Tuesday, June 19, 2012

responsibilities




Assalamualaikum,



pagi tadi nampak ada kawan share gambar ni kat FB. Terus click nak tengok. Tapi nampak macam ada yang tak kena dengan senarai tanggungjawab suami dan isteri yang ditulis tu..



Majoriti married woman sekarang bekerja untuk bantu kewangan keluarga. Tapi itu bukan tanggungjawab yang wajib.




cuba tengok tanggungjawab isteri tu..dah la bekerja, lepas tu buat kerja rumah pun semua isteri, jaga didik anak pun isteri dan off course la mengandung pun isteri kan. suami cuma cari nafkah bayar bil itu ini. hape daa..




kalau isteri tidak bekerja, yes. semua kerja rumah isteri kena buat. Tapi tak bermakna suami tak yah bantu. kenala sama-sama buat. Didik dan jaga anak pun tugas bersama. nape tak senaraikan tanggungjawab suami tu, jadi imam solat, didik anak isteri buat perkara kebaikan dan sebagainya?lepastu, isteri kena layan suami. betul la tu. Habis suami tak yah layan isteri ke?haduhai... nampak sangat bias. Cuba ikut panduan yang betul..Islam ini adil. kan dah ada panduan yang sebaiknya..





pastukan, ada pulak si lelaki yang komen- "hah tu tengok tanggungjawab orang perempuan, sebab tu perempuan ramai masuk neraka, tatau tanggungjawab yang kena buat.." pergh statement kaauu.. bukan tanggungjawab lelaki ke mendidik isteri semua?haduhai..




lagi satu la yang aku perasan..kenapa bab-bab macam ni semuanya kena isteri. isteri kena jadi baik, isteri kena buat itu, isteri kena buat ini, isteri kena muhasabah diri, isteri kena improve diri, isteri kena bla bla bla bla. semua isteri. takde pulak cakap suami kena jadi imam yang baik, suami kena jaga solat, suami kena tolong isteri, suami kena bla bla bla bla.. pastu kalau tengok kebanyakan motivator, kata-kata nasihat yang di share kat Fb banyak cite isteri/wanita. bukan maksud aku salah perkara tu..tapi kenapa tak highlight pada lelaki. bukan ke lelaki yang kena membimbing? ada la sesekali aku jumpa Dato Fadzilah Kamsah cerita pasal macamana tanggungjawab seorang lelaki/suami. Yang lain semua fokus isteri. haih..



lepas tu yang dok share benda-benda ni kat FBkebanyakan wanita/isteri. yang lelaki takde pun nak share ape tanggungjawab yang dorang kena buat ke..macamana jadi lelaki yang terbaik ke..yang hal isteri pun wanita yang share, yang hal lelaki pun wanita yang dok share. betul tak?




maksud disini bukanla bererti wanita/isteri boleh buat apa saja, jadi jahat dan harap orang lelaki yang membimbing..Bukan itu maksud aku. Tapi kalau isteri tu cuba untuk jadi baik, pergi kelas mengaji, dengar ceramah macam-macam, buat yang sepatutnya, bertanggungjawab, tapi lelaki/suaminya pulak teruk, menindas, tak bertanggungjawab dan sebagainya-adakah jadi tugas isteri pulak kena bimbing suami dan perbetulkan suami?agak-agak boleh ke?makanya isteri pun makan hati berulam jantung melayan perangai suami macam hape. fikir balik. macamtu ke yang sepatutnya?




aku bukan pakar hal ni. Tapi benda ni yang berlaku disekeliling kita. Apa pun perkahwinan ni perkongsian hidup antara suami isteri. Bukan buli dan menindas satu pihak saja. kena sama-sama kongsi susah dan senang. Sama-sama mendidik anak sebab nanti anak-anak tu yang akan mendoakan untuk kita. Bila tang buat anak kena dua-dua tapi kenapa bila tang besarkan didikan semua kena satu pihak ja. betul tak?



sama-sama perbaiki diri =)

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails