Tuesday, July 26, 2011

Pengalaman di wad bersalin

lama betul bertangguh entri ni. ok. hari ni aku cuba cerita kan sedikit sebanyak pengalaman hampir 9 hari kena tahan di wad bersalin, hospital Tanjong Karang.


Seumur hidup, aku tak pernah kena duduk wad. Seingat aku memang tak pernah sejak dari kecil. Bila mendapat perkhabaran tentang kehamilan aku seawal 5 minggu, aku mula jatuh sakit. Badan jadi makin lemah dan lembik. Takde semangat dan tenaga. Seharian rasa nak terlantar baring je. Makan pun macam tak berapa lalu sangat. Especially yang aku masak.



Masuk ke 7-8 minggu keadaan makin teruk. Aku muntah-muntah. Kadang-kadang perut macam gunung berapi nak meletus. Kalau tak muntah aku tak lega. Tapi lega kejap. After 30 minutes up to 1 hour aku akan muntah balik. itu la rutin harian. Sehingga ke subuh. Memang aku tidur kat ruang tamu je senang nak muntah tanpa ganggu husband. huhu...lembik lembik..



Bila balik kampung aku, pun begitu keadaannya. Mak panggil tukang urut untuk urut sikit-sikit badan aku ni bagi bertenaga balik. Tapi after 1-2days, aku muntah-muntah balik. Bila ikut mak abah balik ke Muar, untuk berubat syifa', itu kemuncak nya. Aku kerap muntah dalam kereta. Last-last bila on the way balik rumah, mak suruh singgah hospital. Tengok aku dah lembik habis.


Masa tu dah tengah malam. 12 lebih. Masuk kecemasan, HA suh buang air tuk test urine. Dan aku disuruh baring dan cucuk tuk masuk air. Itu la pertama kali aku kena cucuk untuk drip. Nak tunggu result tu pun lambat, around 2-3 hours. Mak setia menunggu kat kecemasan tu. Abah suma dah balik rumah dulu. huhu..sian mak. Mula-mula aku tak boleh nak lena langsung kat katil tu sebab rasa macam nak pitam. Lama-lama baru ok. Dalam 3 pagi, result keluar dan aku kena masuk wad. Aku tak ingat apa HA tu cakap tapi ada something dalam urine tu yang menunjukkan aku mabuk teruk. huhu..



Masuk wad, nurse suruh tukar baju. Baju pink gitu. hehe..Mak pun terus balik rumah. Letih dah.



Masa tu tak ramai orang pun dalam wad bersalin tu. Aku memula pelik jugak kenapa masuk wad bersalin sedangkan tak bersalin lagi. Nurse kata memang dah diasingkan dari pesakit biasa. Sebab yang bersalin pun tak ramai.



Mula-mula sebelah katil aku takde sapa pun. ada 4 katil, suma kosong. Aku tepi sekali. Sebelah bilik air. Masa ni memang tak selesa langsung. Duk fikir, camne nak tido nih. Sudahnya sampai ke siang tak tidur tidur..


Pepagi nurse dah kejut tuk subuh. Kena mandi terus. huhuhu...seksa betul beb. Dengan tangan berdrip suma..aku kena tolak batang besi yang sangkut air drip tu ke bilik air. Sekali tu aku jatuh kedebuk. huhu..sebab susah nak tolak. Bila aku cabut botol tu dari penyangkutnya, nurse marah-marah perli aku sebab bila cabut, darah akan keluar dari tempat cucuk tu dan tersumbat la kan.. pastu aku sound balik..

"dah aku jatuh tergelincir, kalau aku gugur sapa nak tanggungjawab?? benda tu susah nak tolak. lain kali bagi batang besi yang senang nak ditolak.."


aku memang pantang orang nak sound-sound tak tentu arah ni. especially staff hospital. memang senang je mulut aku nak balas. bukan orang sengaja nak sakit dan duk kat wad ni kan?? sapa suka?? berbudi bahasa pun payah.



orang kata kalau masuk wad, bleh la berehat kan?



oh tidak tidak.



bila masa nak berehat?? dah la keliling ada pesakit lain. Pastu doktor or nurse akan selalu datang check. Macam aku 24 jam memang akan di pantau. Sebab aku demam teruk. suhu paling tinggi sampai 40. Dr siap suspek aku H1N1, tibi, tah hape-hape lagi. My dad marah betul. dia kata nak suspek tu lantak la keje depa tapi tak yah la nak cakap dengan pesakit kalau tak sure. huhuhu..psycho betol..



Aku memang tak leh nak tdo lena. Malam asyik demam. Batuk macam nak keluar isi perut.. teruk condition aku time tu. huhu..Siang jelah boleh tdo kalau bukan waktu melawat. Kalau time melawat abis bising ramai orang..susah..



Bila aku di suspek H1N1, aku terus dipindahkan dan diasingkan ke satu bilik. Memang aku sorang je dalam tu. Keluar pun kena pakai mask. Sapa nak melawat pun kena pakai. Time ni agak ok sebab aku selesa sorang-sorang. Tapi aku tak caya pun aku H1N1. Hanya sebab aku demam suhu tinggi.



Bab makanan memang la hancus. Tak selera langsung. Tapi sebab lapar, makanya tiap kali time makan, aku akan cuba makan sehabis mungkin. Pastu, tuk sarapan aku request nasi lemak kat mak, sebab cam tak kenyang makan roti. huhuhu..



Masa 9 hari tu, aku kira berpuluh botol air dimasukkan dalam badan aku. Tapi tak gak baik-baik. Cuma aku dah tak kerap muntah la. Kalau diorang bagi ubat memang aku muntah. Yang aku bleh makan cuma panadol. itu pun aku tak nak makan sangat melainkan demam teruk..


Tangan aku ni da belubang sana sini kena cucuk. Tuk drip tu aku rasa 10kali kena cucuk. Kejap tukar sini. kejap tukar sana. Sebab bila tangan aku dah lebam bengkak, kena tukar. huhu..plus, diorang ambik banyak sangat darah aku tuk test itu ini. dah kena suspek macam-macam kan? aku ni plak susah nak cucuk tuk amik darah. Urat kedalam. memang payah. so nak ambik darah tu kena cucuk 3-4 tempat sekali ambik. so bayangkan la camne...



Yang paling sedih tu, masa aku masuk spital tu la husband kena transfer keje ke perlis. huhu.. sedih sedih. Masa nak berpisah tu dia datang jumpa aku kat spital. Memula ok tak nangis tak sedih. Pas dia buat ayat sedih, abis berjurai air mata aku. huahuahua..



Masuk hari ke 8/9 aku tak ingat. kena jumpa dr pakar dari hospital sg buloh. Scan baby suma ok. Dr kata aku ok. cuma mabuk teruk. dan kurang air. so aku cakap kat dr yang aku nak balik. Dah tak larat nak duk spital. Aku tak rasa makin baik pun..



Lagi pun aku stress ingat banyak kelas kena ponteng. Lecturer pulak ada yang tuduh aku sengaja tanak datang. hape la kan??



Lepas keluar hospital, aku masih muntah tapi tak teruk sangat macam sebelum ni. Kalau lambat makan, atau angin banyak memang aku muntah. sampai sekarang pun. Kalau puasa memang rasa nak muntah je. huhu..Mengandung ni memang mencabar sangat tuk aku. huhu..emosi sakit, physical pun sakit.


apa pun ini semua pengalaman berharga tuk aku. Kalau di kenang balik memang tak sanggup nak masuk spital lagi. Tapi nak bersalin nanti kena masuk jugak kan? hehehe..semoga semuanya dipermudahkan Allah..ameen..





2 comments:

Mrs Hakim said...

ALA IZY...CIANNYE... HOPE SEMUA OK YE..

~ez~ said...

insyaallah...ameen..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails