Saturday, June 25, 2011

Trip to Bandung n Jakarta

ish...aku ingatkan dah buat entry pasal trip aku kebandung awal tahun lepas. check punya check macam takde pulak. aiseh! dah lama kot. haha..ni sebab husband kat bandung la aku baru teringat dah citer ke belum trip kesana tu..



rasanya sekarang ni, bandung dan jakarta tu tempat yang boleh dikatakan ramai orang dah pergi. kalau nak bercuti dan bershopping mesti orang pilih kesana. aku dapat peluang kesana pun sebab abang ajak dan nak sponsor. Naik MAS masa tu. tak la mahal mana..rasanya pergi balik dalam 4 ratus kot. Kalau tak silap aku lah..




pergi dalam 4-5 hari rasanya. kami ke Jakarta dulu. tidur sana dalam dua hari rasanya. bershopping katTanah Abang..puhh..memang syokk. hehe..hotel yang abang aku pilih pun best. apa ek namanya dah lupa. tapi more like macam apartment. ada tiga bilik lain dalam tu..plus ada living area and kitchen. memang best!


then, kami ke bandung naik van. lama juga perjalanan kesana. Dalam 4jam la lebih kurang. Masa kat bandung aku tak shopping sangat sebab duit dah kehabisan beli baju kahwin kat jakarta. sob sob sob. but aku sempat laa rembat satu sweater yang panjang kat sana. hehe..paw duit adik. memang ralat betul...pegi sana WAJIB bawak banyak duit ye. haha..



tempat yang biasa orang pegi kalau kat bandung ni Tangkuban Parahu. Bekas kawasan gunung berapi yang dah tak aktif. busuknya kawasan tu..bau asid ke apa tah aku pun tak tahu. tapi pemandangan memang cantik. dan agak sejuk bagi aku yang tak pernah lagi rasa winter kat obersi..hehehe


rasanya dah tak ingat sangat kalau nak cerita panjang. apa-apa pun kita layan gambar jelah ye..







kat shopping complex ape tah..dekat je dengan hotel. jalan kaki.



ni laa hotel kami menginap kat jakarta. memang sangat puas hati..


pak arab dok menggodek godek dapur

ruang tamu dan meja makan..

kami saja try makan tepi jalan. nasi kambing. not bad la..sedap. kalau nak kesini lagi memang tak ingat. ni kawan abang aku ikut sama jadi tourist guide so dia la bawak ke tempat-tempat pelik nih..


mak and abah tengah usha mamat tu goreng nasi sampai tinggi camtu..kagum!!

sorry letak gambar tak clear lak.huhuhu

ni masa lunch kat Pasar Tanah Abang. Nasi ayam percik ni memang sedaaappp!!

apa nama menatang ni??lupa daaa..


kat bandung, kami makan nasi padang tuk lunch. sedaapp..aku suka daging salai. nyum nyum


malamnya try makan makanan sunda. tapi bagi aku tak kick la. tak sedap macam nasi padang.


then lokasi wajib pergi, tangkuban parahu


cantik pemandangan kat sini...


banyak jual cenderamata, baju sejuk dan macam-macam. peristiwa yang aku ingat kat sini...beli banyak gila strawberry. sebab rasanya manis. aku makan banyak gila strawberry tu. haha..rupanya di taruk air gula. sama ada dispray or direndam aku tak pasti. haha..sebab bila makan kat hotel, jadi masam balik. cisshh!


kami tubuhkan band baru..kihkihkih




oh oh oh..aku kurus masa pegi sini. jauh ibarat langit dengan bumi nak dibandingkan dengan sekarang. huaaa!!!


me and my mom. and...err, tourist guide


lepak-lepak hirup udara gas busuk. hehe



pak arab tengah frust ingat awek dia dicurik pak arab lain kat mesir.. ;)


alamak..terpilih gambar tak clear lak. soryy..malas nak edit balik.hehe


banyak jual baju sejuk. my mom sempat rembat satu. murah jek!


ni masa on the way nak naik ke tangkuban parahu tu..banyak kebun sayur dan buah-buahan..


ni last shopping kat pasar baru. kat sini banyak makanan jelah. macam kerepek, kuih muih..



lagi satu, kat sana famous dengan jus alpukat. just aprikot. perghh..geraammm je tengok aprikot dia besar-besar. murah jugaklah..sempat beli sekilo lebih tuk bawak balik. rasa jus tu bagi aku tak berapa la..pekat betul..tapi lama-lama minum ok jek.. :)



panjang entry nih..hehe..


tengah rajin la katakan..





2 comments:

| SUE | said...

entry ni bikin gue kangen ke bandung lagi...waduhhh

~ez~ said...

sue,
hehehe..sonok shopping kan..org pompuan suka la kesana.hehehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails