Wednesday, June 29, 2011

sebulan lagi sebelum ramadhan menjelma

apa persiapan kalian menyambut ramadhan yang tak lama lagi bakal tiba?



yang utama, sudahkah habis mengganti puasa??



mana yang belum tu cecepat laaa ganti ye..(including me! hee..). Nanti kalau tunggu last minit kang tetiba datang pulak incik bulan kang susah.. ;)



bulan ramadhan ni kandungan aku cecah lapan bulan..harap-harap ada lah kekuatan untuk berpuasa penuh..sekarang ni pun kalau puasa rasa macam takde tenaga langsung! silap-silap boleh muntah..kalau lambat makan je memang 'angin' menyerang dan buatkan aku terus keluarkan isi perut..seksaaa....... huhu



oklaah, semoga kita semua berebut mengambil peluang menambahkan kebaikan dan pahala yang berganda-ganda di bulan ramadhan nanti, insyaallah!

Monday, June 27, 2011

shopping list for baby and mommy


Satu ape pun aku tak beli lagi tuk persiapan sambut baby nanti. Husband cuma dapat beli dua helai baju tuk baby. itu pun bukan tuk newborn. Katanya tak banyak pilihan.. :)


Pening jugak kalau nak beli sekali gus. Ada yang suh shopping last minute or tunggu dah 8 bulan baru start beli tapi aku rasa 8 bulan tu sure aku tak kuat sangat nak berjalan. Plus time 8 bulan tu tengah puasa..dibuatnya baby nak keluar time tu..ishhh..


Kalau ikutkan besar jugak bajet tuk keperluan baby and mommy nih..beriban-riban. Sebab tu aku menggelabah puyuh bila satu ape pun tak beli. Kalau boleh tanak beli sekali gus. Nanti sian kat husband lak kan..kalau duit aku sure tadak hal. hehe


kesemua list aku dah siap tulis kat dalam hp. senang nanti bila nak shopping..Tang jamu rasanya tak perlu risau sebab my grandmother memang buat jamu, pilis suma tu. so senang. Part pantang rasanya aku tak perlu risau sebab mak memang banyak pantang larang dia.hehehe..so senang lah.


ini list yang aku buat..kalau ada yang kurang atau tak kena pls inform me ye..

BABY's
-baby clothes: romper,bodysuit,pants-newborn
-cloth diapers
-mittens+booties+hat
-handkerchief
-receiving blanket
-towel
-kain lampin
-kain bedung
-barut baby
-selimut
-set tilam
-mosquito net
-changing mat
-botol susu dan pembersih botol
-kapas muka
-sikat lembut
-puting getah
-set mandi (travel pack- nk try tgk baby sesuai ke tak..)
-baby cot
-dettol
-nail clipper 4 baby
-krim lampin
-pembersih hidung
-minyak telon/minyak yuyi
-stroller, car seat
-baby sling


MOMMY's:
-set jamu
-bengkung
-tungku for mommy n baby too
-breastpump
-nursing bra
-maternity pad
-stokin tebal

fuhhh!!! banyaakkknyaaa..tu pun rasa macam ada lagi kot yang kurang. hehehe...


Sunday, June 26, 2011

Congrats to Jimmy Shanley and wifey

wahh...cam blog gossip artis pulak kan tetiba nak citer pasal artis nih. hehe..tak tak.. ni nak share benda baik..


Just now tertengok kat Astro Awani, rancangan Gala ke ape tah not sure. Jimmy dukung babynya.. Alhamdulillah....syukur! menangis terharu si Jimmy tu. Rasanya satu Malaysia tahu pasal masalah rumah tangga mereka kan? sian juga. Tak back up mana-mana pihak. Cuma memang berharap takde la sampai cerai-berai..huhu.. alhamdulillah, dah selamat terima baby girl. Kalau tak silap nama baby tu zahrah shanley. ada tulis kat tv tadi. tapi mata ai ni rabun so cam nampak tak nampak sangat..hehehe..rasanya betul la tu..


apa pun congrats..semoga semuanya aman-aman saja lepas ni... insyaallah.. :)


.............................................

lupa laakk nk snap photo masa dia duk dukung baby sambil nangis tu..sedih lak tengok.. sob sob sob

Menu for supper!

Perut ber kreok kreok mintak diisi. Jam menunjukkan dah pukul 1pagi. Em..try tido lah. Golek sana golek sini mata tak leh lelap. Teringat ingat bubur nasi. Tekak tetiba teringin makan bubur nasi lak. Pepagi buta lak tu!

So haruslah bangunkan diri ke dapur. Amik periuk kecik dan start buat bubur. Actually,satu family aku suka makan bubur.kadang-kadang masak bubur tuk lunch or breakfast or tuk dinner. Kalau time puasa suka makan bubur lambok lak.. :)

Bubur nasi yg aku selalu buat simple je..buh halia n garam..pastu letak sesayur yg ada. Biasanya carrot,kentang,bunga kobis dan batang saleri. Sayur2 ni mmg sentiasa ada dalam peti ais..tak lupa juga ayam @ daging cincang. Yang aku buat ni aku letak udang sbb nk cepat defrost. Ayam suma tu kan lambat..hehe..

Pastu tunggu sampai jd bubur! Goreng ikan bilis n buh laa sambal kicaappp..wallaaaa!!! Sedaaapppp.. ;) hehe..ok saya nak makan dulu.. Heee
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, June 25, 2011

Maharaja Lawak

rasanya ramai yang layan Maharaja Lawak ni berbanding dengan Raja Lawak. Yelah, yang masuk tu adalah finalist Raja Lawak musim-musim yang lepas. Actually, aku bukan la peminat atau penontok Raja Lawak sebelum nih. Tak pernah pun tengok show tu dari musim pertama sampai la musim sekarang. Adik aku suka layan but aku tak suka. Entah kenapa laa..aku rasa macam tak lawak pun diorang ni. hehe..


Then, bila mula Maharaja Lawak, aku pun tak menonton sangat. Adalah bukak sesekali tapi macam tak best jek. Mungkin bila aku bukak tu tengah peserta yang tak hebat macam JOZAN, SEPAH, NABIL. Ataupun masa episod awal-awal tu mereka tak berapa hebat sangat..entah.


Bila ML di tukar ke channel warna yang memerlukan melanggan pakej Mustika, memang laaa aku tak tengok langsung. Pakej tu pulak tak best mana pun. Memang my dad tak langgan la. Husband duk asyik tanya tak layan ke..sonok dia kata..aku tak heran pun masa tu. hehehe..


bila balik perlis, umah MIL memang ada pakej tu dan diorang suma suka layan. So aku pun jadi terjebak sama... tetiap kali show mesti nak tengok. Kalau dah tengok pun mesti nak tengok lagi. haha..masa aku mula tengok tu dah minggu ke 4 atau 5 rasanya. Masa tu Jambu memang kelakar habis laaa..senak woo perut aku gelak.. hehe


Tapi bila makin lama, Jambu dah macam jemu pulak tengok lawaknya. Kurang menjadi la...sepah makin menjadi-jadi pulak menggeletek perut aku. Jozan pun sama..hehe..antara dua tu aku suka la..Nabil pulak aku kesian tengok sebab susah peserta solo nak compete dengan kumpulan kalau tak betul-betul hebat..


Honestly, aku rasa sebenarnya susah nak buat orang gelak. takut nanti jadi macam memperbodohkan diri sendiri. Macam peserta amir. aduhai..stress aku tengok mamat sorang ni tau. bila tengok ulangan Raja Lawak dimana dia jadi finalist pun aku rasa macam pelik je dia nih..hishh..tapi bertahan lama tu.... tak paham tak pahammmmm


final malam tadi tak dapat tengok pun sebab kan ada kat kampung aku. kat sini memang tak langgan pakej tu. Abah kata tak yah la langgan just nak tengok final..hehe..so aku pun ok jelah. nanti tengok je kat youtube or kat perlis nanti. sure ada ulangan banyak kali..hehe


Bila tengok kat youtube, aku suka sepah dan jozan kurang mengancam lak performance diorang. so memang patut pun Sepah menang..hehe..si shuib tak habis-habis dengan dafi..hehe..


takpelah, yang penting dah habis pun. so takde la nak gegelak lagi tiap jumaat malam.hehehe..


ni review aku jek. tok sah emo kalau tak setuju.. :) hehe








yang lelain cari la sendiri kat youtube ye..hehehe




hahaha..aku suka time nih..kelakar habis. hahahaha..



............................................................................

baru nak suruh my mom layan benda nih. hope buleh laa buat dia gegelak ..huhu

Trip to Bandung n Jakarta

ish...aku ingatkan dah buat entry pasal trip aku kebandung awal tahun lepas. check punya check macam takde pulak. aiseh! dah lama kot. haha..ni sebab husband kat bandung la aku baru teringat dah citer ke belum trip kesana tu..



rasanya sekarang ni, bandung dan jakarta tu tempat yang boleh dikatakan ramai orang dah pergi. kalau nak bercuti dan bershopping mesti orang pilih kesana. aku dapat peluang kesana pun sebab abang ajak dan nak sponsor. Naik MAS masa tu. tak la mahal mana..rasanya pergi balik dalam 4 ratus kot. Kalau tak silap aku lah..




pergi dalam 4-5 hari rasanya. kami ke Jakarta dulu. tidur sana dalam dua hari rasanya. bershopping katTanah Abang..puhh..memang syokk. hehe..hotel yang abang aku pilih pun best. apa ek namanya dah lupa. tapi more like macam apartment. ada tiga bilik lain dalam tu..plus ada living area and kitchen. memang best!


then, kami ke bandung naik van. lama juga perjalanan kesana. Dalam 4jam la lebih kurang. Masa kat bandung aku tak shopping sangat sebab duit dah kehabisan beli baju kahwin kat jakarta. sob sob sob. but aku sempat laa rembat satu sweater yang panjang kat sana. hehe..paw duit adik. memang ralat betul...pegi sana WAJIB bawak banyak duit ye. haha..



tempat yang biasa orang pegi kalau kat bandung ni Tangkuban Parahu. Bekas kawasan gunung berapi yang dah tak aktif. busuknya kawasan tu..bau asid ke apa tah aku pun tak tahu. tapi pemandangan memang cantik. dan agak sejuk bagi aku yang tak pernah lagi rasa winter kat obersi..hehehe


rasanya dah tak ingat sangat kalau nak cerita panjang. apa-apa pun kita layan gambar jelah ye..







kat shopping complex ape tah..dekat je dengan hotel. jalan kaki.



ni laa hotel kami menginap kat jakarta. memang sangat puas hati..


pak arab dok menggodek godek dapur

ruang tamu dan meja makan..

kami saja try makan tepi jalan. nasi kambing. not bad la..sedap. kalau nak kesini lagi memang tak ingat. ni kawan abang aku ikut sama jadi tourist guide so dia la bawak ke tempat-tempat pelik nih..


mak and abah tengah usha mamat tu goreng nasi sampai tinggi camtu..kagum!!

sorry letak gambar tak clear lak.huhuhu

ni masa lunch kat Pasar Tanah Abang. Nasi ayam percik ni memang sedaaappp!!

apa nama menatang ni??lupa daaa..


kat bandung, kami makan nasi padang tuk lunch. sedaapp..aku suka daging salai. nyum nyum


malamnya try makan makanan sunda. tapi bagi aku tak kick la. tak sedap macam nasi padang.


then lokasi wajib pergi, tangkuban parahu


cantik pemandangan kat sini...


banyak jual cenderamata, baju sejuk dan macam-macam. peristiwa yang aku ingat kat sini...beli banyak gila strawberry. sebab rasanya manis. aku makan banyak gila strawberry tu. haha..rupanya di taruk air gula. sama ada dispray or direndam aku tak pasti. haha..sebab bila makan kat hotel, jadi masam balik. cisshh!


kami tubuhkan band baru..kihkihkih




oh oh oh..aku kurus masa pegi sini. jauh ibarat langit dengan bumi nak dibandingkan dengan sekarang. huaaa!!!


me and my mom. and...err, tourist guide


lepak-lepak hirup udara gas busuk. hehe



pak arab tengah frust ingat awek dia dicurik pak arab lain kat mesir.. ;)


alamak..terpilih gambar tak clear lak. soryy..malas nak edit balik.hehe


banyak jual baju sejuk. my mom sempat rembat satu. murah jek!


ni masa on the way nak naik ke tangkuban parahu tu..banyak kebun sayur dan buah-buahan..


ni last shopping kat pasar baru. kat sini banyak makanan jelah. macam kerepek, kuih muih..



lagi satu, kat sana famous dengan jus alpukat. just aprikot. perghh..geraammm je tengok aprikot dia besar-besar. murah jugaklah..sempat beli sekilo lebih tuk bawak balik. rasa jus tu bagi aku tak berapa la..pekat betul..tapi lama-lama minum ok jek.. :)



panjang entry nih..hehe..


tengah rajin la katakan..





Friday, June 24, 2011

kaki gajah

well, memang orang kata biasanya time mengandung kaki akan membengkak. aku dah alami perkara tu. pertama kali waktu balik ke perlis. sebelum balik tu sibuk seharian dengan shooting outdoor. malam tu terus gerak balik. makanya kaki jadi seperti kaki gajah! besar betol..dah la kaki aku memang panjang dan besar..huhuhu...


sekarang ni pun kaki tengah bengkak. mungkin sebab perjalanan jauh agaknya..so aku memang tak kemana pun since berada kat kg aku nih. cadang nak ke upm pun cancel. macam tak larat je nak drive jejauh tu kan..


kaki bengkak ni disebabkan lebihan air didalam badan. Lepas bersalin insyaallah akan jadi normal seperti biasa..

okay, ni sedikit info yang aku dapat tentang kaki bengkak dan petua mengatasinya..

1. Elakkan dari berdiri terlalu lama

2. Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi

3. Sewaktu tidur pula, alaskan kaki dengan bantal agar kedudukannya lebih tinggi dari badan anda.

4. Rehatkan diri seketika. Jika anda dah lama duduk, seeloknya bangun dan jalan-jalan sekejap untuk membantu darah mengalir dengan baik ke bahagian kaki. Orang yang tak pregnant pun boleh kebas kaki kalau duduk lama-lama. Apatah lagi kalau yang sedang hamil, lagilah senang nak kena serangan kejang kaki

5. Minum banyak air. Ya… jangan terkejut. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki

6. Elakkan dari memakai stokin yang getahnya mencengkam dengan kuat.

7. Wanita hamil digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar

8. Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food

sumber dari sini




........................................................................................

kasut pun macam sempit jek. agaknya kena beli kasut mcdonald kot ek?

nickname

sejak terlibat dalam dunia blogger ni aku memang agak kerap tukar nama kat profile nih. dari mawar biru la..macam-macam. hehe..but beberapa kawan blogger masih lagi cam aku. hehe..sory la kalau menyusahkan tapi aku terpaksa buat begitu..


sebab apa tak perlu aku huraikan balik. malas dah nak cerita. tak best pun.


so now i'm using nama panggilan aku balik. just call me 'ez' (ezy) okay. hehe..


tak kesah la guna nama apa, yang penting orangnya sama. kalau tak suka, please please laa tak yah peningkan kepala nak baca. pegi baca blog orang lain. this is my life. not urs.



Thursday, June 23, 2011

defer or not?



halamak, rajin la pulak menghapdet blog sejak balik kampong sendiri ni kan..hehe..layan jelaa mak buyong sorang nih.. :)




actually, aku tengah berkira-kira lagi sebenarnya nak cuti atau tak semester akan datang ni.
due date aku kalau ikutkan hujung september. kalau ikut scan dalam awal oktober. around that time la senang kata. semester depan mula 12 september. so kalau aku beranak dalam time yang dijangka tu, aku akan miss banyak kelas. abis tu takkan la pulak aku nak ke kelas dengan jalan terkemut-kemut plak kan.. (jangan imagine plak attitude tak senonoh nih ye!). dah la baru lepas beranak, nak kena buat assignment dan project paper. aiseh..buleh meroyan aku nanti! (na'uzubillah..).




tapi, yang tak syok nya makin lambat laaa aku grad nanti. humm...





persoalannya...kalau tak defer, mampukah aku teruskan study dengan dalam keadaan baru lepas delivery baby..pastu nak buat projek paper lagi. master ni bukan macam degree. kerja@ assignment terlalu banyak. project paper aku pulak agak payah dan sama lebih kurang macam buat thesis. huhuhu..





sekarang ni more like nak defer jek. so i can concentrate on our baby. dah besar sikit nanti baru sambung pegi kelas. rasanya lebih baik macam tu kan? takpelah korban la study tu demi anak. huk huk huk.


lecturer ramai kata just proceed jek. tak yah defer. sayang masa. but aku lagi sayang kan anak. hehe..lagi pun aku yang kena tanggung dan buat semua tu..kan? hopefully, ini decision yang terbaik.. insyaallah



teropong ..... baby

masa 4bulan mengandung, kami dah scan baby. 4D lagi. aku pun ada post gambar baby hasil scan 4D tu. Masa tu 'anu' baby tak nampak sebab dia main nyorok-nyorok lak kan..jenuh pujuk suruh dia pusing bagi tunjuk sikit. hehe..but at last doktor kata berdasarkan pengalaman dia, insyaallah baby girl. but jangan shopping dulu. nanti scan lagi tuk confirm..


aku ni memang nak sangat baby girl. hehehe..so aku terus assume memang confirm la baby girl. walaupun aku takde rasa nak melawa sangat masa pregnancy nih. so aku pun beria laaaa mengait topi gegirl suma tuk baby.


husband nak ke bandung ni pun aku pesan beli la baju tuk baby girl nih. tapi entah camne, tergerak hati nak ajak husband scan lagi. nak confirmkan gender baby ni. sebelum beli ape-ape baikla diconfirmkan dulu. hehe..


semalam masa on the way balik ke selangor ni, singgah ke alor star cari klinik nak scan. pusing sana pusing sini naik tensi dengan jalan yang jam aje. so jumpa la satu klinik yang ada buat scan. but just 2D je. yang scan 4D hanya waktu malam. hish..buleh la pulak camtu kan...so nak tanak scan jelah.


dub dab dub dab dub dab.. nervous la pulak.



tetiba doktor kata.....




seee...nampak tak 'anu' dia tu?! it's a boy!


haaa?? tu jela yang aku leh cakap. terkejut!


hehehe..but still happy and smiling masa scan tu. seronok nampak baby dah cukup sifat. walaupun just 2D tapi still clear. nampak la kaki dia duk tendang-tendang masa scan tu. memang lasak anak aku ni. no wonder la it's a boy kan..huhu


husband duk sengihhhhhh je sepanjang dalam kereta. suka betul dia...katanya suka sebab tengok baby dah cukup sifat suma. but i guess dia happy lebih coz it's a boy. huhuhu... takpelah, yang penting baby sihat walafiat. baby boy or girl tak kesah..hopefully dia akan jadi anak yang baik..


btw, crochet topi dan kasut yang dah siap tu aku simpan jelah tuk next baby girl. hehe..

Tuesday, June 21, 2011

Aishiteru





dedicated to special people in my life. my husband (walaupun dia kata yek yek kat aku..cehh! xromantik lgsung tau), my mom n dad, my brothers. sob sob sob. dengar lagu ni memang teringat sangat kat semua. sob sob. drama 'cinta melody' punya theme song. Tapi as usual aku tak suka layan drama dari seberang. Layan lagu ni k.


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan

Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

[*]
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

[**]
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Kumohon kau kembali

Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa ghairah
O…wu..wo..o..

Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo


Back to [*][**]

Wo wo wo..
Wo wo wo..a a ai aishiteru



Monday, June 20, 2011

Buntu



entah kenapa lately ni aku jadi blur bila nak hapdet blog. bila dah log in, dah ready pic nak upload, tetiba stuck. errr...ape nak cite nih. it happened byk kali. everytime nak update jadi mcm tu. sebab tu blog ni jarang betul berupdate lately nih..

ok. two weeks back, husband ajak ke langkawi. not for our honeymoon obviously coz bawak adik and his cousin berjalan time cuti sekolah. plan asal hanya nak balik
hari. disebabkan husband sendiri dah almost 15years tak kesana. aku plak selalu sangat. last masa before kahwin la. year 2009. setahun sampai 3 -4 kali kesana. so its like aku tahu beberapa jalan dan tempat la. hehehe..poyo laks.


kat sana, nak berlagak jadi orang kaya sehari..maka hubby sewa salah satu kereta idaman aku..(banyak sangat kereta idaman ni..hehe) tapi dah try bwk rasa mcm tak berbaloi sangat kot beli. hehehe..


aku siap naik kereta kabel dan turun ke titi gantung tu lagi. if my mom tahu sure aku tak dibenarkan pegi. masa pegi ni aku senyap-senyap je tak cakap ngan my mom coz dia tengah sakit masa nih. but i told my brother la.hehe..

(6month of me..huhu.gemookkksss)

semput siuttt nak naik tangga balik kat cable car tu. fuhhhh!!!


last-last plan nak balik hari di tangguh dan kami tido di pantai cenang. hehe..oklah. semalam just RM120 tuk two queen bed. depan pantai lagik. hehe..aku mandi kejap jek. segan lak nak mandi tetengah perot boncettt nih kannn..huhuhuhu..tu pun pasal majuk sbb husband enjoy dgn trip ni while aku tensennn je memanjang. huhuhu..jeles tgk dia enjoy. haha



ok la. enuf with langkawi. aku kalau nak kesana lagi akan make sure masa tu ada byk duit. nak beli pinggan mangkuk yang cecantik. fuhh...!! teringat dulu my mom borong byk gila pinggan suma. jenuh laaa nak mengangkut. tapi skg kastam macam makin leceh. beg kena scan bagai suma. dulu takde pun..hishhh


ok. last weekend lak adalah yang paling bored to death la senang kata tuk aku. pasal apa?? husband ke kelantan n ganu. aku tak dapat ikut sbb dah 'ter' ckp kat my mom. surelaaa dia xbagi. tapi tektik mak hebat. dia tau kalau dia ckp NO kat aku sure aku ignore..so dia call my husband n ckp jgn bwk aku. huaaa!!! so aku tak dapatlah ikut. sonoklaaa husband dpt jenjalan kat sana..siap ke terengganu lagik. huhuhuhu.. why aku upset sgt?? sbb sgt susah nk dpt berjalan/bercuti dgn husband sendirik. huhuhuhuhu...


next week ni pun aku kena tinggal lagi. he's going to bandung for one week. with Raja Muda Perlis. awatlaa tak diinvite dgn wifey skali ek.huhuhu..so saaaadddddd!! benci laaa asyik kena tinggal je...





Wednesday, June 15, 2011

sumber inspirasi


finally baru siap satu set. setelah berminggu try buat..eh, okay la kan? belajar sendiri je. hehe

ni la yang aku duk ketagih nak buat. dah letih benti pastu buat lagi sampai la menjadi..ni ingat nak try buat set pattern lain pulak..with different colors. letak pic ni kat fb ada lak kawan nak menempah. aiseh..xberani lagi nak amik order orang..huhu..kalau dah pro nanti insyaallah.. ;)


apa yang buatkan aku tergerak hati nak buat crochet ni sebab kekecik dulu my mom rajin buatkan set kasut dan topi..siap sweater lagi. baju-baju dan skirt aku pun mak buatkan..so tu beri insipirasi tuk aku. mak memang menjadi sumber insipirasi aku. selalu nak jd hebat mcm dia. bleh buat macam-macam perkara. walaupun berkerjaya, tapi tak halang dia utk punya hobi macam-macam.. dari memasak, mengait, menjahit baju, jahit manik, tanam bunga@ berkebun, macam-macam lagi lah...aku memang jarang tengok my mom tu lepak duduk saje. mesti ada je benda nak buat..


aku pun kalau boleh nak jadi seorang ibu yang serba boleh. yang mampu uruskan anak dan keluarga dengan baik. tanak rumah bersepah cam tongkang pecah even kalau aku kerja..nak juga punya hobi isi masa lapang.. time management tu penting kan...hehe :)

aku pun nak jadi ibu yang beri sumber insipirasi tuk anak-anak.. insyaallah.. :)

Thursday, June 9, 2011

New hobby

Yay! Alhamdulillah..jd dahh my first crochet. Hehe..memula nk buat kasutnya..tapi cam xjd lak so try buat topi. Tu pun mcm xjd sgt. My mom dtg tunjukkan cara baru laaa paham. Now aku dah boleh paham la corak n teknik walau hanya tengok gambar..

My parents dtg ari selasa lepas..tido sehari je. Abah busy so xleh lelama. Mak borong bunga orked kat padang besar..sonok je bila mak abah dtg..bila diorg blk terus jd sedih..nangis..huhuhu..

Oh one more thing, last 3rd June my big brother's birthday. Happy birthday bro! Hope semua doa dan impian jd kenyataan dan dimakbulkan Allah. For the first time aku terlupa sungguh birthday. Seriously. Mmg lupa. Sblm ni xpernah lupa.huhu..tu pun tergerak hati nk bukak fb dia. Tgk adik aku ada wish baru teringat..hehe..sory ye..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, June 5, 2011

Mari mengkreatifkan diri..

Actually aku tak pandai pun mengait satu jarum ni..atau lebih dikenali dengan crochet. My mom sangat hebat dengan mengait. Dari aku belum lahir lagi..beliau buatkan sepasang stokin, topi dan baju sejuk..my mom memang sangat kreatif dan rajin..kekecik dulu banyak baju aku dibuatkan..skirt@gaun..sayangnya semua tu hangus terbakar masa rumah aku terbakar dulu.. (Nantila aku buat entry psl ni..)


Kalau x boleh bagi babyku pakai kan? Hehe


So untuk mengisi masa lapang sekarang ni aku belajar sikit-sikit buat crochet. Kunun nak buat stokin tp aku tatau la ape yg jd ni..tgk jela nnt ye..haha


ingat nanti kalau dpt balik lama sikit ke kg aku nak blaja dengan mak. Dulu blaja memain je..hehe..rugi kan??


Ni baru pas abis makan kenduri kat sungai dua,penang. Husband bwk pergi pantai merdeka nak mandi-mandi dgn adik and cousinnya..aku ni dah lama xjenjalan kat pulau pinang ni..sgt lama..entah bila dpt round puas-puas ntah lahh..huhu..


Oklah..nak sambung mengait! ;)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, June 4, 2011

Hari sabtu yang memenatkan!

Haih!!! Semput!


Just finish shooting tuk wedding. Bangun dan keluar rumah seawal pagi..terus dah shoot. Pengantin siap awal so buat outdoor dulu..


Satu perlis duk pusing cari port besh..leteyyyy!!! Dahlah tak leh masuk gua kelam..batu runtuh..kalau tak sure lagi besh..pas sanding ingat nak sambung outdoor lagik..sekali tu hujan lebat daaa..skrg ni dah xlebat tapi pengantin pun dah letih nk posing..


Aku ape lah lagi kan..surelaaa double triple letih..tlg shoot sama.. So pas pekena mee goreng mamak yang sedap ni mata jadi kuyu je.. ;)

Malamni hopefully boleh tdo dengan senang..its been few days dah tak boleh tido..huhu
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, June 2, 2011

fuhhh!!! mee kari terangkat..!

i just finish cooking mee kari just now. so damn tired! after woke up at 2pm (huhu..malam berjaga)..bersiap-siap terus ke arau. first time drive sensorang kesana. nak tunggu hubby entah bila nyaa..dia busy hari ni banyak kes kematian.. so shopping la sensorang.


hampir dua jam beli barang..terus pecut balik. perut dah lapar sebab keluar tak makan nasi tadi. huhu..actually plan asal nak masak kari ayam biasa je..plus nak buat roti jala. tetapi tekak ni tetiba teringin nak makan mee kari style mak lak kan..hehe


bahan-bahan agak banyak juga dan agak renyah masak mee kari mak nih. hampir dua jam aku kat dapor tu tau!


oklah, meh aku share bahan-bahannya. kuantiti agakla sendiri nak makan bape orang. aku biasa masak seperiuk besar..dalam tuk 20 orang makan..kihkih..kiranya mee kuningnya dalam 2-3bungkus la..family aku kan kuat makan..err, family mertua tak berapa. so tatau bila buleh habis seperiuk besar kat dapur tu..hahaha


bahan-bahan

ayam
udang
sotong
kerang (direbus dahulu)
lobak merah
sawi
kobis
batang saleri
tauhu (digoreng dahulu)
keledek oren (direbus dan dilenyek lumat)
taugeh (dicelur)
cili merah (dihiris nipis-nipis-utk perhiasan)
limau kasturi
telur (direbus)
daun sup

bahan-bahan tu banyak kan? biasanya aku bubuh je semua yang ada dalam peti ais. tapi yang releven la. janganla kau pi bubuh bendi plak ke..tak kena lak kan mee kari ada bendi..hehe


memula, tumis la bawang merah+bawang putih+halia+kayu manis+bunga lawang sampai naik bau satu taman..hehe


pastu aku letak sekali cili blend yang aku buat stok sekali banyak dalam peti ais (cili merah+bawang merah+bawang putih). ini untuk yang sukakan pedas...bubuh ikut suka..so memang terangkat korang punya mee kari! hee


pastu buh la rempah kari..aku suka pakai rempah kari BABAS (pek hijau tuk daging) sebab memang ummpphh!! ;)


pas pecah minyak suma...aku masukkan ayam dulu..


then sotong..


then baru udang dan kerang yang telah direbus terlebih dahulu..


untuk jimatkan masa dan tenaga..rebus kerang bersama dengan keledek oren dan telur..senang!


lepas masukkan ayam sotong udang kerang, masukkan sesayur lak. yang mana keras tu masukkan dulu la yer..masukkan sekali keledek oren yang dah direbus dan dilenyek lumat tu..kalau xde keledek oren kadang-kadang my mom kata pakai je kentang..tujuan nak bagi kuah pekat enak..tapi tak umpphh sangat kalau pakai kentang..hehehe..pastu sayur lain..ada yang suka masuk sawi..aku tak bape suka sawi so aku xpakai sawi..but kadang-kadang my mom masukkan juga if ada.


lepas masukkan bahan-bahan tu jangan lupa plak santan dan garam sekali..pastu kena rajin kacau jangan sampai pecah santan tu plak..


agak-agak dah masak suma..masukkan daun sup and siappppp!!!


hehe..amik masa dekat dua jam gak aku menyiapkan tadi..hehe..tapi puas hati bila suma kata sedaapp...even kat kedai pun tak sesedap cenggini..hihi..MIL siap suh amik tender order dari sekolah if ada buat majlis makan-makan..hahaha..aduhhh..kalau ada assistant gua no hal!..haha


so kalau korang terlebih rajin boleh la terai this at ur kitchen ye! hehehe..sure berbaloi!!


oh sory takde pic buat masa sekarang. later if aku ingat aku tempek nanti ye..



Wednesday, June 1, 2011

6 bulan

alhamdulillah. kalau ikut perkiraan hari ini genap 6bulan usia kandungan. tapi tru scan last month doktor kata berbeza. tak ape lah, ape yang penting kandungan sihat walafiat. baby semakin aktif bergerak dan menendang perut mummy. lasak sungguh anak mummy ni.


kadang-kadang bila aku sapa baru dia gerak-gerak. maybe dah boleh dengar kot. melalui pembacaan buku, baby pada usia sekitar 7bulan memang boleh mendengar apa yang dikatakan oleh ibu dan bapa. oleh itu parents kena la hati-hati bila berkata-kata..


sepatutnya hari ni aku pegi klinik untuk set appointment or terus buat check up. tapi disebabkan tak boleh tidur malam dan hanya boleh lelap after subuh makanya memang tak bangun pagi la. itu la habit aku sekarang. malam memang tak boleh tidur langsung sampai subuh. letih tapi puas golek sana golek sini masih tak boleh lelap. siang je boleh tidur lena selena-lenanya..



oklah. quick update. sambung lagi nanti ya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers