Monday, May 28, 2012
2 years
Sunday, May 27, 2012
makan makan badan bam bam
Assalamualaikum..
1-harini aku sibuk siapkan mini cupcakes tuk program seminar esok.dpt buat dlm 60 lebih saja.kalau sempat esok aku bake lagi.tataula sedap ke x.huhu..first time buat rainbow cupcakes ni.
2-antara aktiviti family yg aku suka buat ialah memasak!kami adik beradik mmg suka sgt masak.kalau suma ada mmg dapur ni jd riuh rendah.haha..td my lil bro buat bergedil dn bihun sup n kerabu sotong.nyum2..
3-my mom kata die suka tgk anak2 die memasak sebab dia dah 'pencen'. kiranya keje memasak pun 'pencen' sekali lah..
4-rindu nak masak tuk hubby.
5-aisy mmg xleh makan labu.td try bgi labu dgn campur dlm bubur nasi die..byk kali muntah..angin kan.huhu
6-rasa seronok sgt memasak sampai asyik keje googke resepi jek.assignment belambak2 xsiap.the moment ngadap assignment mata terus ngntuk!
oklah..thats all.
Saturday, May 26, 2012
mari berbudi pada tanah
Assalamualaikum..
ni semua kerja my mom n my dad.suma suka berkebun.aku pun suka..syok je tengok banyak sayur2 menjadik. bestkan?badan sihat..isi masa lapang.. ;)
ps: patung orang2 tu memang menakutkan kalau drive blk umah malam2.hahaa
Friday, May 25, 2012
cerita semalam
cerita semalam...
1) semalam (hari khamis) pagi sewaktu on the way ke kelas, aku nyaris terlibat dalam kemalangan langgar 'bontot' di traffic light. puncanya? ada kereta tiba-tiba nak belok ke kanan dan sangat lambat nak bagi signal. kereta semuanya tengah tekan minyak, sebab betul2 lepas traffic light tengah hijau. aku memang tak laju mana pun walaupun tengah tekan minyak. aku nampak myvi depan terpaksa brek emergency dan kereta perdana belakangnya terus langgar. teruk jugaklah. aku belakang perdana tu terkaku kejap. aku brek dan berharap kereta belakang tak langgar lah kan.. huhu..syukur alhamdulillah..
motifnya disini, please la kalau nak belok ke ape, pasang signal awal-awal. bagi pemandu belakang anda bersedia. jangan jadi selfish. ini membabitkan nyawa orang lain. kalau anda bawak kereta hanya menyusahkan orang dan bahayakan nyawa orang lain, lebih baik tak payah bawak kereta tu..kes langgar sebegini dah banyak sangat terjadi kan?sia-sia je ada signal kat kereta tu tapi tak pakai..
2) kisah si gagak hitam tu, aku cuba la jadi cool dan malas nak berperang lagi dengan dia kan..kami sibuk ambik gambar each one of us utk letak kat slide powerpoint for presentation this monday, dia pun posing la pakai kain ihram aku bawak tu dan aku snap pic using my hp. sebelum bagi pakai kain ihram tu pun dia gegelak macam mengejek bila nampak aku pakai jubah hitam dan yang lain pakai ihram. hish! bila dia tengok gambar dalam hp tu cecepat kata... "delete it, delete it, delete it, i dont like all the pics. its too dark!".
tak rasa nak bagi tapak kaki ke kat muka dia?menyirap darah naik ke muka. dah dia memang gelap macamtu, nak cerah camne. aku dah pakai flash dan ambik diluar yang memang terang benderang bagai. dia boleh kata cenggitu..haih..kang aku sound jadi gaduh lagi. terus aku pass suruh group member ambik gambar dan 'layan' perangai gedik dia tu. jangan aku jumpa lagi manusia perangai macamni lagi udahlah..
ok. tu je nak cerita. yang lain next entry if aku ada masa. tengah kelam kabut siapkan assignment yang due date semuanya seminggu dua lagi. sebab semester dah nak habis! hee..sem ni hanya ada satu exam saja. subject lain xde final exam. ganti dengan project lain. huuu.. final presentation seminar sangat menggerunkaaann! selamat berhujung minggu!
ps: i made this blueberry cheese tart. nyummeeeeehhh!! sapa nak meh jemput datang rumah. kihkih..
Thursday, May 24, 2012
Al-fatihah
aku baru je tahu yang norma dah meninggal dunia semalam. Innalillahiwainnailaihirajiun...
kawan share kat fb.
pada yang mengikuti kisah norma+talib ni mesti kenal arwah. aku ada post tentang arwah sebelum ni. dan buat kesekian kalinya hati jadi sayu..sebak..tapi Allah lebih menyayangi beliau.. semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
:'( sobs
boleh baca kisah arwah disini..
Wednesday, May 23, 2012
Tuesday, May 22, 2012
bila si dia sudah jemu..
Sunday, May 20, 2012
Mencari Jodoh
satu cerita yang menarik untuk dikongsi bersama.
agak panjang..tapi tak rugi membaca..
.......................................
Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.
Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.
Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.
“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.
“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”
“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.
“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?” gurau saya.
“Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain…”
Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.
“Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,” jelasnya dengan tenang.
“Habis mengapa putus?”
“Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta.”
Wah, ini kisah cinta yang dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.
Isteri Amanah
“Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?” kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.
“Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta.”
“Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?”
“Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa.”
“Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?”
“Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya.”
Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, “Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga.”
Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.
“Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi…”
Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, “Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”
Cantik Itu Relatif dan Subjektif
“Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er… er… kita masih manusia bukan?” saya menduga hatinya.
Dia ketawa tiba-tiba.
“Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya.”
“Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?”
“Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?”
“Bukan yang cantik?” jolok saya lagi.
“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,” balasnya dengan yakin.
“Maksud abang?”
Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.
“Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.”
Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, “Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.”
“Oh, betul juga tu!” kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, “Sedap di mata tetapi sakit di hati…”
Wasilah Memilih Jodoh
“Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?” ujar saya dengan soalan nakal.
“Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja.”
“Maksudnya yang dulu lebih cantik?”
“Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?”
Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.
“Apa kaitannya dengan hati?” layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.
“Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!”
‘Ah, tentu dia bahagia kini!’ bisik hati saya sendiri.
“Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?”
“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”
Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik
“Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik.”
“Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik.”
“Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum.”
Abang tersenyum lantas berkata, “Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?”
Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.
“Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!”
Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.
“Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?”
“Kerana mereka bukan orang baik,” jawabnya pendek.
“Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?”
“Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w.”
“Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?”
“Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?”
Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.
Jodoh Urusan Allah
“Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat.”
“Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?” tanya saya inginkan penjelasan muktamad.
“Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan ‘orang baik’ lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!”
Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!
“Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.”
“Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?”
“Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi.”
“Hikmah untuk kita?”
“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”
Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak “abang bayangan” saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?
Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: “Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”
Friday, May 18, 2012
my cheeky pumpkin
Assalamualaikum..
jumaat dah. rasa cepat masa berlalu. si kecik pun lagi 2 minggu masuk 9 bulan. he's growing so fast!
akal die macam2 dah sekarang. kuat merajuk. sangat aktif. tengok gambar2 tu. kalau die bangun pagi sure nangis sebab terhantuk ntah kat celah mana die pegi 'kemas'. semua benda nak diambilnya. kakau aku dukung abis rambut2 ditariknya. sikit hari lagi je nak botak dikerjakan budak sorang nih.. bila dia aktif macam ni..satu keje pun aku xleh buat melainkan layan die..nak taip entry ni pun dok pegang die xkasi merayau.huhu..silap2 dah masuk ke bilik air kang..sangat lasak.
kalau dah boleh berjalan ntah macamana nk kejar dia nih. huhu..
melekakan melayan sikecik ni.harini tak menyentuh assignment lgsung.layan dia sampai aku pun terlelap sekali.. hehe
oklah. Selamat berhujung minggu
Wednesday, May 16, 2012
Wordless Wednesday (v.27)
bila mood orang sekeliling kita tak best dan kita pun mood tengah tak berapa best..rasa tak productive langsung. huhu..nak fokus buat assignment pun tak syok. meh layan lagu ramlah ram nih.
aku suka lagu ni. video clip dia agak menarik dan lain dari yang lain. tapi tang fesyen tudung dan pakaian aku tak suka. jalan cerita menarik cuma gaya wedding tu cam tak kena. buruk benor aku rasa fesyen macam ni. sorry la ek pada sapa yang suka fesyen macamtu. ini personal opinion aku.
layannn
Tuesday, May 15, 2012
what a day..
sambung cerita last entry..
actually aku memang agak nervous jugak nak ke kelas hari ni. sebab dah 'sound' setepek kat negro tu kan. Aku risau kalau dia tetiba serang aku ke hape..
rupanya memang betul. dia datang attack aku dalam kelas. mula2 dia cuma cakap pasal nak pegi ke klinik dan masuk lambat. oklah pastu pas habis kelas dia terus meluru kat aku cakap pasal ape aku send dia email macamtu. hadoi.. aku malas nak cakap dengan dia. aku cuma cakap 'dont talk to me' berulang2 kali. aku malas nak gaduh. dia tak habis2 membebel hape tah sampai aku dah jerit kata dont talk to me. baru dia senyap dan aku blah. semua orang dalam kelas pandang sebab dia dok marah2 aku. huhu..
keluar kelas ada discussion dengan lecturer.dia cari kawan negro dan mengadu marah2. aku tak paham tapi buat tatau je. setelkan hal aku then jumpa lecturer tuk tanya pasal project paper. dia pun ada skali. dalam pada masa yang sama dia dok argue dengan ketua group aku dan member yang lain sebab dia tetiba sibok nak present next week. padahal group member yg lain dah nak present part tu sbb memang turn dia. tetiba si negro ni menggelabah nak present sbb dia tgk marks dia rendah. yelah, kami semua dah present at least dua kali. supposely hari ni turn dia present dan ketua dah offer kat dia tapi dia tanak dengan bagi alasan dia tak faham topic kalini. padahal ketua aku cakap dia pun kristian dan tak faham pasal spiritualiti sangat tp boleh je present. haiyaa..nampak tak si gagak ni bagi alasan tah hape2.
kami semua memang bengang dengan dia. semua orang dia salahkan tapi sikit pun tanak ngaku salah sendiri. dia berebut gak nak present next week tapi memang kami semua tak boleh bagi sbb dia dah miss peluang dia. final present pun tak leh buat sbb dia langsung tak contribute tuk project paper dan tak paham hape macamana nak bgi dia present. sedangkan it covers 30marks kami semua. haih tak boleh tak boleh.
lama kami bergaduh sampai pukul 830. dia dah tak tahan agaknya sebab kami tak layan ape dia nak terus dia membebel hape bahasa tak paham dan blah macamtu. lagi la hot semua nya kan. terus nak exclude dia dr next task. dan aku dah inform lecturer psl dia. lantak la.kami semua ada bukti dia tak contribute ape2. email2 yang kami berhubung selama ni takde delete pun. boleh je print out tunjuk kat lecturer. satu hape tak leh pakai. memang hampeh. aku tegur berkali2 tapi takde pun nak make any effort. bagi alasan macam-macam. ingat aku dan yang lain2 tak reti penat? takde commitment lain? menyusahkan orang kalau datang belajar macam nih.
then aku gerak balik. risau gak dia tunggu aku kat luar ke hape kan. mintak kawan escort ke kereta.
on the way balik tetiba tayar meletup dan pecah pulaaakk..
nasib baik aku tak laju masa tu. tak leh berhenti terus sebab takde space tepi jalan. hanya parit je. dan bahaya kalau aku terus berhenti jadinya bergerak perlahan2 ke stesen minyak yang berhampiran. call adik suruh datang. sementara tunggu dia datang tu aku angkat la tayar spare tu. konon nak try tukar sendiri. cari jack tapi tak leh keluarkan sbb jack kena lock dengan skru. camne plaaak la nak bukak ni kan..
duduk termenung aku ngadap tayar yang pecah tu..
last-last ada beberapa orang budak muda yang meniaga depan shell tu datang offer nak tolong. risau gak aku time tu. tangan pegang kunci dan hp. kot ada ape2 kan. huhu..tapi alhamdulillah..ikhlas nak tolong budak2 tu. adik aku datang dorang dah nak siap tukar dah. alhamdulillah..syukur..
mencabar betul hari isnin aku.. tak terkata dah sekarang nih. dugaan...
Sunday, May 13, 2012
sabar pun ada batasnya
sebenarnya tak sabar nak habiskan sem nih. stress yang melampau dan menyampah yang teramat. sem ni banyak dan susah kerja yang diberi.
group kerja aku buat kajian pasal kursus haji di tempat aku nih. kelas ni pasal adult learning.aku dah present dua kali. everyweek memang ada task dan kena present individually. aku dah jadi time keeper suma mc belum lagi. maybe this week. aku bengang sebab lecturer aim aku orang yg tak banyak cakap sedangkan aku dah dua kali present. pastu dia mention dalam kelas plak tu aku tak banyak cakap. sedih dan malu! then bila part yg buruk2 suma dia aim aku padahal orang lain. contohnya aku punya presentation slide bagus banding group lain tapi dia cakap slide group 'siminah' .cecepat aku cakap slide tu aku punya. huhuhu..
padahal ramai lagi yang silent dalam kelas tu. esp negro. bukan nak racist ke hape tapi dorang yg dalam kelas aku memang agak teruk. tak aktif langsung. yg ok cuma dua orang saja. huhu..aku memang benci negro yg perangai hape2 nih.sorry to say. semalam aku 'hangin' dalam email kt negro group memberku ini. dia pun hangin sebab kena sound dengan aku. yelah, aku ni travel jauh pun boleh datang every discussion.dia cuma datang sekali present pun sekali je. tu pun tah hape2. slide n data suma kami buat. dia just present! huhu..tiap kali ada task dia akan bagi macam2 stupid alasan..just now dia bg alasan computer break down. dan dan je kan komputer ko rosak?! aritu bg alasan jari luka xleh nak attend program. haih..nak je aku maki tapi sebab dia negro dan lelaki so aku diaaaam jelah. huhu..dalam email smlm pun aku cakap baik2. kalau malas belajar baik tak payah datang. menyusahkan orang! aku ada beberapa kawan negro yang baik. tapi dia ni memang masuk kelompok yang tah hape2 lah.
aku rasa sabar aku dah hilang. memang aku tak nak cakap lagi dengan dia. if dia buat hal lagi maybe aku akan cakap terus dengan lecturer. aku penat dah sebab subject ni. aku pegi kursus haji every saturday utk ambik data.. aku tak pernah miss discussion every week.walaupun aku tak contribute byk kat write up tp aku banyak buat benda lain. kira sama adil dengan members yg lain. ntahlah..im not happy dengan class nih. seriously.. tengokla isnin ni macamana. final presentation pun aku jugak. dah lah kena present depan timbalan VC, pengarah, timbalan pengarah, dekan, dan ramai lagi vip. haduhaaaii... masaaaaklaaaah aku nanti..
meluah rasa di hari ahad nih..
Saturday, May 12, 2012
congrats my dear
Assalamualaikum..
selamat dh my friend nikah hari ni. seronok dapat lepak lelama borak2 with my close friends.. dari pagi keluar setelkan urusan kursus haji then gerak ke masjid..aisy meragam sikit la sbb xleh tdo puas..hehe..
meriah sangat kenduri. everything went well.sangat sweet dan cantik especially the bride..hantaran dan pelamin..hehe..
dia tempah choc satu balang dari aku. thanks so much dear! sangat banyak. first time aku buat banyak macam tu dalam satu2 masa. siap wrap satu2 lagi.. semuanya 300 biji. tu pun sumbat sikit tisu kt tgh2 so xjadi banyak sangat.kalau nak penuh semua dengan choc mau 400 lebih.kenyaangg suma makan choc.hehe..tp tempting tgk balang choc ni.gataaaal je tgn nak amik satu satu.hehehe..
esok kalau aku ok and aisy ok datang plak for the reception. huhu..
semoga bahagia keakhir hayat..dimurahkan rezeki bersama..
Friday, May 11, 2012
so true!
Assalamualaikum,
ternampak ada kawan share kat fb. aku share balik disini. sangat bermanfaat untuk aku dan juga kalian semua. Kalau diamalkan, insyaallah akan aman damai la rumah tangga. insyaallah..sebenarnya banyak lagi tapi secara generalnya seperti dalam gambar tu lah.. kalau kita orang Islam ni sebaiknya solat berjemaah bersama.. kan?
insyaallah.. yg baik tu kita amalkan.. =)
selamat berhujung minggu!
Wednesday, May 9, 2012
apalah dosa sikecil itu
Assalamualaikum..
hari ni kecoh kt fb psl video mak budak yg aku rasa macam setan dok pukul anak dia.aku cuma mampu tgk sikit saja. menangis aku tengok budak tu diperlakukan sebegitu rupa.sedih sedih. Kalau aku ada waktu aku sanggup belasah pompuan setan tu dan selamatkan anaknya.
walaupun katanya kes tu dah lama dan perempuan tu tengah jalani hukuman penjara 18bulan. tp itu xmemadai. dan aku rasa banyak lagi kes sebegini rupa. Ya Allah..
apalah dosa sikecil itu.
kesannya pada budak tu masih trauma. sian sangat2.
memang bukan mudah nak jaga anak kecil yg lasak dan aktif. aku faham. tapi diperlakukan sebegitu?binatang pun sayang anak. memang ibu tu dah dirasuk setan.
semoga tiada lagi anak2 kecil dijadikan sebegitu rupa..
Tuesday, May 8, 2012
8months check up
aisy dah masuk 8 bulan last week. aku nyaris terlupa hari ni check up dia. nasib baik ingat. kelam kabut siapkan dia pergi klinik. just check up biasa je takde injection.
berat naik ke 8.2kg. tinggi 72cm kot. lupa dah tinggi dia. so far oklah..berat dia tu just nice. tak debab tak kurus. risau gak tak naik sebab masa dia demam tu timbang kat klinik swasta just 7.5kg saje. last timbang masa 6 bulan 7.3kg. so dalam dua bulan naik hampir 1kg oklah kan.. Aisy aktif. senang sangat berpeluh.. exercise terlebih budak sorang ni. maknya je tak terexercise.. dok berangan naik treadmill je. hehe..
aisy tak pandai ape sangat..akal dia cuma more to perangai..macam-macam perangai dia sekarang. fuh! mencabar jaga dia..hehe.. duduk dah boleh cuma tak stabil. mengesot dah laju jugak. angkat bontot pun dah boleh.. gigi macam tak lama lagi nak tumbuh sebab dok asah gusi memanjang. sian dia..gatal sangat gusinya tu..kadang-kadang die dok gigit muka hidung aku nak tenyeh gusi dia. ish ish..
hope aisy membesar dengan sihat dan kuat. jadi anak yang soleh dan baik hendaknya..
that's all.
have a nice day..
Monday, May 7, 2012
exhausted
assalamualaikum
actually i made one entry during class time petang td.ingatkan dh publish tp bila check xde entry tu kemana tah.ish ish..
done with presentation today. so far ok puas hati coz i think this time was far better than last presentation.hope can improve lagi..my foreigner classmate pun ada yg puji kata bagus. *kembanggg ;)*
tapi yg buat aku upset ialah my lecturer. die mcm xsuka kat aku even mcmana bgus aku buat she still didint remember me. kalau yg tang buruk org len buat suma die igt aku. cth td classmate aku bising kt lecturer tu mintak extra pages bla bla suma tp bila discuss after class die igt yg ckp psl benda tu aku padahal org lain. pissed off. pastu slide yg aku present tu bagus die bleh kata org len.padahal group aku.dan aku yg buat.down down. Tp aku cecepat la explain aku yg present slide tu dn bukan aku yg ckp psl pages bla bla bla tu..sobs
pastu die sebut nama aku dlm class sbb kononnya aku xnah ckp pape.padahal aku dh 2kali present.huaaaa!!! seriously aku bengang.tah hape mslh die dgn aku pun tatau.disebabkan itu aku sanggup nk present buat kali ke 3. huhuhuhu.. Letih yg amat.satu subject ni mcm sepuluh subject dibuatnya. every week present. plus project paper lg.bertabahlahhh...
right now im too tired but i cudnt sleep. my mind cant stop thinking bout assignments. what to do..inilah'seronoknya' bila jadi pelajar.. ;)
nite nite!
Sunday, May 6, 2012
musim kenduri
Assalamualaikum..
masuk bulan mengawan sudah. bulan 5 dan 6 memang jad favourite orang buat kenduri.aku pun kawen bulan 5 juge..
baru balik dr kenduri kt kuantan. congrats kak anis dan abang kamal. semoga bahagia selalu. takde hadiah ape nak bagi so buatkan choc love box dan choc cupcakes.rushing buat dalam masa beberapa jam.
bawak aisy kali ni agak mencabar. dia sejak baik dari demam jadi makin super duper aktif dan lasak. Biasa tdo tapi sampai sana xmau tdo sibuk paksa diri berjaga.aku pun dah jadi zombi.duk uma lain die jadi payah nak tdo. budak ni memang nak tdo kena aircond aje. huhu..kena train die tdo tanpa aircond.
siangnya dok bukak baju pakai pampers je sebab peluh.aktif xmau duduk diam.tu belum pandai jalan or merangkak.baru ngesot guling-guling.kalau dah pandai berjalan lagi jenuh nak kawal dia. skg dah pandai berdrama. Tau jejerit nangis kuat2 nak suh orang dukung dia. kalau xdilayan lagi kuat nangis siap berairmata.bila kita angkat je terus sengih2..mmg budak sorang nih..suka guna tektik tu..ish ishh
so skrg agak mencabar aku nk buat keje.nak tgu dia tdo memang lambat. kadang2 sbb penat dengan aku skali terbabas tdo.hehe..
Mggu depan aku ada dua individual presentation.hope suma ok.huhu..
oklah happy sunday!
Wednesday, May 2, 2012
Wordless Wednesday (v.25)
my second carrot cake. ordered by regular customer.huhu..harap2 beliau suka. kek fondant carrot cake yg aku buat tu dah selamat dihangkut blk oleh maid sbb salah faham.tak dapat nk bg parents rasa. down betul.dua hari aku siapkan cake tu..huhu..nk buat camne xde rezeki.