Bulan lepas boleh dikatakan setiap hari berupdate. setiap hari buat entry. kadang-kadang sampai 2-3 entry satu hari. entah kenapa tiba-tiba super duper rajin nak update blog bulan lepas. Kalau tengok blog archive tu memang nampak sangat bezanya kan? hehehe
masuk bulan ni, jadi menurun pulak. mungkin sebab raya, maka masa jadi kurang pulak nak menulis.
okay. nak sambung cerita pasal raya. mood pon dah kembali pulih. ;)
Masa raya di rumah mertua, aku kena jadi chef. mak mertua banyak kali sebut nak suruh aku masak rendang. Mula-mula aku ingat just joking, tapi bila dah banyak kali...gulp!
nervous betul bila jadi main chef nih. mak mertua memang ikut je stail aku. kuah kacang pon aku masak sekali. Tapi kuah kacang tu aku dah praktis banyak kali time kat KL ni. Jenuh adik aku si yat merasa..dari sampai pahit kuah kacang tu (masa first time buat..) sampai dah jadi sedap hingga menjilat jari! hahaha..ayat tak leh blah.
pasal rendang tu aku memang TAK PERNAH buat sendiri. so mula la rewind balik masa aku tolong mak masak rendang time nak raya..
dengan confidentnya buat. campur itu ini. blend suma..tumis la bahan-bahannya..main agak-agak je berapa banyak bahannya tuk 2 ekor ayam. bila dah nak hampir siap masak, terus call mak. Masa tu mak mertua ke depan kejap. mak kata semua bahan okay tapi aku tertinggal 'secret recipe' mak. petang tu juga keluar kejap beli barang tu..
semua adik-beradik plus mak ayah mertua kata sedap! adik ipar bongsu aku, suhail memang tak lokek dengan pujian. pandai dia ambik hati kak ipar dia sorang nih. ' wahhh..sedap la kak long masak..' hehehe..
masa malam raya, kami keluar beramai-ramai ke bandar kangar. pergi ke bazaar. saja nak cuci mata sambil cari-cari ape yang menarik. aku sempat sambar 3 helai selendang. sebab murah gila..RM5 satu. hehe..
lepas solat raya dan bermaaf-maafan. kami beraya ke rumah sedara mara sampai ke lewat petang. sempat rehat sekejap je. Lepas maghrib kami terus bergerak pulang. Aku singgah di penang untuk hantar coklat. Lama sangat dah tak ke tanjong..naik jambatan pulau pinang@ feri. tapi sebab kesuntukan masa kami tak sempat nak berjalan-jalan sangat..
disebabkan keletihan sangat, kami berada atas jalan lebih 10jam. lama wo! aku hanya dapat tolong drive beberapa jam je. tapi mata dah tak larat nak bukak lagi dah. husband pun. kami berhenti tido di stesen minyak. Masa ni tak lalu highway dah. dalam jam 730 pagi kami selamat sampai kampungku dengan mata bengkak. hahaha..
cepat-cepat masuk bilik sambung tido.
3-4 hari aku demam urat. gara-gara tido dalam kereta. huhuhu
lepas zohor raya kedua, kami beraya ramai-ramai dengan familiku. singgah rumah yang memang tiap-tiap tahun pergi. tapi tak dapat pergi banyak rumah sebab ramai pulak orang datang rumah aku dan keep calling mak aku.
kalau ikutkan memang raya kedua ni kami tak kemana. tetamu datang dari pagi sampai ke malam.
raya ketiga, husband dah mula kerja. aku masih di kampung. kami tak kemana pun..hanya beraya rumah sedara-mara dan jiran terdekat ja. selebihnya melayan tetamu yang datang. mak aku dah sampai 3-4 kali masak rendang. lebih 6 ekor ayam. hahaha..punya la sedap rendang mak tu. sekali masak kejap je abis. kuat melantak pon ye gak adik beradik aku nih. hahaha
raya ke empat, abang dan kakak ipar aku balik rumah. paginya tu mak cepat-cepat kejut kami semua dan suruh pakai lawa-lawa untuk bergambar. dah lama sangat tak bergambar ramai-ramai ni. biasanya tak cukup ahli. ni raya pertama abang aku disini sejak kawin. mak nampak sangat-sangat seronok. sesi bergambar sangat happening. macam-macam gaya diorang buat..hahaha
masa hari khamis, adik beradik plan nak berjalan-jalan @ bercuti. tapi balik hari. Maka, timbullah plan ke Teluk Batik. Tempat favourite family kalau nak bermandi manda. Siap bawak pelbagai jenis makanan dan khemah kami kesana. Tapi entah macamana, khemah tu tertinggal. yang dibawa tu hanya covernya ja. hahaha..so terpaksa la pasang gak dan ikat dengan tali. kelakar je orang tengok khemah kami. hahahaha
mula-mula aku tanak mandi. tapi memasing ajak sebab nak naik banana boat tu..so turun lak kami semua kecuali mak. memang seronok sangat-sangat. tapi jauh sudut hati, terasa sedih sebab husband takde. Nak buat macamana, dia kerja kan? masa tu dia tengah sibuk dengan kes datuk sosilawati tu.
hari jumaat, hantar abang dan kakak ipar balik ke canada. owh, kami tak ikut sekali..cuma hantar kat klia ja. ;)
dan aku pulak terus balik ke teratak kecil kami. owh, masa nih dah 3-4 hari dah tak jumpa husband. rindu. ;p
but at the same time, sedih pulak nak tinggalkan rumah. raya kali ni penuh makna...tak tergambar dengan kata-kata. entah bila kami semua dapat berkumpul bersama lagi. sejak kahwin memang tak dapat peluang duduk lama-lama kat kampong bersama keluarga. masa raya ni je la. tapi tak best sebab husband tak dapat join sama.
so, abislah cerita raya aku.
....................................................................
gambar akan diupload kemudian..tenet tengah 'moody' ;)
0 comments:
Post a Comment