Tuesday, June 5, 2012

9 months lil pumpkin

Assalamualaikum,

1-sikecik dah masuk bulan ke 9 semalam. ;)

2-dah tumbuh dua batang gigi bawah. seriau nak bagi dia gigit jari. lebam siut. 

3-sangat-sangat-sangat-sangaaaaaaattt la aktif. huhu..aku tatau la mana dia dapat vitamin cenggitu. the moment bukak mata sampai mata dah bengkak merah ngantuk pun nak main jugak. kaki tak leh duduk diam. menendang bukan main.

4-gaya macam budak besar. tengok orang makan ape, sibuk nak makan sama. tengok orang buat ape, nak ikut buat sama. so kita kena kawal percakapan dan perlakuan agar yang baik-baik saja jadi ikutan. huhu..

5- dah start makan ikan. aku try bagi ikan merah. salmon dah beli. tapi belum bagi lagi. so far ok. dia kuat makan sekarang dan tak mau minum susu sangat. baru start perangai tu minggu ni. aku masak satu pot bubur nasi dia boleh habiskan sehari. huhuhu..sukaaaaa makan cheese like his mommy! hahaha ada genglah..

6-manja sangat. tak leh main sorang-sorang.kena orang teman dan main sama dengan dia. kalau tak, menangis macam kena dera. haih, drama!

7-mommy dia kemaruk nak beli macam-macam mainan kat dia. huhuhu..

8- jari dah tercepit bawah pintu bilik air. nasib baik merah sikit. maknya ni dah bape kali kepit kuku dia sampai berdarah-darah. sobs. sory baby.

9- suka cakar, tenyeh, cubit dan sebagainya kat muka orang. lagi-lagi kalau orang tengah dukung dia. sebab tu kuku xleh panjang sikit pun. muka kita yang calar balar dikerjakan.

10- dah pandai merangkak sikit-sikit. dah pandai memanjat. suka panjat badan mak dia esp time nak tidur. manjaaaaa!

11- macam-macam ekspresi muka dia nih. suka angkat kening sebelah (dari umur sebulan), suka termenung jauh, suka senyum ketawa.. 

12- macam bunyi suara dia pandai buat. gayanya macam nak cakap. tapi bahasa planet mana dia cakap pun tak pasti. haha

oklah, tu je. hehe..esok aku upload gambar-gambar dia pulak dari lahir sampai sekarang. tengok bezanya. ;)

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails