Thursday, September 30, 2010

...you are amazing..just the way you are!


penutup entry untuk bulan september. Bulan yang penuh dengan ke'busy'an. maafkan hamba kerana merosakkan bahasa ibunda kita. ;)


hari ini, 30 september 2010..hari lahir my mOm yang ke 57 tahun. Juga hari lahir my friend, aya..yang ke 26.

semoga kalian berdua panjang umur, dimurahkan rezeki, bahagia dunia akhirat..ameenn!!


takde bagi hadiah ape kat mak kali ini. Tak tahu nak belikan ape sebenarnya. Tunggulah nanti kalau aku dah kerja, belikan dia handbag LV or CHANEL ke..hehehehe..ya ampun, entah bila laaa..kalau blog aku ni glamer gempak habis buleh la kan..dapat income beribu-ribu ko! ;)) uh, entah bila juga laaa..


tapi, rezeki yang Tuhan beri pada setiap hambaNya berbeza-beza kan?


oh, i made oreo cheese cake for my mOm. Since rumah xde oven, makanya mencari resepi yang tak memerlukan sesi 'pembakaran'.. terjumpa pulak resepi yang simple and mudah..so buleh la..kali ke dua aku try cheese cake nih..memang sedap dan mudah. MUDAH ye..bukan MURAH. hehehe..well known la..bahan buat cheese cake nih bukan murah.. ;)

okay..bahan-bahannya..

biskut oreo (lg byk lg sedap wo!)
90gmbutter or marjerin
250gm creamcheese
200ml whipping cream
100gm gula kastor (leh adjust)
15gm gelatin (rendam dgn air panas dan sejukkan)
lemon

Memula..hancurkan biskut oreo..ada yang kata buang cream kat tengah tu. Tapi sebab aku TAK SUKA MEMBAZIR plus NAK MUDAH aku just blend kasi hancus lebur biskut tu..hehehe..pastu buh butter or marjerin yg dicairkan. aku tak timbang sgt pun..main agak-agak.

oh, bukan sebab aku dah HEBAT or PRO..tapi sebab takde penimbang..maafkan hamba ya.. ;D

hehehehe


okay..teruskan..dah gaul-gaul pastu penyek-penyek kan biskut tadi dalam loyang.masukkan dalam peti ais selama 30min (aku nak cepat, bantai letak
dalam tempat beku..muahahahaa)

pastu, pukul whipping cream..sampai pekat. dalam bekas yang lain pukul cream cheese..masukkan gula dan pes lemon (ikut suka laa..suka masam, buh banyak cket) dan juga gelatin tu. dah kembang dan sebati masukkan pula whipping cream yang dipukul mula-mula tadi..pastu masukkan cket biskut oreo yang dihancurkan..(tok sah hancur sangat la..baru syok)

dah siap..tuang atas loyang tadi.masukkan dalam peti ais..lagi lama dia dalam tu lagi sedap..hehehe..tp aku nak cepat so masukkan dalam fridge..ehehe..

dalam kul 130pagi aku dan husband terus gerak balik kg..nk buat surprise kat mak.


taddaa!!


okayla kan..hehehe..sedap tau! hee..first time buat tak berapa jadi.kurang gelatin..hehehe

yang ni dah okay da..hehehe

aku hias guna lebihan white choc yang diwarnakan pink..plus benda warna warni tu..

kalau rajin, boleh la try!

(^,^)



...................................................................

ps: tetiba rasa mcm nak ponteng kelas pulak ptg nih..tp ada exam lor! huhuhu..






0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers