Friday, June 22, 2012

Aku tiada apa

Kalau orang lain marah, hilang kawalan, dikatakan tengah stress dan dipujuk baik-baik. Kalau aku marah dan hilang kawalan dikatakan degil keras hati  tak dgr pendapat bla bla bla dan di marah balik.

kalau orang lain rajin masak macam-macam dipuji melangit. kalau aku rajin masak macam-macam, dikata hmmm tah hape lagi yang dia buat nih.

Kalau orang lain kata nak itu nak ini dikata semangat tinggi. kalau aku nak itu nak ini dikata ukur baju pada badan sendiri.

kalau orang lain berjaya dibangga dirai. Kalau aku berjaya tiada siapa kisah tiada siapa peduli.

kalau orang lain bagi idea, semua dengar dan terima. kalau aku bagi idea, tiada siapa dengar tiada siapa terima.

kalau orang lain buat apa pun tak apa, kalau aku buat apa pun, semua entah hape-hape.

kalau orang lain buat salah silap, tak apa manusia tidak sempurna. kalau aku buat salah silap, sampai mati pun tak boleh lupa.

Aku, tiada apa, tiada sesiapa.

Published with Blogger-droid v2.0.6

3 comments:

zino said...

macam macam kan....

khalila azizan said...

yeah..kekadang rasa diri ni demotivate oleh org yg paling hampir ngn kita..tp apa2 pon..kita sendiri yg kena kuat semangat rather than harapkan org tu yg beri semangat... yg pasti Allah bersama kita...luv ya!!

~ez~ said...

yes so true dear. berharap pada diri sendiri..Allah kan ada.. love u too! =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails