Thursday, June 28, 2012
short
Sunday, June 24, 2012
living roOm
Saturday, June 23, 2012
My Dream Kitchen
Friday, June 22, 2012
Aku tiada apa
Kalau orang lain marah, hilang kawalan, dikatakan tengah stress dan dipujuk baik-baik. Kalau aku marah dan hilang kawalan dikatakan degil keras hati tak dgr pendapat bla bla bla dan di marah balik.
kalau orang lain rajin masak macam-macam dipuji melangit. kalau aku rajin masak macam-macam, dikata hmmm tah hape lagi yang dia buat nih.
Kalau orang lain kata nak itu nak ini dikata semangat tinggi. kalau aku nak itu nak ini dikata ukur baju pada badan sendiri.
kalau orang lain berjaya dibangga dirai. Kalau aku berjaya tiada siapa kisah tiada siapa peduli.
kalau orang lain bagi idea, semua dengar dan terima. kalau aku bagi idea, tiada siapa dengar tiada siapa terima.
kalau orang lain buat apa pun tak apa, kalau aku buat apa pun, semua entah hape-hape.
kalau orang lain buat salah silap, tak apa manusia tidak sempurna. kalau aku buat salah silap, sampai mati pun tak boleh lupa.
Aku, tiada apa, tiada sesiapa.
Wednesday, June 20, 2012
Tuesday, June 19, 2012
responsibilities
Sunday, June 17, 2012
Random Thoughts (v.2)
Saturday, June 16, 2012
exam?
banyak benda nak update..tapi dalam kepala semak samun berselirat. tangguh dulu la. kalau rajin nanti update lagi.
last monday lepas dah 1 exam. susah?Ya rabbi..walaupun open book tapi susah dan banyaknya soalaaannnn!! 2jam pun tak cukup masa. lenguh tangan menulis non stop. huhu..tahlah.harap2 masih ada peluang dapat A. teringin sangat nak dapat 4 flat sem nih. ada rezeki, insyaallah. dah usaha sehabis baik untuk sem nih. memang struggle kaw kaw punya. Jadi tinggal doa dan tawakkal pada Allah..
hari ni ada presentation. sepatutnya dua hari presentation tapi tiba-tiba last minute tukar plan buat semua satu hari. jadi sure kelam kabut. bayangkan ada 39 students semua nak present. hope dapat habis ikut time. my turn around 3pm. fuh! nervous tapi kena go through jugak la kan.. sem ni ada exam cuma satu paper. yang lain project je banyak. last nnt on 27th june. kena handle training tuk staff upm.hambik kaaauuu! meh kita buli-buli staff esp yang suka buli students nih. haipp!
as for today, i hope my research article ni okaylah..pening dah aku fikir ape nak tulis.
pray for me!
p/s: waiting 4 my hubby to come home.so sleepy. zzZZzzZzzzzz..
Wednesday, June 13, 2012
Sunday, June 10, 2012
Priceless and Speechless
ini entry untuk meredakan ketegangan kepala otak yang sedang serabut dengan paper. =)
Tiba-tiba nak senaraikan perkara indah yang telah berlaku dalam hidupku. Antara yang boleh ku fikirkan sekarang ini lah ye..apa yang disenaraikan ini tak ikut turutan ke ape. semua perkara ini memang indah dan sukar digambarkan perasaannya.. ;)
1- bila dilamar secara tiba-tiba..
2- get married. saat sah menjadi isteri.
3- bila mak abah gembira bergelak ketawa..
4- bila disahkan mengandung. menahan senyum masa jumpa doctor pagi-pagi buta tu.. macam tak percaya... ;)
5- bila doktor letakkan baby atas perut right after dia keluar dari perut. kelu, kaku. huhu
6- bila tengok anak tidur dengan lena.. masyaAllah!
7- bila dapat masak sesuatu dan semua orang menyukainya!
8- bila husband gave me something beyond my expectation. huhu
9- bila dapat card dari kawan lama. wish wedding anniversary! tak penah-penah dapat kad. laki ai pon tak bagi kad. hehe..mmg surpriseee
10- bila............
dah dah! sambung nanti.. hehe =)
Friday, June 8, 2012
mashed potato for baby
Assalamualaikum..
as i said before..aku buat mashed potato tuk aisy sbb dia suka makan kentang.few days back die boleh makan kentang kukus macam tu je.my dad mmg selalu kukus kentang.dia suka ratah.
bahan yg diguna semuanya yang baby boleh makan.baby above 8months lah. first kentang tu dikukus sehingga lembut.betul2 dah lembut ye.lg lembut lagi sedap.kukus dgn kulit lg sng.basuh dulu la. dah kukus senang kupas kulitnya.then lenyekkan kentang yg masih panas tu dengan susu baby.aku letak susu yg die dok minum tu.nak letak ebm pun boleh. then letak olive oil sedikit.semua ni bergantung kepada berapa byk kentang yg diguna.patutnya letak butter.eh unsulted butter tapi aku xde stok so letak la olive oil.
dah lenyek2 sebati kita ketepikan dan buat sauce die lak.
tumis garlic dengan olive oil. then masukkan batang saderi..tomato..brokoli..stok rebusan ayam..tepung gandum sedikit. aku tambah sedikit rempah mcm thyme..rosemary..parsley. letak air stok tu dlm secawan. masak seketika then blend halus semuanya.
tak yah letak garam pun dah sedap! Masa suapkan die adalah beberapa sudu masuk mulut maknya.hahaha..
seronok tengok die makan sampai licin.. ;)
Thursday, June 7, 2012
stress mommy
aisy dalam frasa menguji kesabaran maknya. huhu..dia berubah perangai so aku ambik masa nak adjust dan faham. semua berubah. makan dan minum susu payah. kena ikut mood dia.ada waktu aku buat tak mau minum langsung. bila nak minum terkurang pastu merajuk. bila dah merajuk nak pujuk punyalah payah. hadoi..perangai sapa aisy ikut nih? (buat-buat tak tahu..haha). makan tak laju macam dulu. especially bubur nasi. bagi biskut baby, yogurt boleh habis berbungkus-bungkus.huhuhu..td aku guna trick bagi yogurt satu bekas kecik tu then baru bagi bubur. nak la makan separuh. kalau tak dua jam pun tak habis2 buburnya. kalau pasta makan laju gak. esok ingat nak buat kentang je tuk dia.
pastu kalau dah terjaga even pukul 3 pagi, nak tidur balik punya lah payah! dia cakar muka aku habis calar balar.huhuhu..sampai ke pagi aku tak leh tidur.macam-macam akal dia. sabar jelah kan.. manja habis budak sorang nih. geraaam je tengok gaya dia tuh.huhu
aku tgh stress nak siapkan research article and submit selasa depan. isnin depan plak exam. satu hape tak study. hmm...habis sem kena balik perlis pulak. huhu
ntahlah..banyak benda buat aku stress. nak cakap pun menambah sakit hati. orang hanya pandai cakap je, bila dah kena kat batang hidung sendiri baru tahu rasanya macamana..kan?
dah baik aku stop. tengah mood negative.
.
Wednesday, June 6, 2012
Wordless Wednesday (v.29)
tak jadi nak upload gambar aisy.later2 k coz i just got this lovely wed anniversary card from my lovely friend. huhu..speechless aku baca kad nih. tq dear!
Tuesday, June 5, 2012
9 months lil pumpkin
Saturday, June 2, 2012
Random thoughts (v.1)
Friday, June 1, 2012
together
Assalamualaikum...
1-tak berhapdet sbb busy la kononnya..spend time dgn hubby n sikecik..
2-pic mee udang yg sedap.dtg tg karang jgn lupa singgah makan mee udang kat batu 10.sedap!
3-isy first time makan pasta..with homemade sauce. Pasta tu dia suka tp sbb aisy malas nak mengunyah..die luah balik.aku kena blend kasar pasta tu bari dia nak.padahal dah kua 2 batang gigi dah.sauce nya aku tumis bawang dgn olive oil..letak dua biji tomato dan labu..oh lupa daging cincang.then blend halus..sedap..aku pun tunpang makan sekali.haha
happy weekend all!