Friday, June 24, 2011

kaki gajah

well, memang orang kata biasanya time mengandung kaki akan membengkak. aku dah alami perkara tu. pertama kali waktu balik ke perlis. sebelum balik tu sibuk seharian dengan shooting outdoor. malam tu terus gerak balik. makanya kaki jadi seperti kaki gajah! besar betol..dah la kaki aku memang panjang dan besar..huhuhu...


sekarang ni pun kaki tengah bengkak. mungkin sebab perjalanan jauh agaknya..so aku memang tak kemana pun since berada kat kg aku nih. cadang nak ke upm pun cancel. macam tak larat je nak drive jejauh tu kan..


kaki bengkak ni disebabkan lebihan air didalam badan. Lepas bersalin insyaallah akan jadi normal seperti biasa..

okay, ni sedikit info yang aku dapat tentang kaki bengkak dan petua mengatasinya..

1. Elakkan dari berdiri terlalu lama

2. Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi

3. Sewaktu tidur pula, alaskan kaki dengan bantal agar kedudukannya lebih tinggi dari badan anda.

4. Rehatkan diri seketika. Jika anda dah lama duduk, seeloknya bangun dan jalan-jalan sekejap untuk membantu darah mengalir dengan baik ke bahagian kaki. Orang yang tak pregnant pun boleh kebas kaki kalau duduk lama-lama. Apatah lagi kalau yang sedang hamil, lagilah senang nak kena serangan kejang kaki

5. Minum banyak air. Ya… jangan terkejut. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki

6. Elakkan dari memakai stokin yang getahnya mencengkam dengan kuat.

7. Wanita hamil digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar

8. Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food

sumber dari sini




........................................................................................

kasut pun macam sempit jek. agaknya kena beli kasut mcdonald kot ek?

4 comments:

Lilmai said...

cane kaki? da ok lom? malam ni tgk maharaja lawak katne?

~ez~ said...

masih bengkak lagi..aku tatau nk tgk kt mana..kt rumah aku xde pakej mustika..huhuhu

zino said...

urat urat pun nampak keluar kan hehe sabar je lah nanti lepas bersalin ilang la tu...hehe

~ez~ said...

huhu..tu la uncle.urat la.. stretchmarks la..huhuhu..sob sob sob..lepas bersalin kena struggle nk kurus balik..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails