Thursday, September 30, 2010

...you are amazing..just the way you are!


penutup entry untuk bulan september. Bulan yang penuh dengan ke'busy'an. maafkan hamba kerana merosakkan bahasa ibunda kita. ;)


hari ini, 30 september 2010..hari lahir my mOm yang ke 57 tahun. Juga hari lahir my friend, aya..yang ke 26.

semoga kalian berdua panjang umur, dimurahkan rezeki, bahagia dunia akhirat..ameenn!!


takde bagi hadiah ape kat mak kali ini. Tak tahu nak belikan ape sebenarnya. Tunggulah nanti kalau aku dah kerja, belikan dia handbag LV or CHANEL ke..hehehehe..ya ampun, entah bila laaa..kalau blog aku ni glamer gempak habis buleh la kan..dapat income beribu-ribu ko! ;)) uh, entah bila juga laaa..


tapi, rezeki yang Tuhan beri pada setiap hambaNya berbeza-beza kan?


oh, i made oreo cheese cake for my mOm. Since rumah xde oven, makanya mencari resepi yang tak memerlukan sesi 'pembakaran'.. terjumpa pulak resepi yang simple and mudah..so buleh la..kali ke dua aku try cheese cake nih..memang sedap dan mudah. MUDAH ye..bukan MURAH. hehehe..well known la..bahan buat cheese cake nih bukan murah.. ;)

okay..bahan-bahannya..

biskut oreo (lg byk lg sedap wo!)
90gmbutter or marjerin
250gm creamcheese
200ml whipping cream
100gm gula kastor (leh adjust)
15gm gelatin (rendam dgn air panas dan sejukkan)
lemon

Memula..hancurkan biskut oreo..ada yang kata buang cream kat tengah tu. Tapi sebab aku TAK SUKA MEMBAZIR plus NAK MUDAH aku just blend kasi hancus lebur biskut tu..hehehe..pastu buh butter or marjerin yg dicairkan. aku tak timbang sgt pun..main agak-agak.

oh, bukan sebab aku dah HEBAT or PRO..tapi sebab takde penimbang..maafkan hamba ya.. ;D

hehehehe


okay..teruskan..dah gaul-gaul pastu penyek-penyek kan biskut tadi dalam loyang.masukkan dalam peti ais selama 30min (aku nak cepat, bantai letak
dalam tempat beku..muahahahaa)

pastu, pukul whipping cream..sampai pekat. dalam bekas yang lain pukul cream cheese..masukkan gula dan pes lemon (ikut suka laa..suka masam, buh banyak cket) dan juga gelatin tu. dah kembang dan sebati masukkan pula whipping cream yang dipukul mula-mula tadi..pastu masukkan cket biskut oreo yang dihancurkan..(tok sah hancur sangat la..baru syok)

dah siap..tuang atas loyang tadi.masukkan dalam peti ais..lagi lama dia dalam tu lagi sedap..hehehe..tp aku nak cepat so masukkan dalam fridge..ehehe..

dalam kul 130pagi aku dan husband terus gerak balik kg..nk buat surprise kat mak.


taddaa!!


okayla kan..hehehe..sedap tau! hee..first time buat tak berapa jadi.kurang gelatin..hehehe

yang ni dah okay da..hehehe

aku hias guna lebihan white choc yang diwarnakan pink..plus benda warna warni tu..

kalau rajin, boleh la try!

(^,^)



...................................................................

ps: tetiba rasa mcm nak ponteng kelas pulak ptg nih..tp ada exam lor! huhuhu..






Monday, September 27, 2010

tiba-tiba terasa seperti tidak cukup 24jam sehari



Lamanya tak berhapdet blog ni??!!!! huhuhu..terasa banyak pulak sawang kat rumah aku nih.

hah! hambik kau! sebelum ni rasa macam terlebih-lebih masa tu..sampai dok asyik tido je keje nya kalau takde kelas. (huh, kantoi!) Sekarang ni rasa macam tak cukup pulak 24jam sehari tu.

Cant imagine kalau aku dah bekerja sepenuh masa, plus belajar (owh, lambat lagi nak habis..), plus ada anak nanti..(ameeennnn!)..huaaaa...!!!

Sekarang ni, aku tengah sibuk dengan assignment, presentation dan exam. Lagi sebulan setengah dah nak habis semester 1. So, macam-macam benda nak
setelkan. Busy tambah lagi dengan order choc yang tak putus-p
utus. alhamdulillah...rezeki kan? sampai tak tido ke subuh semata-mata menyiapkan order choc tu. yeah, aku buat sorang-sorang..takde assistant lagi. kadang-kadang je husband tolong. Tapi dia pun dah super duper keletihan dengan kerjanya tu.


minggu lepas, husband dapat lebih kurang 10 invitation open house
..tapi yang dapat kami attend cuma 2 termasuk satu di kl golf country club.

(pic-with husband's friends)

then, hari ahad wedding my friend kat kampong. sebelum pegi open house sibuk d
engan delivery choc kesana sini..my parents balik johor pulak. so dapat jumpa sekejap je.


(pic-congrats to both of you)

tak sabar pulak nak tunggu bila husband boleh cuti lelama. Dia hutang 'honeymoon' dengan saya nih! huhuhu..kami masih belom dapat ber
cuti lagi.. ;((


okay..tu je yang sempat nak cerita. tunggu la lepas habis exam ni mungkin mood baru seronok nak mengarang.. :)




Tuesday, September 21, 2010

back to reality

yeah..minggu ni ramai dah mula kerja. kebanyakan ambik cuti seminggu kan? aku cuti 2 minggu. hee..minggu ni dah mula kuliah seperti biasa..plus dengan assignment plus presentation plus exammm!!!


huaaa..


mana best? kerja ke belajar?


hehehehe..


dok uma juga laa yang besh!


hahaha..


pastu nak makan ape??


huuu~~



baru tadi dapat email from my leader in our group. sudah bising-bising. he's from oman. group aku nih international..macam-macam negara ada so macam-macam pe'el ada. adatlah kerja berkumpulan ni kan? seriusly aku rasa SANGAT TAK ENJOY masuk kelas tu. bosaaaannn sangat-sangat.


Banyak sebabnya. First, kelas terlalu ramai. Susah nak fokus. Kelas master ni aku rasa memang sangat TAK SESUAI kalau ramai-ramai..20 orang pun dah kira ramai. but what to do..huhu..ada satu kelas ni, just 5 orang je. pergghhhh! seronok betul. Sampaikan 3 jam tu rasa macam tak cukup je. Tak terlalu skema..tak terlalu ikut protokol. Kami boleh makan dan minum sambil belajar. soooo relaaaaax! kerjanya banyak gak but ape yang kami dapat dari kelas tu banyak sangat membantu..dan belajar banyak perkara...


apa-apa pun aku berharap dapat habiskan dengan baik dan cemerlang.


okay. enuf pasal study.


oh, korang jangan lupa jengah blog coklatku. hehe..sudah banyak yang menempah. Alhamdulillah..syukur~



bila bosan-bosan..leh buat coklat..

bila tensen-tensen..leh makan coklat..

hehehe


kalau nak order, jangan malu-malu tuk email ya!

izy_anmz@yahoo.com


insyaAllah akan balas secepat mungkin..







Sunday, September 19, 2010

raya oh raya II


Bulan lepas boleh dikatakan setiap hari berupdate. setiap hari buat entry. kadang-kadang sampai 2-3 entry satu hari. entah kenapa tiba-tiba super duper rajin nak update blog bulan lepas. Kalau tengok blog archive tu memang nampak sangat bezanya kan? hehehe



masuk bulan ni, jadi menurun pulak. mungkin sebab raya, maka masa jadi kurang pulak nak menulis.



okay. nak sambung cerita pasal raya. mood pon dah kembali pulih. ;)




Masa raya di rumah mertua, aku kena jadi chef. mak mertua banyak kali sebut nak suruh aku masak rendang. Mula-mula aku ingat just joking, tapi bila dah banyak kali...gulp!




nervous betul bila jadi main chef nih. mak mertua memang ikut je stail aku. kuah kacang pon aku masak sekali. Tapi kuah kacang tu aku dah praktis banyak kali time kat KL ni. Jenuh adik aku si yat merasa..dari sampai pahit kuah kacang tu (masa first time buat..) sampai dah jadi sedap hingga menjilat jari! hahaha..ayat tak leh blah.




pasal rendang tu aku memang TAK PERNAH buat sendiri. so mula la rewind balik masa aku tolong mak masak rendang time nak raya..




dengan confidentnya buat. campur itu ini. blend suma..tumis la bahan-bahannya..main agak-agak je berapa banyak bahannya tuk 2 ekor ayam. bila dah nak hampir siap masak, terus call mak. Masa tu mak mertua ke depan kejap. mak kata semua bahan okay tapi aku tertinggal 'secret recipe' mak. petang tu juga keluar kejap beli barang tu..




semua adik-beradik plus mak ayah mertua kata sedap! adik ipar bongsu aku, suhail memang tak lokek dengan pujian. pandai dia ambik hati kak ipar dia sorang nih. ' wahhh..sedap la kak long masak..' hehehe..




masa malam raya, kami keluar beramai-ramai ke bandar kangar. pergi ke bazaar. saja nak cuci mata sambil cari-cari ape yang menarik. aku sempat sambar 3 helai selendang. sebab murah gila..RM5 satu. hehe..




lepas solat raya dan bermaaf-maafan. kami beraya ke rumah sedara mara sampai ke lewat petang. sempat rehat sekejap je. Lepas maghrib kami terus bergerak pulang. Aku singgah di penang untuk hantar coklat. Lama sangat dah tak ke tanjong..naik jambatan pulau pinang@ feri. tapi sebab kesuntukan masa kami tak sempat nak berjalan-jalan sangat..




disebabkan keletihan sangat, kami berada atas jalan lebih 10jam. lama wo! aku hanya dapat tolong drive beberapa jam je. tapi mata dah tak larat nak bukak lagi dah. husband pun. kami berhenti tido di stesen minyak. Masa ni tak lalu highway dah. dalam jam 730 pagi kami selamat sampai kampungku dengan mata bengkak. hahaha..




cepat-cepat masuk bilik sambung tido.




3-4 hari aku demam urat. gara-gara tido dalam kereta. huhuhu




lepas zohor raya kedua, kami beraya ramai-ramai dengan familiku. singgah rumah yang memang tiap-tiap tahun pergi. tapi tak dapat pergi banyak rumah sebab ramai pulak orang datang rumah aku dan keep calling mak aku.



kalau ikutkan memang raya kedua ni kami tak kemana. tetamu datang dari pagi sampai ke malam.




raya ketiga, husband dah mula kerja. aku masih di kampung. kami tak kemana pun..hanya beraya rumah sedara-mara dan jiran terdekat ja. selebihnya melayan tetamu yang datang. mak aku dah sampai 3-4 kali masak rendang. lebih 6 ekor ayam. hahaha..punya la sedap rendang mak tu. sekali masak kejap je abis. kuat melantak pon ye gak adik beradik aku nih. hahaha




raya ke empat, abang dan kakak ipar aku balik rumah. paginya tu mak cepat-cepat kejut kami semua dan suruh pakai lawa-lawa untuk bergambar. dah lama sangat tak bergambar ramai-ramai ni. biasanya tak cukup ahli. ni raya pertama abang aku disini sejak kawin. mak nampak sangat-sangat seronok. sesi bergambar sangat happening. macam-macam gaya diorang buat..hahaha



masa hari khamis, adik beradik plan nak berjalan-jalan @ bercuti. tapi balik hari. Maka, timbullah plan ke Teluk Batik. Tempat favourite family kalau nak bermandi manda. Siap bawak pelbagai jenis makanan dan khemah kami kesana. Tapi entah macamana, khemah tu tertinggal. yang dibawa tu hanya covernya ja. hahaha..so terpaksa la pasang gak dan ikat dengan tali. kelakar je orang tengok khemah kami. hahahaha


mula-mula aku tanak mandi. tapi memasing ajak sebab nak naik banana boat tu..so turun lak kami semua kecuali mak. memang seronok sangat-sangat. tapi jauh sudut hati, terasa sedih sebab husband takde. Nak buat macamana, dia kerja kan? masa tu dia tengah sibuk dengan kes datuk sosilawati tu.



hari jumaat, hantar abang dan kakak ipar balik ke canada. owh, kami tak ikut sekali..cuma hantar kat klia ja. ;)



dan aku pulak terus balik ke teratak kecil kami. owh, masa nih dah 3-4 hari dah tak jumpa husband. rindu. ;p



but at the same time, sedih pulak nak tinggalkan rumah. raya kali ni penuh makna...tak tergambar dengan kata-kata. entah bila kami semua dapat berkumpul bersama lagi. sejak kahwin memang tak dapat peluang duduk lama-lama kat kampong bersama keluarga. masa raya ni je la. tapi tak best sebab husband tak dapat join sama.



so, abislah cerita raya aku.


....................................................................

gambar akan diupload kemudian..tenet tengah 'moody' ;)










Thursday, September 16, 2010

raya oh raya!




orang tua kata, buat kerja jangan bertangguh..bila dah bertangguh..silap-silap tak buat terus. hehehe..itu la..dok postpone je nak buat entry pasal raya..terus rasa malas dah nak buat.


okla..aku cerita la juga ye..


tahun ni, pertama kali menyambut raya sebagai isteri orang.


pertama kali menyambut raya tanpa keluarga sendiri.


pertama kali menyambut raya bersama keluarga baru..


kami balik ke kangar pada 8hb selepas bersahur di kampung ku. sempat tengok kejap abah sibuk mengacau dodol..memang acara setiap tahun..tapi aku jadi tukang tengok je..hihihi


sampai perlis dalam waktu asar. sebab singgah Alor Setar cari bahan buat coklat. Kebetulan ada kawan dari Penang order..so ingat nak buat kat uma mertua then hantarkan semasa on the way balik selangor.


tema raya pertama, grey. sebab suami nak pakai baju melayu masa kahwin belah dia dulu. so ulang balik la memori tu..hehe..cuma aku tak pakai baju sanding aku. glamer sangat la pulak kan..hahaha..kebetulan ada sepasang baju kurung moden grey tak pakai lagi. Kainnya beli semasa berjalan ke Bandung awal tahun aritu..aku ada buat 3 pasang. semua tak pakai lagi sebab tu tak sibuk pun nak cari baju raya.. ;)


pagi-pagi kami semua pegi sembahyang raya. ini pertama kali juga untuk aku. Selama ni aku dan emak hanya stay di rumah aja..agak teruja..


lepas abis solat, sesi bermaaf-maafan. owh, actually aku ingat nak bermaafan dengan suami dalam bilik ja.hahaha..malu la pulak nak minta maaf depan semua orang. banyak sangat buat dosa dengan dia nih..hahahaha..tapi kena minta maaf juga depan semua orang..pastu aku blur tatau nak cakap camna..haha.. yang aku ingat.. 'kosong-kosong ya bang.. ' sambil tergelak-gelak..hahaha..sengal tul aku nih..


pastu kami bergambar sekejap sebelum memulakan sesi kunjung mengunjung..sampailah ke petang..penat juga sebab cuaca sangat terik masa tu..


lepas rehat sekejap..kami terus gerak balik selangor malam tu juga lepas isya'. singgah di penang menghantar order coklat kawan. fuhh! lama betul aku xjejak kaki ke tanjong tu..dah bertahun-tahun..last pun tak ingat bila.


tapi sekejap je la..sebab nak rushing balik. Masa tunggu feri punya lama..sampai kul 1 lebih baru sampai..


tapi sebab keletihan..kami banyak kali berhenti. Aku cuma dapat tolong drive dari penang sampai ke area mana tah..sampai kat pantai remis kot..tak ingat da..memang dah ngantuk habis laa..sian husband..dia pun larat drive kejap. pastu berhenti tido. beberapa kali la kami berhenti tido. sampai kat kampong aku 7pagi..10jam lebih kami atas jalan..


balik tu aku demam..sakit tekak..urat-urat suma sakit..


huhuhu..


tu la pengalaman atas jalan yang paling lama kami tempuhi setakat ini..biasanya tak la lama macam tu..


okayla..sambung episode seterusnya ya..!



......................................................................................


actually im not really in the mood. mood mati.
Align Center

Tuesday, September 14, 2010

mereka diseksa lebih teruk dari binatang!

aku masih takde mood lagi nak cerita tentang raya. postponed dulu ya. sebab hati masih bengkak dan marah dengan apa yang diperlakukan terhadap mangsa 4 orang itu. Datuk Sosilawati dan 3 yang lain.


berdasarkan sumber yang baru diperolehi...mereka di pukul dengan kayu kriket, kerongkong mereka dicangkuk dengan penyangkuk sebelum disembelih oleh remaja yang berusia 19 tahun.


perrghhh..apa korang rasa sekarang?


memang takde hati perut!!!


gila punya manusia! aku rasa binatang pun tak diperlakukan macam tu rupa..bayangkan ape perasaan keluarga mangsa-mangsa semua..mau tak sedih. Kalau aku mau meroyan jugakla..


Walaupun masih tak tau lagi sohih ke tak..tapi yang sembelih tu dah keluar paper hari ini..rsnya suspek yang buat pengakuan tu. hmm..tak tahu dah nak cakap apa..tak tahu dah nak gambarkan macamana..isu ni boleh jadi sangat sensitif. Aku tak tahu manusia jenis apa semua suspek-suspek tersebut sampai tergamak nak buat mangsa sedemikian rupa..


mari sama-sama kita doakan mereka yang bersalah diberi hukuman setimpal. kalau boleh, biar mereka diseksa juga seperti mangsa..beri pengajaran pada yang lain. Kalau setakat gantung, kejap je mati.


hmm...sedih siut. sedihhhh!!!



sebal betul hati aku dibuatnya..



kesian kat semua mangsa dan ahli keluarga. apalah salah mereka diperlakukan macamtu..


apa-apa pun doakan mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman.





Sunday, September 12, 2010

Datuk Sosilawati dan 3 lain dibunuh kejam!

Aduh...

memang killing the mood la cerita tragis macam ni. walaupun sebenarnya sudah dijangka. Husband dah mula sibuk dari tengah malam tadi. Bila dapat tahu ada mayat dibakar di Morib tu, tak henti-henti berbunyi telefonnya.


Pagi tadi, seawalnya dia dah bergerak ke banting siap bergps mencari lokasi kejadian.


Macam tak percaya je dengan apa yang jadi. Ya Allah..


Kesian kat keluarga mangsa. kehilangan insan tersayang di bulan yang mulia ini. Saat orang tengah bergembira...mereka berduka..mengharapkan insan tersayang pulang kepangkuan tapi berita abu dibuang kelaut yang jengah ke telinga..


moga diberi kekuatan dan ketabahan buat keluarga mangsa.


suspek sudah direman.


yang terbaru 8 orang termasuk seorang lawyer 40 an berpangkat Datuk. Beliau dikatakan orang terakhir dilihat bersama mangsa.


Mangsa ditahan, dipukul, dibunuh, dibakar dan dibuang abunya ke laut. atau sungai. entah. Tadi en polis tu kata sungai. Tapi mungkin laut kot.


Dah la dibunuh, dibakar pulak tu. Kononnya nak hapuskan bukti..tapi silap besar la. Yang mereka bunuh tu orang terkenal jadi memang sampai ke lubang cacing la polis akan cari. Lagi pulak orang sekeliling kenal mangsa.


Apa dah jadi trend pulak kat Malaysia ni ek. dah la bunuh, pastu dibakar. Yang dulu dibom terus. hish!


Aku sangat-sangat berharap, mereka yang terlibat tak kan terlepas dan dihukum dengan hukuman setimpal.


sedih. sedih.


bayangkan kalau kita dipihak keluarga mangsa.


3 mangsa yang lain tu anak-anak masih kecil lagi. Apa perasaan mereka dapat tahu ayah mereka dibunuh kejam begitu. hmm...


apa-apa pun..alfatihah untuk semua mangsa. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman.


....................................................

menunggu husband balik dengan latest update..the story behind it.


Thursday, September 9, 2010

Salam lebaran dari perantauan

Alhamdulillah..aku dah husband selamat sampai di Kangar petang tadi.. Bergerak dari kampung aku lepas subuh..singgah sebentar di Alor Setar tuk beli bahan buat coklat..

Alhamdulillah..walaupun baru beberapa hari 'promote' kat fb, tempahan sangat menggalakkan.. Ni buat sbb ada tempahan dr Penang..nnt blk KL leh singgah kejap..sambil jenjalan sekali..lama dah aku x ke sana..lalu jambatan Pulau Pinang atau naik ferri..mau jakun nanti.. ;)

Tahun pertama beraya di perantauan..hahaha..mc kt oversea je bunyinyaaa..pertama kali beraya sebagai isteri..pertama kali beraya tanpa bersama keluarga aku..owh..sedih siot..xmau cakap psl tu..sebak kang..bukan xseronok beraya disini tapi sbb ni baru pertama kali..so mesti sgt2 terasa..huuuu

Abah tgh sibuk buat dodol masa aku tgglkan uma..mak tgh rancang nk buat nasi beriani untuk diberi pada jiran dan saudara mara.. Huaaaa!!!! ;(

Takpelah, kenalah beralah kan? Husband anak sulung lg..mesti mak dia sgt berharap dpt beraya dulu disini.. :)

Apa-apa pun, selamat hari raya untuk semua rakan di blogger ni..maaf kalau ada salah silap..

Semoga semuanya baik-baik aja.. :)
Sent from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, September 7, 2010

~my hOmeMadE chOc~

owh yeah!
i am chocoholic. crazy psl chocolates..its not the quantity but the quality..aku suka coklat tak bermakna mesti makan berkotak-kotak, berbar-bar setiap hari. TIDAK. Kalau begitu sure dah aku terlantar keGEMOKan yang MELAMPAU ye!


Baru-baru ni aku belajar buat coklat..memang dah lama nak sangat belajar buat HOMEMADE CHOCOLATE..Hari sabtu lepas on hubby's birthday, aku berkursus dari pagi sampai petang..kira kursus la ye.. ;)


and hasilnya??





macam-macam jenis coklat!

ini coklat gred A. Inti almond. rasanya memang macam cadbury sebab menggunakan coklat yang 100% koko. ;)
lollichoc!


actually ada macam-macam pattern dan design untuk lollichoc nih!
roses inti kurma..hehe..nyum nyumm (inti nya boleh ditukar-tukar..)




ini coklat oreo design bunga..

and juga contoh packaging

ini oreo edible pic. boleh order letak gambar anak@sendiri@ family..hehehe..



tidaklah mengecewakan! hehehehe..so kalau nak order, boleh contact ye.. (izy_anmz@yahoo.com)


Belum sempat lagi nak buat blog khas untuk bisnes or homemade choc nih..later la ye..memang sekarang ni pagi petang siang malam dok buat coklat..sampai mimpi buat coklat!! tak mandi satu hari suntuk..bau dah mengalahkan kambing...berhari-hari dah tak rupa orang..habis muka pipi tangan suma disaluti coklat..haaa...tu baru laa nama chocoholic kan kaannn?? (~,~)



owh bukan..tu sewel sudah namanya. ;p



hahaha..



Monday, September 6, 2010

first reunion



Semalam me and husband ada iftar bersama-sama kawan sekolah menengah di Aroma Ikan Bakar, Jeram. MasyaAllah, punya la ramai umat manusia kat ctu. Nasib baik makanannya sedap walaupun servicenya hampagas.


lama tak jumpa kawan-kawan..walaupun tak la ramai mana yang datang tapi okaylah untuk kali pertama..insyaAllah lepas ni leh plan lagi..aku suka je..hehehe


ada kawan-kawan yang memang tak jumpa langsung sejak abis sekolah..hampir 10 tahun dah..of course memasing dah berbeza..dah bekerjaya..ada life sendiri..

apa-apa pun memang enjoy sangat semalam..tak puas borak..hehe

till we meet again!

;)

Sunday, September 5, 2010

birthday and chocolate (~,~)

Busynya saya semalam..dah ready nak buat entry tapi tak berkesempatan..

mula-mula nak cerita..semalam besday my husband..my plan tak berapa menjadi tapi plan surprisekan dia dengan hadiah tu menjadilaaaa ;)


super duper terharu bila dia suka dengan hadiah yang aku bagi tak seberapa tu.. tak mampu lagi nak hadiahkan dia sebijik Volkswagen Golf tu..tunggula nanti aku jadi kaya.. ;)


pastu, terus husband ajak keluar dating..hehee..kami ke JALAN TAR! tetengah malam tapi manusia..masyaAllah!!! punya laa ramai. huhuhu..kami just lepak-lepak kat kedai mamak fevourite husband..

ape-ape pun, HAPPY BIRTHDAY to MY DEAR HUSBAND..


love you so much..


Waktu aku tengah tension sebab assignment yang macam haraaam tu, dia sanggup masuk ke dapur and cook something for me to eat..


waktu aku tengah sedih sebab macam-macam hal, dia akan sedaya upaya untuk pujuk..at least belikan cekelaaaatttt.. wife dia ni chocoholic! ;)) xpon belikan pizza...owh, wife dia ni juga hantu pizza! ;p


owh..dia sangat sabar melayan kerenah wife dia yang menang super duper mengada-ngada...yeah, orang lain mungkin dah lama menyampah mahu sepak terajang daahh.. ;p


owh, sayang kamu sangat-sangat!!!

(~,~)


okay..sabtu pagi, aku ada kelas membuat homemade chocolate di area kawasan rumah aku. Kebetulan terjumpa laman web tu..dah lama teringin nak belajar..alhamdulillah..apa yang dipelajari sangat-sangat berbaloi.. Malam tadi husband terus ajak pergi kedai bakery cari bahan-bahan nak buat homemade choc! yeahhhh!!!


Buat cket, masuk mulut cket. Buat cket, masuk mulut cket..



lama-lama perut aku buncit!



hahaha



actually, aku ada upload gambar..tapi sempat letak kat fb je..


the real photo nanti aku upload once aku dapat dari sorang akak yang turut join sama kelas tu. InsyaAllah aku akan buat bisnes kecil-kecilan untuk homemade chocolate nih.. ;) sambil makan sambil buat duit..hehehehe..



okaylah guys, selamat bersahur!




ps: my husband tengah sibuk memasak kat dapur tu..masak daging ape tah.. besh kan kannn??? ;)



Friday, September 3, 2010

update @ class

Orang lain sibuk-sibuk menguli tepong buat kuih, mop lantai satu rumah, pasang langsir..aku duk pecut kereta nak pergi kelas. huhu..

and now update kat dalam kelas. Kalau ikutkan hari ni takde kelas pun cuma ada satu talk pasal satu software untuk buat thesis nih.


Memang killing the moOd betol.


Sungguh la..moOd raya tak sampai lagi. I am not sure why. Aku takde shopping ape sangat untuk raya kali ini. Walaupun pertama kali beraya sebagai isteri orang. Just beli beberapa helai tudung plus tudung yang MIL belikan masa balik aritu.


Baru teringat yang aku takde beli stok kuih untuk kat rumah sendiri. huhuhu..so sad! korang kalau datang rumah aku confirm xde kuih raya. Maybe i'll ask mak to buy kuih yang sedap-sedap later. hihi


owh..im looking forward tonight as ive plan something for my husband. ngeee ;))) will update bout it later k!


selamat bercuti!!




Thursday, September 2, 2010

manusia yang gila kan publisiti murahan!

Beberapa hari tak blogwalking. Malam tadi jenjalan puas-puas. I read BEN ASHAARI entry about all blogger need to be aware of their writing..read here. Just now, i saw a picture from my senior wall page at facebook.


Tiba-tiba rasa macam mendidih pulak hati. Tak tahu la nak kata apa dah. Speechless! These people need to be punished somehow. They wrote whatever they wanted. Kutuk dan menghina Tuhan agama lain. hey, kamu kalau tak suka sangat duduk Malaysia, pegi berambus sana! ramai je orang yang nak duduk kat Malaysia nih. uh, saya jadi emo pula.




I guess not only blogger need to be aware but all internet user..sama ada di Facebook ka..di blog ka..or any web. Yang sengaja mencetuskan api kemarahan orang lain..mengutuk dan menghina agama dan bangsa lain.. Nak sangat riot 13May berulang balik ka??



Lagi satu yang aku rasa macam nak rebus masak gulai je depa suma ni...isu Indonesia dan Malaysia.. nak ape kata depa? SWEEPING MALAYSIAN? ada depa pikiaq ka rakyat depa yang berjuta-juta kat Malaysia nih..??! Sibuk datang Malaysia cari rezeki, yang kita ni terima aja. Sekarang nak wat ethnic cleansing pulak kat rakyat Malaysia. saja nak cipta propaganda la nih.. hangin je dengar!



hmm...buat kurang pahala puasa aku je petang-petang camni. Apa-apa pun, harap mereka yang gilakan publisiti murahan macamni dikenakan hukuman setimpal. Aku rasa elok mereka ni dibuang dari Malaysia ja. Buat menyemak!


minggu yang penuh emosi!


haish..


..............................................................................

still have class for tomorrow and few things need to be done tonight..my assignment! grrrr!! kaco je mood raya.. ;(




Wednesday, September 1, 2010

Welcome Nine!

Owh owh owhh!! its september already!!


First, HAPPY INDEPENDENT DAY to all Malaysian. Be proud and be thankful. Syukur~

Sorry i am a bit late. Havent update tru my laptop for a few days due to my broadband problem. But still managed to update via bb. Actually not really a big problem but i never paid monthly charges so they blocked my internet. sob sob sob. so ive been like cacing kepanasan when there's no internet connection. Even i still have my bb but it's different. the screen is too small..tak puas. ;)


I told husband, i want to have the internet connection back as soon as possible because i have assignment to be completed and i need internet to find some journals and information. But actually, i miss blogging. heee :D


I miss blog walking. Yeah, i still can update tru my bb but like i said, it's different! The moment i want to pay the bill, the salesgirl told me that the system down and they only can take debit card or credit card. hellooo!!! i thought cash is much easier! huh!! for two days, consequtively! the system down..and me like, aahhhh...grrrrrr!!!!!!


i think that girl memang tanak entertain me. huh!


humm..okayla. ill update later, k!







Align Center

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers