Sunday, July 31, 2011

Ahlan wasahlan ya ramadhan


(pic from google)

Selamat datang wahai ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Bersyukur masih dipanjangkan umur untuk menikmati ganjaran dan nikmat dibulan mulia ini..


Insyaallah, aku akan cuba berpuasa seperti biasa. kalau muntah-muntah, mungkin terpaksa batalkan puasa. ;(


Setiap kali puasa, sahur tu satu kemestian. Especially kalau dengan parents. Time duduk sendiri, kadang-kadang tak terbangun. huhu..


Sahur mesti makan nasi dan lauk-lauk yang ringkas. Biasanya mak akan masak awal, kalau yang sangat simple boleh je masak on the spot. Berbuka pula, kalau ramai-ramai memang seronok..biasanya mak akan tanya anak-anak nak makan ape. Kami jarang berbuka makan nasi berlauk. Menu macam mee goreng, bubur lambok, nasi tomato, nasi ayam, mee kari antara menu berbuka kami. Suka masak something yang a lil bit special la.. kalau tak ramai orang yang ada, makan simple-simple je..


apa pun, diharapkan bersederhana dalam berbuka. Manusia ni kalau lapar, nafsu nya melebih-lebih. Sama-sama kita rebut pahala dan ganjaran di bulan mulia ini.




(pic from google)


Sebelum terlupa, dengan seikhlas hati, untuk segala salah silap, segala kelemahan dan kekurangan saya yang telah menyakitkan hati sesiapa, mohon ampun dan maaf....

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails