Thursday, September 16, 2010

raya oh raya!




orang tua kata, buat kerja jangan bertangguh..bila dah bertangguh..silap-silap tak buat terus. hehehe..itu la..dok postpone je nak buat entry pasal raya..terus rasa malas dah nak buat.


okla..aku cerita la juga ye..


tahun ni, pertama kali menyambut raya sebagai isteri orang.


pertama kali menyambut raya tanpa keluarga sendiri.


pertama kali menyambut raya bersama keluarga baru..


kami balik ke kangar pada 8hb selepas bersahur di kampung ku. sempat tengok kejap abah sibuk mengacau dodol..memang acara setiap tahun..tapi aku jadi tukang tengok je..hihihi


sampai perlis dalam waktu asar. sebab singgah Alor Setar cari bahan buat coklat. Kebetulan ada kawan dari Penang order..so ingat nak buat kat uma mertua then hantarkan semasa on the way balik selangor.


tema raya pertama, grey. sebab suami nak pakai baju melayu masa kahwin belah dia dulu. so ulang balik la memori tu..hehe..cuma aku tak pakai baju sanding aku. glamer sangat la pulak kan..hahaha..kebetulan ada sepasang baju kurung moden grey tak pakai lagi. Kainnya beli semasa berjalan ke Bandung awal tahun aritu..aku ada buat 3 pasang. semua tak pakai lagi sebab tu tak sibuk pun nak cari baju raya.. ;)


pagi-pagi kami semua pegi sembahyang raya. ini pertama kali juga untuk aku. Selama ni aku dan emak hanya stay di rumah aja..agak teruja..


lepas abis solat, sesi bermaaf-maafan. owh, actually aku ingat nak bermaafan dengan suami dalam bilik ja.hahaha..malu la pulak nak minta maaf depan semua orang. banyak sangat buat dosa dengan dia nih..hahahaha..tapi kena minta maaf juga depan semua orang..pastu aku blur tatau nak cakap camna..haha.. yang aku ingat.. 'kosong-kosong ya bang.. ' sambil tergelak-gelak..hahaha..sengal tul aku nih..


pastu kami bergambar sekejap sebelum memulakan sesi kunjung mengunjung..sampailah ke petang..penat juga sebab cuaca sangat terik masa tu..


lepas rehat sekejap..kami terus gerak balik selangor malam tu juga lepas isya'. singgah di penang menghantar order coklat kawan. fuhh! lama betul aku xjejak kaki ke tanjong tu..dah bertahun-tahun..last pun tak ingat bila.


tapi sekejap je la..sebab nak rushing balik. Masa tunggu feri punya lama..sampai kul 1 lebih baru sampai..


tapi sebab keletihan..kami banyak kali berhenti. Aku cuma dapat tolong drive dari penang sampai ke area mana tah..sampai kat pantai remis kot..tak ingat da..memang dah ngantuk habis laa..sian husband..dia pun larat drive kejap. pastu berhenti tido. beberapa kali la kami berhenti tido. sampai kat kampong aku 7pagi..10jam lebih kami atas jalan..


balik tu aku demam..sakit tekak..urat-urat suma sakit..


huhuhu..


tu la pengalaman atas jalan yang paling lama kami tempuhi setakat ini..biasanya tak la lama macam tu..


okayla..sambung episode seterusnya ya..!



......................................................................................


actually im not really in the mood. mood mati.
Align Center

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails