...meriah. memang syok! kalau tengok sorang-sorang kureng laaa...ko meroyan laa sorang-sorang. hahaha..


aku rasa anak aku pon ni jadi kaki bola gak macam daddynya nih..



hehehe..







0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails